Bab 4 : Islam Hadhari (Nota kenangan Perdana Menteri Abdullah Badawi)

4.1 Konsep Islam Hadhari

Pengertian Tamadun
Ibn Khaldun menjelaskan perkataan tamadun ini dapat diertikan sebagai (‘Umran) bermaksud kawasan tanah dan rumah yang didiami, diduduki orang, tinggal menetap dalam keadaan subur dan makmur. Ia merangkumi makna bunyan iaitu pembinaan bangunan dan ia harus dirangkumi bersama dengan maksud hadharah.

Tamdun berasal dari perkataan arab “madana” “madinah” bermaksud masyarakat bandar yang terbina melalui proses urbanisasi. Manakala perkataan “peradaban” pula selalu dirujuk kepada adab sopan, tatasusilahidupyangbaik. luhur dan penuh dengan kehalusanbudi bahasa.

Oleh itu boleh diertikan bahawa dua perkataan ini (tamadun dan peradaban) apabila digabungkan akan memberi makna sesebuah masyarakat yang membangun melalaui proses urbanisasi dengan nilai-nilai luhur, adab-adab dan tatasusila hidup.

Malik bin Nabi pula menjelaskan bahawa Hadharah dari perkataan hadara bermaksud kehidupan secara menetap, tempat lahirnya perkembangan ilmu, kesenian, kesusateraan, undang-undang dan kemasyarakatan serta mencapai tahap kehidupan yang tinggi, bukan liar dan ganas.

E.B. Taylor seorang ahli antropologi menjelaskan bahawa tamadun/ budaya merangkumi keseluruhan pencapaian manusia termasuk pengetahuan, kepercayaan, seni moral, undang-undang, adat dan keupayaan-keupayaan serta tabiat lain yang di dapati oleh manusia sebagai anggola masyarakat.

Colingwood mendefinisikan perkataan civilization sebagai suatu proses bagi mencapai tahap kehidupan civil (sopan), membawa lahirnya ciri-ciri masyarakat bandar yang mempunyai kehalusan budi (Dr. Nik Mohd Rosdi Nik Ahmad. 2004).

Pengertian Hadhari
Merupakan suatu aspek dalam kehidupan Islam atau penghayatan Islam yang syumul. Aspek Hadhari merupakan satu bidang yang perlu ditekankan oleh masyarakat Islam termasuklah sudut Aqidah. Ibadah Khusus. Perundangan dan lain-lain. la seharusnya menumpukan pembangunan masyarakat ke arah peningkatan mutu kehidupan dari sudut keilmuan, pembangunan fizikal, ekonomi dan kewangan, kesihatan dan lain-lain lagi.

Islam menekankan konsep kehidupan yang cemerlang dan bermulu, kehidupan yang seimbang, pembangunan menjurus kepada pembinaan pcradaban serta memenuhi tuntutan rohani.

Ibnu Khaldun menggunakan istilah "Umrun Hadhari", bagi menjelaskan pembinaan peradaban yang baru. Beliau telah membanding dan membezakan masyarakat nomad yang sering berpindah-randah dengan masyarakat bandar yang menetap tinggal di suatu tempat dan membina sebuah peradaban.

“Hadhari” diterjemahkan sebagai kemajuan peradaban. Begitu juga pemikir Aljazair iaitu Malik Bennabi yang cenderung menggunakan istilah "hadhara" yang dianggap hampir kepada maksud keseimbangan kemajuan antara aspek material dengan akhlak spiritual.

Justeru "Islam Hadhari" ditakrifkan sebagai Islam yang mempunyai sifat-sifat kemajuan peradaban: lawannya ialah "Islam Raj’i " iaitu Islam yang mempunyai sifat-sifat kemunduran. Dalam ertikata lain, Islam datang bersama sifat-sifatnya yang positif: Islam itu adil, Islam itu syumul. Islam itu aman, Islam itu sejahtera, Islam itu kasih sayang, Islam itu Hadhari, dan sebagainya.

Islam Hadhari Membantu Bawa Kecemerlangan
Istilah "Hadhari" sudah digunakan ilmuwan Islam Ibnu Khaldun dalam kitabnya Al Muqaddimah dan pemikir dari Algeria Malik Bennabi cenderung menggunakan istilah "hadhara" yang dianggap hampir kepada maksud keseimbangan kemajuan antara aspek material dengan akhlak dan spiritual. Ia berkait rapat dengan agama, akidah dan akhlak.

Keagungan tamadun Islam Andalus (Sepanyol) yang wujud selama 800 tahun sering dijadikan contoh penterjemahan konsep Islam Hadhari dan bagaimana Islam yang syumul itu telah membawa rahmat untuk seluruh alam.

Franz Rosenthal, seorang sarjana Barat yang menterjemahkan buku Muqaddimah Ibnu Khaldun ke dalam Bahasa Inggeris, menulis bahawa tamadun atau peradaban Islam, yang dirujuk kepada Andalus, bukan sebuah peradaban kerana kekuatan tentera, keluasan wilayah dan penduduk yang besar; tetapi adalah kerana kekuatan ilmu atau knowledge triumphant.
Islam Hadhari adalah Islam yang berasas kepada pembangunan. Pembangunan pula berkait rapat dengan agama. Tamadun Islam adalah tamadun yang berasaskan akidah, akhlak. dan ilmu diikuti dengan asas keadilan, semangat kejiranan, toleransi dan kebebasan beragama. Andainya salah satu dari unsur ini diabaikan, ia menunjukkan tanda keruntuhan tamadun tersebut.

Dari sudut sejarah.
Kegemilangan umat Islam bermula pada era pemerintahan Islam di Madinah dan berkembang pesat pada zaman Khulafa' al-Rasyidin, Bani Umayyah dan Bani Abasiyyah. Kemudian ia bertapak di benua Eropah yang menyumbang kepada kegemilangan tamadun Islam di Andalusia. Ketamadunan Islam yang berbentuk universal membawa manfaat dan rahmat kepada seluruh umat dan alam.
Selepas keruntuhan kerajaan Islam pada abad keduabelas, imej masyarakat Islam di kacamata dunia kini telah banyak dikaitkan dengan kelemahan dan kemunduran. Persepsi sebahagian besar umat Islam kini terhadap agamanya masih terbatas kepada aspek- aspek ibadah khusus semata-mata. Walaupun wujud kefahaman bahawa Islam sebagai suatu cara hidup, namun sebahagiannya ditampilkan dalam bentuk slogan dan retorik semata-mata. Majoriti masyarakat sukar untuk memasukkan agenda pembangunan ummah, peradaban bangsa dan keutuhan negara sebagai sebahagian daripada ruang lingkup "agama" sepertimana yang dikehendaki oleh ajaran Islam.
i. Islam, sebagaimana yang difahami adalah "al-Din", iaitu cara hidup dalam konteksnya yang sangat luas, bukan sekadar suatu kepercayaan, tetapi cara hidup yang lengkap, maju dan progresif serta mampu menyelesaikan permasalahan semasa kehidupan manusia sepanjang zaman. Suatu pendekatan dan penilaian semula pemikiran masyarakat Islam terhadap ajaran agamanya wajar dilakukan. Umat Islam perlu kembali mengamalkan Islam secara syumul pada peringkat individu, keluarga, masyarakat dan negara.
ii. Islam Hadhari memberi penekanan kepada aspek pembangunan yang menjurus kepada pembinaan peradaban iaitu peradaban yang memberi fokus kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan dan pembangunan fizikal.
iii. Islam Hadhari bukanlah mazhab barn atau ajaran baru dan jauh sekali agama baru. Islam Hadhari adalah suatu pendekatan dan usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas atau fundamental yang terkandung dalam al-Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan tamadun Islam.
iv. Ajaran Islam menjaga serta memelihara kehidupan manusia dan setiap makhluk. Manusia diberi tanggungjawab oleh Allah s.w.t sebagai pemimpin atau khalifah (vice-gerent) di muka bumi. Pelaksanaan Islam secara realistik akan member! rahmat dan kesejahteraan kepada seluruh manusia tanpa mengira bangsa, pegangan agama dan budaya. Kenyataan ini menepati firman Allah s.w.t dalam surah al-Anbiya': 107, maksudnya: "Dan tidaklah Kami mengutuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk membawa rahmat bagi seluruh alam".

PENDEKATAN ISLAM HADHARI

Kerajaan telah merangka pelbagai agenda pembangunan yang selaras dengan tuntutan Islam melalui pendekatan seimbang dalam aspek-aspek spiritual, ekonomi, pendidikan, kemasyarakatan, undang-undang dan sebagainya. Kerajaan menyedari bahawa Islam bukanlah suatu agama bersifat ritual semata-mata, tetapi agama yang bersifat praktikal iaitu diturunkan untuk mengatur kehidupan masyarakat secara realistik. Dengan itu, suatu pendekatan yang dikenali sebagai Islam Hadhari telah diperkenalkan untuk membangkitkan kesedaran baru kepada masyarakat terhadap konsep sebenar ajaran Islam, dengan harapan akan dapat memacu pembangunan ummah dan negara.

Pendekatan Islam Hadhari bukanlah ajaran baru atau mazhab baru, tetapi merupakan usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas menurut al- Quran dan as-Sunnah sebagai teras pembinaan tamadun Islam. Islam Hadhari merupakan suatu pendekatan anjakan paradigma untuk mengubah persepsi ummah terhadap ajaran Islam, sebagaimana yang telah diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW. Islam Hadhari tidak sedikitpun mengurangkan prinsip-prinsip akidah dan syariat dalam ajaran Islam, malah menekankan penghayatan Islam yang syumul, menyeluruh dan realistik bagi menterjemahkan agama dalam kehidupan. Pendekatan Islam Hadhari akan membuktikan bahawa ajaran Islam dapat mendorong penganutnya menjadi umat yang maju bagi mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Pendekatan Islam Hadhari memberi penekanan kepada aspek pembangunan dan pembinaan peradaban yang didasarkan pandangan semesta Islam (Islamic world view) dengan memberi tumpuan kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan serta pembangunan fizikal. Warisan tamadun Islam yang memperlihatkan kegemilangan umat Islam dalam semua bidang akan dijadikan dorongan bagi memajukan ummah secara menyeluruh.

Beberapa prinsip Islam Hadhari dirangka bagi merangsang ke arah perubahan minda umat Islam secara menyeluruh dan sistematik yang tidak bersifat sektor atau partisan, yang sudah semestinya memerlukan satu perubahan pandangan global umat Islam. Selaras dengan itu, konsep hidup sebagai pengabdian kepada Tuhan dan konsep kerja sebagai ibadah, manusia sebagai khalifah dan kewajipan mencapai kekuatan dalam semua bidang kehidupan akan ditekankan, khususnya dalam memenuhi prinsip-prinsip maqasid al-syariah yang sentiasa berkembang seperti;
Menjaga, memartabat dan memperkasa;
• AGAMA
• AKAL
• NYAWA
• HARTA
• KETURUNAN
• MARUAH
• INSTITUSI KELUARGA
• ALAM SEKITAR
Pendekatan Islam Hadhari adalah untuk membuktikan keupayaan Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh yang sentiasa mengamalkan prinsip kesederhanaan (wasatiyyah], sesuai dengan tuntutan agama Islam. la selaras dengan dasar-dasar negara yang dilaksanakan masa kini dan yang akan dicapai pada masa hadapan seperti Wawasan 2020, Dasar Pembangunan Negara dan sebagainya. Pendekatan Islam Hadhari menekankan nilai-nilai pembangunan sejagat yang sama sekali tidak bercanggah dengan konteks masyarakat majmuk.

DEFINISI
Dari segi istilah, perkataan "hadhari" membawa maksud "yang bertamadun" atau Islam yang menekankan aspek tamadun. Dalam bahasa Inggeris disebut sebagai " Civilizational Islam", dan dalam Bahasa Arab sebagai "al-Islam al-Hadhari".
Manakala takrif Islam Hadhari secara lengkap ialah: "Suatu pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan negara Malaysia yang bersifat menyeluruh, berdasarkan kepada perspektif tamadun Islam".
Sebagai huraian kepada takrif di atas bahawa;
i. Pendekatan Islam Hadhari diperkenalkan kerana ia lebih lengkap dan menyeluruh berbanding pendekatan Islam secara juzi'e atau terpisah-pisah seperti Islam bersifat politik "al-Islam al-Siyasi", Islam bersifat tasawwuf "al-Islam al-Sufi" dan seumpamanya.
ii. Islam Hadhari membawa maksud ajaran Islam yang membawa fokus kepada kehidupan untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat bertamadun dan mempunyai peradaban yang unggul bagi menghadapi cabaran alaf baru seperti ledakan teknologi maklumat, dunia tanpa sempadan, ekonomi global, budaya materialisme, krisis identiti, jati diri serta penjajahan pemikiran.
iii. Pendekatan Islam Hadhari, tidak menolak pentingnya aspek ritual dalam pembinaan tamadun. Ini kerana pandangan hidup, sistem nilai, kestabilan jiwa dan kemajuan rohaniah merupakan tonggak kepada pembinaan tamadun yang luhur.
VISI : Visi Islam Hadhari adalah Untuk Menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam Contoh, iaitu sebuah negara maju mengikut acuan sendiri. Konsepnya ialah negara yang mempunyai masyarakat membangun dan memiliki ilmu, berkemahiran dan berketrampilan serta tergambar sebagai golongan yang berakhlak, berbudi dan berbudaya yang berpaksikan kepada kepercayaan Agama.
MISI : Melaksanakan agenda pembangunan negara dan ummah berlandaskan pendekatan Islam yang universal, maju, bertamadun, bertoleransi dan berimbang.
OBJEKTIF : Objektif Islam Hadhari adalah bagi melahirkan individu dan masyarakat Islam yang mempunyai kekuatan spiritual (rohani), akhlak, intelektual, material, mampii berdikari, berdaya saing, melihat ke hadapan, inovatif serta cekap menangani cabaran-cabaran semasa secara bijaksana, rasional, praktikal dan damai.

4.2 PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM HADHARI
Prinsip-prinsip asas Islam Hadhari adalah seperti berikut;

1.      Keimanan dan Ketaqwaan Kepada Allah
2.      Kerajaan Adil dan Beramanah
3.      Rakyat Berjiwa Merdeka
4.      Penguasaan Ilmu Pengetahuan
5.      Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif
6.      Kehidupan Berkualiti
7.      Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita
8.      Keutuhan Budaya dan Moral
9.      Pemuliharaan Alam Semulajadi
10.  Kekuatan Pertahanan

Gabungan prinsip-prinsip di atas adalah dirangka menurut acuan yang diadunkan supaya amalan dan pendekatannya tidak akan menimbulkan salah faham dan kebimbangan kepada mana-mana pihak dalam sebuah negara yang komposisi rakyatnya berbilang agama dan berbilang kaum. Pendekatan ini juga adalah untuk memperkasa umat Islam supaya berupaya menghadapi cabaran dunia semasa.
Perincian kepada prinsip-prinsip di atas adalah seperti berikut;

i. Keimanan Dan Ketaqwaan Kepada Allah

Bagi orang Islam pendekatan Islam Hadhari meletakkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah sebagai teras utamanya. Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.wsebagai teras pegangan dan mjukannya. Gabungan kemantapan akidah (kepercayaan), syariah (perundangan), akhlak, moral dan nilai-nilai murni adalah teras perancangan dan pelaksanaan pembangunan diri dan pengurusan sistem untuk mencapai umat yang berkualiti dan negara yang cemerlang. Ini bersesuaian dengan firman Allah s.w.t dalam surah al-A'raaf: 96,

Terjemahan: Dan (Tuhan berfirman lagi): sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) Yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. tetapi mereka mendustakan (Rasul kami), lalu Kami timpakan mereka Dengan azab seksa disebabkan apa Yang mereka telah usahakan. (surah al A’raf:96 ).

Pada prinsipnya penentuan pegangan agama atau akidah bagi mereka yang berada di luar Islam terbahagi kepada dua iaitu tiada paksaan dalam agama dan kebebasan dalam menganut agama masing-masing seperti firman Allah s.w.t. dalam surah al-Baqarah: 256,

Terjemahan: Tidak ada paksaan Dalam ugama (Islam), kerana Sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). oleh itu, sesiapa Yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka Sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) Yang teguh Yang tidak akan putus. dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. (surah alBaqarah:256 ).

Dalam surah al-Kafirun: 6,

Terjemahan: "Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku". (surah alKafirun:6).
ii. Kerajaan Adil Dan Beramanah

Adil adalah memberi yang hak kepada yang berhak akan haknya, mengikut kadar masing-masing. Ini bersesuaian dengan firman Allah s.w.t dalam surah an-Nahl: 90,

Terjemahan: Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan Yang keji dan mungkar serta kezaliman. ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya. (surah alNahl:90).

Pelaksanaan keadilan tidak melihat pada keturunan, warna kulit, bangsa, kedudukan, miskin kaya atau perbezaan agama. Ini bersesuaian dengan firman Allah s.w.t dalam surah al-Maa'idah: 8,

Terjemahan: Wahai orang-orang Yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang Yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. dan bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui Dengan mendalam akan apa Yang kamu lakukan. (surah al Maidah:8).

Hadis Nabi SAW, di riwayatkan oleh Bukhari
Maksudnya: "Sekiranya (anakku) Fatimah mencuri nescaya aku akan me- motong tangannya".

Amanah pula bermaksud menunaikan segala tanggungjawab dan kewajipan yang diletakkan ke atasnya iaitu bersesuaian dengan firman Allah s.w.t dalam surah an-Nisa':58,

Terjemahan: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan Segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum Dengan adil. Sesungguhnya Allah Dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran Yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. (surah al Nisa’:58 ).

Dan hadis Nabi SAW, yang diriwayatkan oleh Ahmad maksudnya: "Dan tidak beriman bagi seseorang yang tidak amanah".

Islam Hadhari meletakkan amalan tadbir urus yang baik (good governance) dan adil serta amanah kepada semua lapisan rakyat. Pengurusan negara yang cekap, adil, amanah (tidak boros dan perbelanjaan berhemah) melahirkan negara yang baik, maju dan dirahmati Allah s.w.t sebagaimana ditegaskan dalam surah Saba': 15,

Terjemahan: Demi sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba', satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) Yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu: dua kumpulan kebun (yang Luas lagi subur), Yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri (kampung mereka). (lalu dikatakan kepada mereka): "Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadanya; (negeri kamu ini adalah) negeri Yang baik (aman dan makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan Yang Maha Pengampun!. (surah al Saba’:15).

iii. Rakyat Berjiwa Merdeka

Salah satu prinsip utama pendekatan Islam Hadhari ialah mewujudkan rakyat yang berjiwa merdeka. Antara ciri jiwa merdeka ialah berfikiran kreatif dan inovatif. Masyarakat yang berjiwa merdeka dapat melahirkan buah fikiran yang dinamik dan positif sehingga mampu melahirkan idea-idea baru yang bermanfaat bagi memartabatkan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Ini selaras dengan firman Allah s.w.t dalam al-Quran surah al-Isra': 70,

Terjemahan: Dan Sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda Yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka Dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk Yang telah Kami ciptakan. (surah al Isra’:70).

Masyarakat hendaklah mengatasi belenggu pemikiran yang terjajah, bersikap terbuka kepada kemajuan dan perubahan orang lain, tidak bersikap jumud dalam menghasilkan pemikiran berdaya maju dan menolak amalan-amalan negatif yang boleh menyebabkan jiwa terus terbelenggu.

Masyarakat yang berjiwa merdeka bukanlah masyarakat yang terlepas daripada peraturan undang-undang dan etika, sebaliknya asas-asas murni itu hendaklah digunakan sebagai landasan membangunkan masyarakat dan negara yang teguh dan utuh.

Setiap anggota masyarakat harus digerakkan potensinya sebijaksana mungkin sehingga mampu memartabatkan jatidiri, imej keluarga, integriti masyarakat, keutuhan negara berasaskan patriotisme yang tinggi dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi.

Jiwa merdeka harus mampu melakukan pilihan dan membuat saringan serta bersikap terbuka terhadap faktor dari luar lingkungan budaya dan tradisi yang tidak bercanggah dengan nilai etika dan sejagat yang sifatnya menyumbang terhadap pembangunan tamadun mengikut acuan kita sendiri.

Makna jiwa merdeka bukan hanya terletak pada slogan atau pernyataan luaran semata-mata tetapi lebih daripada itu menuntut pengorbanan dan keperluan bekerja bersungguh-sungguh ke arah menyumbang dan membangunkan negara.

iv. Penguasaan Ilmu Pengetahuan

Kemampuan menguasai ilmu pengetahuan secara bersepadu boleh menjadikan kita memiliki kekuatan pengetahuan yang pelbagai dan semasa supaya kecemerlangan intelektual dapat dikembangkan, kekuatan peribadi dapat ditampilkan dan ketangkasan jasmani dapat dibangunkan. Proses ini perlu bagi melahirkan insan seimbang dan harmonis seperti yang terdapat dalam matlamat Falsafah Pendidikan Negara kita. Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t dalam al-Quran surah al-Mujadalah: 11,

Terjemahan: Wahai orang-orang Yang beriman! apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang Yang beriman di antara kamu, dan orang-orang Yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. dan (ingatlah), Allah Maha mendalam pengetahuannya tentang apa Yang kamu lakukan. (surah al Mujadalah:11).

Dalam mana-mana sejarah masyarakat yang maju dan bertamadun ianya tidak akan berlaku tanpa menjadikan ilmu sebagai sumbernya. Tamadun Baghdad dan Tamadun Andalusia menjadi contoh nyata bagaimana ilmu yang bersepadu mampu menyumbang ke arah pembangunan tamadun Barat dan Timur.

Dalam menghadapi cabaran globalisasi dan cabaran semasa, faktor ilmu bersepadu, kemajuan sains dan teknologi sewajarnya menjadi fokus bagi melahirkan sumber tenaga manusia yang bukan sahaja mempunyai ilmu dan ketrampilan tetapi juga memiliki nilai-nilai murni yang sifatnya menyumbang terhadap pembangunan negara, bangsa dan manusia sejagat. Melalui pengukuhan ilmu fardu ain yang dilengkapkan dengan penguasaan ilmu fardu kifayah, hasrat untuk mencapai kecemeriangan terbuka luas. Melalui sistem pendidikan yang melengkapi dwi pengkhususan dan double major, kita boleh melahirkan sumber tenaga yang mampu menerajui program pembangunan negara dan ummah.

Usaha penggalian dan penerokaan serta penemuan ilmu dan teknologi amat digalakkan dalam tradisi Islam. Amat disedari umat Islam ketinggalan dalam penguasaan sains dan teknologi pada masa kini. Sewajarnya usaha pengkajian dan penyelidikan (tadabbur) dijadikan matlamat keilmuan supaya asas pembangunan intelek, rohani dan jasmani dapat berlaku secara seimbang, menyeluruh dan teratur. Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t dalam surah ali-'Imran: 190,

Terjemahan: Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal; (surah ali Imran:190).

V. Pembangunan Ekonomi Seimbang Dan Komprehensif

Dalam usaha untuk memajukan negara, aspek ekonomi turut sama diberi keutamaan oleh Islam. Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensifmemberikan satu pendekatan yang menggabungkan kepada usaha memantapkan amalan ekonomi yang berakhlak dengan kemampuan melaksanakan aktiviti ekonomi secara berkesan sesuai dengan perkembangan ekonomi di dalam negara dan di peringkat antarabangsa. Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t dalam surah al-Jumu'ah: 10,

Terjemahan: Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa Yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam Segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di Akhirat). (surah al Jumu’ah:10).

Untuk menjayakan pendekatan tersebut, pihak kerajaan dan sektor swasta perlu sama-sama berperanan secara bersepadu. Ini sudah pun diberi penekanan dalam konsep pensyarikatan Malaysia. Islam Hadhari menuntut setiap masyarakat Islam merebut peluang untuk memaju pencapaian ekonomi mereka.

Usaha-usaha untuk memantapkan keadilan dan kestabilan ekonomi di dalam negara akan terus diberi keutamaan. Melalui strategi pembasmian kemiskinan, mencapai guna tenaga penuh, kestabilan paras harga dan pertumbuhan ekonomi yang mapan, keadilan dan kestabilan ekonomi akan dapat dicapai. Bahkan strategi tersebut menepati aspirasi Islam Hadhari.

Melalui strategi tersebut negara mampu mengembeling kesemua tenaga rakyat semoga mereka dapat berprestasi di peringkat optimum. Dalam rangka yang sama pendekatan Islam Hadhari akan terus berusaha untuk meningkat kecekapan sistem penyampaian sektor awam dan prestasi sektor swasta. Justeru itu mutu sistem pendidikan dan Institusi Latihan Negara perlu sentiasa dipertingkatkan semoga kesemua aspek keperluan tersebut dapat dibekalkan kepada rakyat.

Dalam suasana ekonomi dunia yang sangat mencabar dan tidak menentu, perancangan dan dasar ekonomi yang digubal perlu sensitif kepada perkembangan tersebut. Walaupun sektor pembuatan dan perkhidmatan menyumbang secara besar-besaran kepada pertumbuhan ekonomi negara, demi keselamatan negara, sektor pertanian akan turut diberi perhatian yang sewajarnya. Pembekalan kepada makanan asasi rakyat, sesuatu yang dituntut oleh Islam. Melalui kemajuan bidang sains bioteknologi, negara akan berusaha untuk memaju sektor pertanian dengan teknologi tersebut.

Jelas sekali bahawa pendekatan Islam Hadhari adalah suatu pendekatan yang komprehensif di mana pencapaian pembangunan ekonomi, negara mampu menjana kepada wujudnya sebuah masyarakat yang bertamadun dan progresif.


vi. KEHIDUPAN BERKUALITI

Islam pada permulaannya memberi tumpuan yang penting kepada pencapaian kehidupan masyarakat secara berkualiti. Mencapai tahap kehidupan yang tinggi dalam kesemua aspek keperluan adalah matlamat utama agama. Bahkan Islam menuntut semoga setiap individu berusaha menguasai ilmu dan kemampuan untuk berjaya dalam kehidupan di dunia. Kehidupan akhirat adalah hasil daripada kemampuan individu melaksanakan kehidupan yang berkualiti dari kesemua aspek termasuk aspek kerohanian, fizikal dan material. Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t dalam al-Quran surah al-Qasas: 77,

Terjemahan: "Dan tuntutlah Dengan harta kekayaan Yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah Engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya Yang melimpah-limpah); dan janganlah Engkau melakukan kerosakan di muka bumi; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang berbuat kerosakan ". (surah al Qasas:77).

Kehidupan berkualiti akan dicapai melalui kejayaan negara memenuhi keperluan kehidupan asasi seperti memelihara amalan beragama, kemampuan memajukan taraf pendidikan, menghayati kehidupan yang aman, hak memiliki harta dan jaminan kepada generasi masa hadapan yang cemerlang. Bermula dengan pencapaian keperluan asasi tersebut kualiti kehidupan mengikut Islam tidak bersifat statik, malah usaha untuk meningkat maju dalam kesemua aspek tersebut perlu diusaha dan dijayakan dari semasa ke semasa semoga tahap pencapaian setanding dengan masyarakat yang maju di dunia.
Di samping itu, Islam member! keutamaan kepada insitusi keluarga. Keluarga yang sejahtera akan menjamin kepada lahirnya generasi yang seimbang dan berprestasi. Bahkan gejala sosial masyarakat dapat dikurangkan jika setiap institusi keluarga dapat berfungsi dengan berkesan.
Dalam konteks mencapai kehidupan yang berkualiti, kemudahan persekitaran turut diberi perhatian. Tempat rekreasi dan kemudahan beriadah turut sama difikir perlu dalam membina masyarakat yang sihat dan bertenaga.

Dari pendekatan Islam Hadhari, kita dapati bahawa kualiti hidup masyarakat dari kesemua aspek akan dibangunkan secara bersepadu.

vii. PEMBELAAN HAK KUMPULAN MINORITI DAN WANITA

Pendekatan pendidikan Islam Hadhari memberi kemuliaan insan itu kepada setiap individu tanpa diskriminasi, sama ada sebagai kumpulan majoriti atau minoriti. Hak-hak mereka dijamin oleh undang-undang negara. Jaminan tersebut meliputi nyawa, agama, harta, kehormatan dan akal. Dalam Islam ia terkandung dalam Maqasid as-Syariah. Oleh itu tidak boleh berlaku penafian hak-hak tersebut atau alasan menjadi kumpulan kecil atau perbezaan jantina. Penafian dan halangan ke atas hak-hak tersebut adalah salah dari segi undang-undang. Ini selaras dengan firman Allah s.w.t dalam al-Quran surah al-Hujuraat: 13,

Terjemahan: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu). (surah al Hujurat:13).

Jaminan ke atas hak-hak tersebut terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan. la terdapat dalam Bahagian Kedua Perlembagaan yang membuat peruntukan mengenai kebebasan asasi (Fundamental Liberties).

Implikasi daripada jaminan tersebut meletakkan kumpulan minoriti dan wanita dapat menikmati apa jua yang dinikmati oleh kumpulan majoriti dan lelaki. Mereka berhak untuk turut sama dalam pembangunan negara dan menikmati apa jua yang dinikmati oleh kaum-kaum lain. Mereka boleh menyertai dalam pentadbiran negara, aktiviti ekonomi, sosial, pendidikan, agama dan politik. Isu mengenai hak-hak wanita telah diberi perhatian yang khusus oleh kerajaan dalam menggubal dasar negara seperti termaktub dalam Dasar Wanita Negara.

Rasulullah s.a.wtelah juga menyebut dengan jelas tentang wanita sejak mula hingga ke akhir hayat baginda dengan peringatan khusus semasa mengerjakan Haji Wida' (Haji Perpisahan) dengan sabdanya yang telah diriwayatkan oleh Muslim, maksudnya: "Maka bertaqwalah kamu kepada Allah terhadap wanita kerana sesungguhnya kamu mengambil mereka adalah kerana Allah dan Allah menghalalkan kepada kamu mencampuri mereka dengan ijab kabul yang sah sesuai dengan aturan Allah dan hak suami terhadap isterinya ialah agar mereka tidak membiarkan orang luar yang dibenci oleh suami berkunjung ke rumahnya. Sekiranya mereka melakukan demikian, ajarlah mereka dengan pukulan yang tidak menyakitkan. Manakala bagi mereka (wanita) ke atas kamu (lelaki) pula ialah memberikan mereka rezeki (makanan) dan perhiasan/pakaian dengan car a yang baik. Dan telah aku tinggalkan kepada kamu suatu yang tidak akan menyesatkan kamu selepasnya sekiranya kamu berpegang dengannya iaitu kitab Allah (al-Quran)".

Realiti yang berlaku di negara kita sejak negara mencapai kemerdekaan sampai ke hari ini menunjukkan setiap kaum dan bangsa tidak dinafikan hak-hak mereka, bahkan dalam beberapa perkara diberikan perlindungan dan jaminan melalui undang-undang negara.

Di negara kita seperti juga di kebanyakan negara- negara lain bagi menjamin hak-hak seseorang dan kumpulan itu tidak dinafikan. Kerajaan telah menubuhkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM). Kerajaan juga telah menerima Deklarasi Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDHR), beberapa teriti dan kemanusiaan lain, termasuk mengenai wanita. Bahkan dalam beberapa aspek kedudukan wanita di negara ini jauh lebih baik berbanding di sesetengah negara Islam. Ada undang-undang yang menjamin hak-hak mereka dan kesatuan yang menguruskannya. Mereka boleh terlibat dalam semua sektor pekerjaan dan perkhidmatan yang tidak menyalahi undang-undang negara dan penyertaan dalam pembangunan negara.

Bagi menjamin hak-hak tersebut dihormati dan tidak dicabuli, terdapat badan-badan yang mengawasi termasuk mahkamah-mahkamah diberi kuasa dan bebas untuk membicarakan isu menyalahi hak-hak apabila berlaku pertikaian.

Dalam beberapa penulisan barat menimbulkan isu bahawa Islam tidak memberi perhatian dan kedudukan wajar kepada bukan Islam dan wanita. Sebenarnya hak-hak asasi sepatutnya diperjelaskan meliputi golongan bukan Islam dan semua kaum serta jantina. Dalam sejarah pemerintahan Islam orang bukan Islam diberi kedudukan dalam pemerintahan dan hak-hak mereka tidak dinafikan. Kebebasan beragama diberikan bagi menjamin penghayatan dalam pembangunan negara dan perkhidmatan, mereka diberikan hak sehingga menjawat jawatan menteri dan pegawai kanan kerajaan. Sejarah membuktikan orang bukan Islam begitu senang berada di bawah pemerintahan Islam kerana hak- hak mereka terjamin dan kerajaan berlaku adil ke atas mereka. Keadaan yang sama dapat disaksikan berlaku di negara kita.

Islam ditegakkan di atas prinsip-prinsip yang jitu serta adil, saksama, amanah dan bertang- gungjawab kepada semua golongan masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa, keturunan dan fahaman agama, tidak memandang rendah mana- mana golongan. Hak-hak mereka dilindungi oleh undang-undang dan apabila timbul pertikaian ia boleh diselesaikan oleh mahkamah atau badan seumpamanya. Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t dalam surah al-Nisa': 58,

Terjemahan: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan Segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum Dengan adil. Sesungguhnya Allah Dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran Yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. (surah al Nisa’:58 ).
viii. Keutuhan Budaya Dan Moral

Satu daripada prinsip ketamadunan sesuatu bangsa dan negara ialah wujudnya keutuhan budaya dan ketinggian akhlak sebagai identiti negara tersebut. Dalam rangka meningkatkan kemajuan negara Malaysia, kepelbagaian budaya dan agama perlu dipertahankan berasaskan sistem nilai dan akhlak yang kukuh, murni dan luhur. Penghayatan nilai-nilai akhlak yang mutlak dan tinggi akan menjamin kesejahteraan, keharmonian dan keamanan dalam masyarakat majmuk. la juga akan menjadikan bangsa itu terhormat dan disegani. Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t dalam surah al-Mukminun: 1-2,

Terjemahan: Sesungguhnya berjayalah orang-orang Yang beriman, Iaitu mereka Yang khusyuk Dalam sembahyangnya; (surah al Mu’minun:1-2).

Dengan demikian, kemajuan ekonomi dan teknologi akan berjalan seiring dengan keluhuran budaya dan ketinggian akhlak masyarakat berbilang kaum. Namun, gejala keruntuhan akhlak, kelemahan budaya integriti dan budaya ilmu dalam masyarakat Malaysia semasa, merupakan suatu cabaran besar kepada pelaksanaan pendekatan Islam Hadhari. Dari perspektif tamadun dan agama Islam, kemajuan ekonomi dan ilmu sesuatu bangsa harus dijiwai oleh budaya moral dan etika yang luhur. Matlamat ini tidak akan dapat dicapai selagi kemajuan kebendaan diasingkan daripada nilai-nilai moral, etika dan kerohanian yang luhur. Sejarah telah membuktikan bahawa tamadun dan Empayar Romawi yang begitu hebat telah runtuh dan ditelan zaman akibat daripada kepincangan moral yang parah dalam masyarakat dan negara.

Aspek kesenian dalam memperkasakan budaya harus seiring dengan nilai-nilai murni yang berasaskan keluhuran dan kreativiti yang menyumbang ke arah kebudayaan tinggi (high culture).

ix. PEMULIHARAAN ALAM SEMULAJADI

Kehidupan manusia tidak terbatas hanya kepada hubungan sesama manusia, tetapi juga hubungan manusia dengan alam persekitaran. Kesejahteraan yang dinikmati oleh manusia adalah akibat daripada kehidupan yang sejahtera antara sesama manusia dengan alam tabii. Dalam proses pembangunan, manusia mempunyai kecenderungan untuk menguasai dan mengekploitasi alam tabii secara berlebihan dengan menggunakan sains dan teknologi. Natijahnya, keseimbangan alam semula jadi tidak dapat dikekalkan. Peristiwa tanah runtuh, banjir kilat, pemanasan global, gempa bumi, gelombang besar, hujan asid, pencemaran alam sekitar dan sebagainya semuanya menyumbang kepada ketidakstabilan eko-sistem yang dilakukan oleh aktiviti manusia.

Di peringkat antarabangsa beberapa deklarasi mengenai alam sekitar telah pun dilaksanakan oleh UNDP untuk memastikan pembangunan yang lestari. Deklarasi Reo De Janerio (1993) dan Protokol Kyoto (1997) merupakan antara dua deklarasi di mana Malaysia turut menandatanganinya. Malaysia sendiri telah mengadakan Deklarasi Langkawi untuk memastikan pembangunan negara secara lestari dan mesra alam.

Untuk mengatasi semua ini alam sekitar perlu ditadbir urus melalui kaedah dan pendekatan yang lebih seimbang dan menyeluruh. Pembangunan insan yang berteraskan kepada kehidupan yang berteraskan nilai-nilai murni agama, bertanggungjawab dengan alam, membangun alam secara terancang perlulah diberi penekanan yang bersungguh-sungguh. Pembangunan sains dan teknologi yang berteraskan kepada ajaran agama dan nilai budaya perlu diterapkan kepada seluruh peringkat masyarakat. Penyelidikan dan pemantauan terhadap alam tabii perlu dilakukan secara berterusan agar pembangunan yang dijalankan tidak mendatangkan risiko yang tinggi kepada kehidupan sejagat.

Adalah menjadi pendekatan Islam Hadhari agar kehidupan manusia menjadi harmoni dengan alam sekitar di sekitarnya disamping berusaha untuk terus maju.

x. KEKUATAN PERTAHANAN

Islam Hadhari melihat pertahanan bukan sahaja isu-isu yang meliputi kekuatan ketenteraan dan persenjataan, malah ia merangkumi kekuatan diri, fizikal dan spiritual. Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t dalam al-Quran surah al-Anfal: 60,

Terjemahan: Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh Yang menceroboh) Segala jenis kekuatan Yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda Yang lengkap sedia, untuk menggerunkan Dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh Yang lain dari mereka Yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. dan apa sahaja Yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya. (surah al Anfal:60).

Bangsa yang maju memerlukan umat yang dapat mempertahankan diri dan negara dari dicerobohi. Untuk itu mereka perlu memiliki kekuatan ketenteraan yang terkini bagi tujuan mempertahankan diri dan negara dan bukan untnk menyerang dan menguasai bangsa lain.

Kekuatan pertahanan akan menjamin kestabilan, keamanan dan keselamatan negara yang membolehkan proses pembangunan dilakukan secara berterusan.

Perubahan snasana politik dunia global masa kini dan tekanan serta penghinaan yang dihadapi oleh sebahagian umat manusia menuntut kita menguasai kekuatan ketenteraan dan keupayaan mempertahankan diri. Negara perlu diperlengkapkan dengan rancangan serta program jangka panjang untuk menyemai rasa hak dan tanggungjawab membela kemuliaan maruah diri, bangsa dan negara. Pendekatan Islam Hadhari akan berusaha memperkasakan umat supaya mereka berupaya menghadapi cabaran dunia semasa.

PENUTUP

Usaha Kerajaan memperkenalkan Islam Hadhari dalam arus pembangunan perdana negara amat tepat pada masanya ketika umat Islam sedang menghadapi perubahan sama ada dari segi politik, ekonomi, pendidikan, kemajuan sains, teknologi dan lain-lain. Usaha yang konsisten hingga menghasilkan kejayaan yang berterusan perlu dirancang. Segala bentuk pemikiran yang mengelirukan dan bercanggah dengan Islam perlu diperbetulkan supaya pemikiran dan jati diri masyarakat dapat dibentuk. Dengan pelaksanaan Islam Hadhari di Malaysia akan membuka minda masyarakat Islam tentang tujuan hidup yang sebenar dan sama-sama memahami hala tuju kepimpinan negara ke arah membangun ummah dan negara dengan cemerlang, gemilang dan terbilang yang diredhai Allah s.w.t. Sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah: 201, maksudnya: “dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: “wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab api neraka”.

4.3 Islam Hadhari sebagai penjana pembangunan ummah

Pendahuluan

Malaya mencapai kemerdekaan daripada penjajahan Inggeris pada 31 Ogos 1957. Pada 16 September 1963 dirasmikan penubuhan Malaysia. Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri pertama negara. sebagai seorang Melayu beragama Islam, telah berjaya meyakinkan para pejuang kemerdekaan yang terdiri dari kaum Cina dan India untuk memasukkan satu peruntukan di dalam Perlembagaan tentang Islam sebagai agama persekutuan, dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan harmoni.

Pada peringkat awalnya, aktiviti keagamaan yang dijalankan di dalam negara merdeka, pada umumnya merupakan aktiviti yang lebih menekankan tentang ritual, seperti peraduan membaca al-Qur'an. Bagaimanapun aktiviti ini telah meletakkan negara kita ke peringkat dunia Islam lainnya, dengan berkembangnya peraduan tersebut ke peringkat antarabangsa.

Usaha Perdana Menteri pertama menubuhkan badan dakwah yang khusus untuk menjelaskan pengertian Islam kepada rakyat bukan Islam juga telah mencapai kejayaan yang baik, kerana usaha ini dilihat sebagai satu agenda yang baik untuk mendidik saudara Islam yang baru dalam memahami ajaran agamanya yang betul, dan hubungannya dengan orang lain, khususnya dalam negara yang berbilang kaum dan agama ini.

Usaha meningkatkan aktiviti agama telah diteruskan oleh Perdana Menteri kedua dan ketiga secara yang lebih luas, iaitu merangkumi pelajaran agama yang telah dimasukkan ke dalam arus perdana dasar pendidikan negara. penubuhan badan untuk urusan haji dan sokongan kepada badan-badan dakwah. Dalam era pemerintahan Perdana Menteri ke empat. Tun Dr. Mahathir Mohammad. Islam benar-benar telah dibawa ke satu arah yang baru, kerana era Dr. Mahathir adalah satu era kebangkitan Islam yang mencabar dan segala cabaran yang globalisasi dan teknologi maklumat dan komunikasi.

Dr. Mahathir nampaknya dengan visi dan pandangannya yang jauh, telah berjaya membentuk satu kefahaman silam yang agak jelas di kalangan rakyat Malaysia yang berbentuk pluralistik, dan meletakkan negara sebagai negara yang mengamalkan Islam secara moderat, terbuka, tolerandandinamik.

Kejayaan besar beliau ialah membawakan wadah Islam ke dalam semua sektor pentadbiran negara, bermula dari bidang pendidikan, pentadbiran negara. perbankan dan aktiviti kewangan, membawa kepada dasar luar negara yang konsistan terhadap negara luar dan sebagainya. Dengan itu Islam telah mengambil tempat yang sewajamya di dalam pemerintahan beliau, dan berjaya membuka mata seluruh dunia tentang kepimpinannya yang dinamik, termasuk kepimpinan Islam moden yang menjadi contoh kepada dunia luar, sama ada dunia Islam atau dunia bukan Islam.

Maka pada zaman peralihan kuasa dari Dr. Mahathir, kepada Perdana Menteri yang baru, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Islam telah diprojekkan dalam imej baru, iaitu sebagai Islam Hadhari, sungguh pun agenda kerja dan perlaksanaan Islam di Malaysia tentunya merupakan kesinambungan dari projek Islam yang telah dijalankan begitu banyak dan progresif seperti yang dinyatakan dengan ringkas di atas.

Agenda Kerja Islam Hadhari

Dasar dan agenda kerja serta perlaksanaan Islam Hadhari haruslah disusun dan dijalankan dengan sebaik-baiknya supaya satu tasawwur yang tepat tentang Islam itu pada umumnya tidaklah hanya menjadi satu pengucapan yang tidak berisi, atau hanya merupakan satu simbolik dan retorika sahaja.

Hal ini disebut kerana isu agama di negara kita sering di salah gunakan, itu Islam dan agenda agama seolah-olah hanyalah merupakan pengucapan dan ceramah, teori yang berjela-jela, dan kata-kata retorika yang sedap didengar, sehingga dengan itu sesiapa yang pandai berceramah atau berteori tentang agama, maka dia telah dianggap sebagai tokoh agama walau pun amalan dan pengucapannya tidak menggambarkan peribadi, ilmu dan amalan keislamannya.

Oleh itu sekiranya Islam Hadhari bermaksud Islam yang dinamik dan bertamadun, berilmu dan berdaya maju untuk menyusun kehidupan yang berbahagia di dunia dan akhirat. maka penyusunan agenda negara dalam bidang keislaman yang dinamik dan bertamadun, berilmu dan maju untuk dunia dan akhirat itu, haruslah diatur dengan sebaik-baiknya. Persoalan yang timbul di sini, ialah bagaimanakah seharusnya kita membangunkan Islam yang dinamik, terbuka, maju, berteraskan ilmu pengetahuan dunia dan akhirat dalam masyarakat kita sekarang ini agar pembangunan ini akan menjadi lebih mantap dan maju ke hadapan serta lebih bermakna lagi jika dibandingkan dengan zaman sebelum ini yang masyarakat di negara kita munkin rata-ratanya tidak pernah mendengar istilah Islam Hadhari?

Persoalan penting ini haruslah dicarikanjawapannya oleh semua kalangan dalam masyarakat, khususnya Kerajaan, dalam merangka dasar dan agenda kerjanya dalam membangunkan Islam Hadhari.

Malahan sekiranya kita melihat Islam Hadhari dari dimensi yang lebih luas, iaitu berasaskan masyarakat kita yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama, maka bagaimanakah seharusnya kita menyusun agenda kerja yang lebih baik dalam mevvujudkan masyarakat yang bertoleransi, berintegrasi dan saling memahami dan mcnghormali antara kaum dan agama.

Bagaimanakah agaknya usaha yang seharusnya dilakukan dalam memberi ketahaman yang jelas tentang Islam sebagai agama negara agar dalam aspek ini tidak akan timbul sebarang prasangka yang negatif. Hal ini juga merupakan satu isu besar yang seharusnya diselesaikan sekarang ini, terutamanya pada masa mutakhir ini, iaitu ketika terdapat segelintir anggota masyarakat kita yang tidak mahu memahami kontrak sosial di antara pelbagai kaum ketika Islam dijadikan agama rasmi negara dalam Perlembagaan kita.

Isu yang timbul akibat dari ketidak-selarasan undang-undang Islam tentang hak menjaga anak yang masih belum cukup umur bagi ibu bapa yang telah bercerai kerana salah seorang ibu atau bapa itu telah menganut Islam umpamanya, menjadi isu besar apabila anak atau anak-anak itu telah diislamkan oleh salah seorang ibu atau bapa yang menganut Islam, maka mahkamah sivil mempunyai kuasa unluk menentukan hak penjagaan anak-anak ini. Hal ini menjadi isu kerana anak-anak tersebut telah diserahkan hak penjagaannya kepada ibu bapa yang bukan Islam, dan keputusan ini telah menjadi perbincangan di kalangan masyarakat Islam, sedangkan mahkamah Sivil sememangnya mempunyai hak untuk membuat keputusan tersebut berdasarkan undang-undang yang sedia ada.

Masyarakat Islam tentulah akan bertanya apakah penyelesaian yang dapat dilakukan dalam isu ini, agar perkara ini tidak menjadi duri dalam daging bagi masyarakat Islam sendiri?

Dari satu sudut yang lain, Islam Hadhari tentulah merupakan satu sistem hidup yang bertamadun tinggi. Oleh itu bagaimanakah usaha yang seharusnya dilaksanakan dalam memberi pendidikan yang bertamadun kepada masyarakat umum. termasuk masyarakat Islam sendiri, yang mungkin selama ini tidak dapat memahami sepenuhnya sistem Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap.

Islam Hadhari juga setiarusnya mampu melahirkan suatu umat yang berbudaya tinggi dan berilmu pengetahuan berasaskan nilai-nilai moral kerohanian yang mulia. Segala gejala yang merosakkan moral dan akhlak sering diperanginya. Hiburan melulu yang bermatlamatkan keseronokan nafsu tentulah tidak akan mendapat tempat dalam Islam Hadhari. Nilai dan budaya liar, sama ada yang dicipta oleh anak tcmpatan atau dibavva masuk dari luar, iaitu dari barat dan timur, dari Hollywood atau Bollywood, nilai-nilai negatif Barat berunsurkan kehidupan hedonisme, merupakan sesuatu yang ditolak oleh Islam Hadhari.

Maka perlaksanaan Islam Hadhari dalam keadaan ini memerlukan rancangan strategik yang bersepadu oleh semua jentera kerajaan. termasuk kementerian-kementerian yang menjadi asas pembangunan moral dan akhlak rakyat, pcndidikan, penerangan dan media, kesenian, kehudayaan, belia dan lain-lain lagi yang seharusnya juga peka dan memahami konsep dan perlaksanaan Islam Hadhari yang diketengahkan ini.

Ramai pembesar negara luar islam dan bukan Islam, merasa kagum dengan penonjolan konsep dan perlaksanaan Islam Hadhari di negara kita. kerana mereka selama ini telah dapat menyaksikan kesungguhan kita menghayati Islam di negara dan bertamadun tanpa melupakan nilai-nilai kerohanian dan moral yang menjadi (eras agama kita. Maka contoh islam Hadhari ini haruslah kita pertingkatkan lagi dalam menonjol Islam yang positif dalam dunia global ini. Imej kekerasan dan keganasan yang selama ini tidak dapat dihubungkan dengan umat Islam di negara kita ini seharusnya dikekalkan supaya segala keganasan dan kekerasan yang berlaku di dalam dunia ini tidak akan berlaku sama sekali di negara kita. Unsur radikalisme dan ekstremisme haruslah dihindarkan supaya hal yang menjatuhkan imej Islam itu tidak akan tumbuh di negara kita ini.

Pendeknya dalam memprojekkan Islam Hadhari kita amat memerlukan pengetahuan yang cukup mendalam untuk menterjemahkan konsep dan perlaksanaannya yang jitu dan berkesan.

Amat silap sekali sekiranya terdapat orang yang beranggapan bahawa Islam Hadhari akan tercapai matlamatnya dengan berceramah dan berkhutbah, atau semata-mata dengan penganjuran satu dua forum dan perbincangan seperti forum perdana dan sebagainya.

Peristiwa sedih yang sering berlaku di negara kita termasuk kejadian rogol dan bunuh dalam masyarakat kita termasuk yang melibatkan kalangan masyarakat Islam sendiri. malah kematian seorang pelajar sekolah agama di Negeri Sembilan tidak lama dulu, sebagai korban keganasan dan salah laku yang serius di kalangan rakan sekolahnya, sudah agak memadai untuk member! pengajaran bahawa pendidikan agama bukanlah semata-mata terhad dalam pengajaran hukum-hakam dan dosa pahala yang akan diterima pada hari kiamat nanti atau dengan menghafal beberapa Surah al-Qur'an dan al-Hadith. Tetapi pengajaran agama itu haruslah disusun sebegitu rupa untuk dihayati dicontohi dan diterjemahkan ke dalam amalan dan kehidupan moden yang serba mencabar ini, yang menyentuh bukan hanya akidah dan syariah. malahan menyentuhjiwa dan psikologi pelajar, tingkah laku dan rukun pergaulan sesama rakan dan masyarakat sekeliling.

Perkembangan yang bertentangan dengan ajaran dan nilai akhlak Islam ini juga memberi pengajaran bahawa Islam Hadhari bukanlah dengan hanya memperbanyakkan program agama di dalam TV umpamanya, ketika program lain dibiarkan bermaharajalela dengan penonjolan gejala negatif yang bertentangan dengan nilai dan budaya kita. Bukan pula hanya diisi dengan syarahan dan ceramah agama, sedangkan banyak lagi program lain yang merosakkan moral dan akhlak penonton, iaitu yang boleh diibaratkan seperti serangga dan racun yang dalam sekelip mata sahaja akan mengikis segala mutiara dan bunga-bungaan yang cuba ditaburkan melalui program agama itu. Islam Hadhari tidak hanya akan tertonjol dalam hiburan nasyid dan penampilan sopan para artis dalam bidang kesenian dan hiburan yang dikenali sebagai hiburan altematif, sedangkan penonjolan hebat Akademi Fantasia atau Cit Cat Bersama Artis, dan sebagainya. mempakan sama sekali nilai budaya yang baik. walaupun hanya dilihat dari sudut budaya bangsa kita yang bersopan dan berakhlak mulia. Islam Hadhari bukanlah seharusnya hanya dihayati di JAKIM atau institusi agama yang lain. sedangkan agensi dan kementerian lain menutup mata terhadap penghayatan dan matlamat Islam Hadhari ini. Tetapi dengan mengemukakan pandangan ini, bukanlah bererti baahwa kita akan terpaksa melangkah ke belakang dengan mengamalkan Islam yang tertutup dan sering dilabelkan sebagai amalan yang jumud.

Islam Hadhari ialah Islam yang membangun dengan ilmu dan moral, yang dinamik dan maju. bertamadun dan berperadaban. Konsep ini diterima oleh semua lapisan rakyat tanpa mengira kaum dan agama. Maka matlamat inilah yang seharusnya difahami oleh semua, terutamanya ketika kita sedang berusaha untuk membangunkan bangsa Malaysia yang berpegang teguh dengan nilai-nilai agama, etika dan moral yang baik. Hal ini merupakan satu cabaran yang besar dalam melahirkan bangsa Malaysia yang maju seperti yang dirangka dalam Wawasan 2020. Seperti yang disebutkan di atas, bahawa bidang pendidikan adalah merupakan satu arena yang amat penting untuk memberi kefahaman tentang Islam Hadhari, dan memupuk serta membangun generasi kita yang lebih mantap dalam menghayati ajaran dan nilai akhlak Islam dengan sebaik-baiknya. Hal ini tentulah secara langsungnya merupakan tanggungjawab Kementerian Pendidikan, yang sekarang ini telah dipecahkan kepada dua buah kementerian, iaitu Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi.

Bilangan institusi tersebut, terutamanya di peringkat kolej dan maktab, tumbuh dengan agak banyak, termasuk yang dianjurkan oleh kerajaan-kerajaan negeri di negara kita ini. Wang yang dibelanjakan oleh kerajaan untuk tujuan ini telah meningkat kepada satu jumlah yang tinggi. Ibu bapa sendiri yang menyedari akan kepentingan pendidikan agama telah mengeluarkan perbelanjaan persendirian yang banyak untuk membiayai anak-anak mereka bagi melanjutkan pelajaran ke institusi dan kolej agama swasta.

Oleh itu kementerian tersebut haruslah menjalankan kajian dan semakan semula yang serius, terutamanya untuk menilai semula falsafah ilmu dan pendidikan agama yang menjadi teras penganjuran dan penubuhan institusi yang dilabelkan sebagai kolej, maktab atau institusi pengajian tinggi agama tersebut dan yang benar-benar menjadi harapan umat Islam untuk melahirkan generasi baru umat Islam yang lebih baik. Falsafah dan konsep ilmu dan pendidikan Islam inilah yang sering mencorakkan kukurikulum pengajaran, penyusunan buku teks, latihan tenaga pengajar, dan pembangunan pendidikan di institusi tersebut. Malah falsafah pendidikan Islam inilah juga yang menentukan objektif dan matlamat penubuhan dan pengajaran institusi itu. Maka tenaga manusia yangmendapat latihan di dalam institusi inilah yang akan lahirketengah-tengah masyarakat negara kita pada masa yang akan datang, sama ada akan menjadi warga negara yang sihat mental dan akal, rohani dan jasmaninya. juga warga negara yang berakhlak dan bermoral tinggi bertamadun dan berperadaban, atau sebaliknya.

Falsafah dan objektif pendidikan negara sememangnya telah menggariskan tentang pembangunan insan yang sepadu dan seimbang ini, tetapi kaedah umum ini haruslah diterjemahkan dengan sebaik-baiknya di semua peringkat dan displin ilmu pengetahuan, tennasuk dalam pendidikan agama. Kita tidak lagi seharusnya mengambil kesimpulan yang mudah bahawa pengajaran dan pendidikan agama merupakan satu saluran pendidikan yang ideal untuk melahirkan manusia yang unggul dan berguna di dunia dan akhirat. Kesimpulan yang mudah ini sebenamya lebih banyak mengundang masalah dalam masyarakat kita, malah dalam masyarakat Islam dan negara Islam di seluruh dunia.

Kesimpulan yang demikian telah menanamkan satu pemikiran yang mudah pula tentang pendidikan Islam yang sebenarnya ke dalam pemikiran umat kita, maka dengan itu kita sering saja menganggap bahawa pendidikan Islam adalah satu sistem pendidikan yang mudah pula, dan modelnya telah tersedia sejak berpuluh- puluh tahun yang lain.

Kematian Mohamad Farid Ibrahim, pelajar sebuah sekolah agama di Negeri Sembilan pada 28 Mac 2004 yang lalu telah menimbulkan banyak tanda tanya di dalam pemikiran kita. Pertamanya kita harus bertanya apakah kesilapan yang telah berlaku kepada generasi muda kita pada hari ini sehingga mereka kehilangan arah dan menjelma menjadi makhluk yang tidak beperikemanusiaan?

Soalan kedua ialah di manakah pula silapnya pentadbiran sekolah kita sekarang sehingga anak didiknya telah terlepas dari pengawasan dan kawalan pihak berautoriti hingga mereka dapat melakukan kekejaman yang jelas bercanggah dengan peraturan dan displin sekolah?

Ketiga di manakah hilangnya asas pendidikan anak-anak ini ketika mereka membesar di dalam asuhan keluarga mereka sendiri sebelum mereka memasuki sekolah berasrama atau apakah anak-anak ini sebelum ini tidak pernah dididik oleh ibu bapa mereka untuk menjadi manusia yang berpekerti mulia?

Persoalan yang paling kritikal yang timbul dalam konteks ini ialah, oleh kerana tragedi ini berlaku di sekolah agama maka kita tentulah akan bertanya kenapa pula hal ini berlaku disekolah agama, iaitu sekolah yang mengajar agama kepada para pelajarnya. Bukankah agama merupakan satu peraturan hidup jasmani dan rohani yang mengajar umatnya menjadi manusia yang baik, berkelakuan tertib mempunyai perasaan belas kasihan sesama manusia. bersopan santun, beradab, beretika dan sebagainya. Kenapakah dalam sekolah yang sepatutnya menjadi satu tempat mala petaka. sehingga melahirkan manusia buas yang sanggup membunuh rakan sendiri?

Pihak berkuasa agama yang menubuhkan sekolah ini, dan para guru agama yang mengajar di sekolah ini juga, mungkin tidak mampu memahami krisis ini, apa lagi menyelesaikannya menurut ajaran agama. Mereka telah menyusun kurikulum, memilih buku teks, dan para guru agama pula telah mengajar mengikut kurikulum dan buku teks, dan para guru agama pula telah mengajar mengikut kurikulum dan buku teks yang telah disediakan, mengajar sembahyang dan ibadat lain, mengajar kandungan al-Qur'an dan al-Hadith, malah para pelajarnya pun mungkin telah kelihatan amat beragama, terutamanya dipandang dari segi lahiriahnya, iaitu berkupiah putih sebagai lambang agama. Jadi apa lagi yang dapat mereka lakukan lebih dari itu?

Persoalan memerlukan jawapan yang menyeluruh. Jawapan mudah dan jalan keluar yang terlalu simplistik seperti yang selalu kita berikan dalam menyelesaikan masalah kehidupan kita ini, iaitu dengan memberikan satu jawapan sahaja untuk menyelesaikan seribu satu persoalan yang kita hadapi, tidaklah seharusnya menjadi cara penyelesaian lagi dalam situasi yang amat runcing dan rumit ini. Jawapan yang mengatakan bahawa hanya dengan agama sahaja kita konteks ini mungkin amat meleset, sekiranya kita tidak berusaha memahami pendidikan agama bagaimanakah yang sebenar-benarnya akan dapat melahirkan manusia yang ideal dan berguna di dunia dan akhirat.

Jawapan secara simplistik yang kita berikan diatas dengan sendirinya dinafikan oleh kejadian terakhir di sekolah agama tersebut, walau pun sebenarnya kejadian itu adalah merupakan satu kejadian yang terpeneil dan amat jarang berlaku. Bagaimanapun kejadian itu telah berlaku, dan berlaku di dalam sekolah agama sendiri. Malah lebih dari itu, kejadian pukul memukul, mencuri dan gejala samseng yang berlaku di kalangan pelajar sekolah umumnya pada masa ini, telah berlaku juga di sekolah-sekolah agama.

Ajaran agama yang diturunkan Allah s.w.t. tentulah tidak ada cacat celanya, malah agama adalah satu peraturan hidup yang lengkap dan sempurna, yang mengandungi ajaran dan nilai-nilai murni untuk kesejahteraan manusia di dunia dan akhirat juga yang mengatur kehidupan yang harmoni antara manusia. Jadi dimanakah silapnya dasar dan sistem pendidikan agama dalam konteks yang kita bicarkan pada hari ini, malah dalam sistem pendidikan kita umumnya dalam menterjemahkan dan menghayati dasar dan ajaran agama yang amat murni itu?

Persoalan yang kita hadapi sekarang ini bukanlah satu atau dua. malah persoalannya terlalu banyak, iaitu yang berkaitan dengan masalah psikologi, kejiwaan, persekitaraan. moral, adab sopan. cabaran alam global, keibu bapaan, pendidikan sosial budaya, kerohanian dan agama itu sendiri. Oleh itu, kita perlulah memeriksa semula segala sesuatu yang berkaitan dengan sistem pendidikan agama di negara kita, bermula dari konsep dan falsafahnya, membawa kepada kurikulumnya, penyusunan buku teks, latihan guru dan pentadbirannya. Kita mempunyai puluhan institusi pelajaran agama, termasuk maktab dan kolej agama.

Bilangan institusi yang banyak ini melibatkan ramai pula pelajar dan tenaga pengajar. Malah sistem pendidikan, sukatan pelajaran, kurikulum dan pentadbirannya mempunyai pendekatan yang berbeza-beza. Objektif pengajarannya juga tidak pernah dinilai dengan baik, maka akibatnya para lepasan institusi ini tidak mempunyai satu kefahaman dan satu tasawwur atau world-view Islam. Inilah krisis pemikiran umat Islam sekarang yang membawa kepada kehancuran dan kemunduran umat dan negara Islam seluruhnya dalam dunia moden pada hari ini.

Malah dalam hal ini, kita sering juga mengambil model institusi pendidikan luar negara, terutamanya dari negara-negara Islam lain seperti Mesir dan Arab Saudi untuk kita salinkan sebagai 'carbon copy' bagi sistem dan struktur pendidikan agama di negara kita, seperti dari Universiti AI-Azhar, Universiti Islam Madinah dan sebagainya tanpa membuat penilaian yang terkini tentang kekuatan dan kelemahan institusi agama itu. Mungkin dari segi ilmu terasnya, maka pendidikan agama itu adalah sama sahaja di mana-mana sekali pun, tetapi dari segi kurikulum dan pengisiannya, pendekatannya, perkembangan ilmunya, kaedah pengajaran dan latihan tenaga pengajarnya. serta buku teks dan rujukannya haruslah dinilai dengan sehaik-haiknya supaya dengan itu kita sendiri yang sesuai dengan tuntntan agama dan tuntuilan dunia semasa.

Kita tidak boleh lagi mengambil mudah tentang pengajaran agama yang selama ini dianggap sehagai satu pengajaran yang menyentuh akidah dan syariah dengan segala hukum hakam, dosa pahalanya sahaja, kerana seperti yang kita maklum hahawa pelajaran agama adalah merupakan satu asas pendidikan yang menyeluruh Lintuk membina sahsiah mannsia dan pelajaran itu perlu dihubungkan dengan sejarah manusia, pertumhuhan ilmu dalam berbagai-bagai bidang yang berhubung rapat dengan alam dan manusia, dengan sains teknologi dan sehagainya supaya pelajar agama benar-benar menginsafi bahawa pelajaran agama yang dipelajarinya itu adalah satu displin ilmu yang relevan dengan peredaran masa. Terkini, global dan menyeluruh.

Atas asas inilah agama dapat memainkan peranannya sebagai satu teras pecmbentukan manusia yang kuai, terutamanya dari sudut nilai dan akhlak kerohaniannya. Oleh itu kita tidak lagi dapat membuat kenyataan yang mudah hahawa dengan mengajar agama dan mendapat pendidikan agama, terutamanya di sekolah agama, maka anak-anak kila akan menjadi manusia yang baik. Pelajaran agama yang tidak diolah dengan baik tidak mampu mengubah minda dan sikap serta kerohanian para pelajar, sebaliknya pendidikan menyeluruh dan bersepadu yang dihubungkan dengan ajaran agama itulah yang akan menjadi lebih berkesan.

Maka nampaknya kita haruslah mengkaji bagaimanakah cara yang lebih berkesan untuk inengajar agama kepada anak-anak kita supaya agama akan dapat menjadi satu mekanisme yang kuat bagi mcmbentuk minda.

Perlaksanaan pendidikan Islam yang menyeluruh yang dapat menepati konsep Islam Hadhari yang seharusnya difahami dengan baik terutamanya oleh pemerintah yang diberi amanah untuk menggubal dasar pendidikan negara yang global, moden dan dinamik, Islam Hadhari adalah mengenai Islam sebagai satu tamadun, sebagai wadah ilmu pengetahuan, sebagai alat untuk mencapai kebahagian dunia dan akhirat, dan sebagai satu sistem hidup untuk umat Islam membangunkan semula satu umat yang kuat, maju dan bermaruah serta dihormati oleh dunia. Maka generasi muda yang seharusnya dididik sekarang ialah generasi yang dapat hidup dengan jayanya dalam menghadapi proses globalisasi dan arus kemodenan yang berlaku dengan amat cepat dan pesat di sekeliling kita.

Islam Hadhari dan Tamdun Manusia

Dalam membangunkan tamadun berdasarkan Islam Hadhari. umat Islam seharusnya menpunyai persepsi yang jelas tentang tamadun Islam. Dalam melaksanakan mesej keagungan Islam sebagai agama yang membina peradaban dan akhlak manusia seluruhnya maka umat Islam tidaklah seharusnya senliasa hanya menyanyikan lagu merdu klasik mereka yang telah pun ditelan zaman.

Kita tidak perlu bernostalgia mengingati kemenangan dan keagungan zaman silam semata-mata kerana ingin dibuai mimpi yang indah-indah. Sebaliknya memperingati keagungan Islam dan umatnya yang telah menonjol dan memberi sumbangan kepada dunia dalam bidang peradaban dan kesarjanaan serta tamadun manusia, haruslah merupakan satu bahan sejarah yang mesti dipelajari dan diambil iktibar.

Kita tidak seharusnya hanya menunding jari kepada orang lain untuk menjustifikasikan kelemahan dan kemunduran kita. Kita tidak seharusnya hanya melihat keluar untuk mencari sebab kenapa kita ketinggalan di belakang, sungguhpun elemen luar ini juga sering mempengaruhi pemikiran dan tindakan bebal kita sehingga kita menjadi lemah, ganas, miskin, jahil dan sebagainya.

Kita sendiri yang seharusnya mengelakkan diri kita daripada diperangkap dalam jebak penjajahan dan imperialisine Barat yang sentiasa mengintai peluang untuk memporak-perandakan kita, dan menjadikan umat kita berkrisis, bertelegah sesama sendiri, seterusnya terjerumus ke dalam lembah kehinaan dan kemunduruan.

Allah s.w.t. telah memberi amaran bahawa dunia ini hanya akan diwarisi oleh hamba-hamba-Nya yang soleh. Maka apakah umat Islam pada hari ini benar-benar menepati kehendak al-Qur'an sebagai hamba yang soleh untuk dunia dan akhirat?

Kita umat Islam, seharusnya dapat juga mempelajari bagaimana Barat membangunkan tamadun ilmu pengetahuan mereka, yang pada dasarnya telah mengambil manfaat dari pembangunan kesarjanaan Islam. Maka kita juga sebenarnya perlu memberikan respons yang positif kepada pembangunan tamadun Barat yang secara jelas memberikan sumbangan yang besar terhadap kemajuan dunia moden, terutamanya di dalam bidang sains dan teknologi.

Tamadun Barat telah menggunakan formula yang berkesan dari ilmu matematik, sains tabi'e dan teknologi dalam membangunkan manusia moden, yang mungkin tidak pernah berlaku dalam tamadun manusia. Penciptaan teknologi mereka telah berjaya mendekatkan destinasi yang jauh dalam dunia ini, iaitu dengan penciptaan alat pengangkutan dan perhubungan elektronik yang canggih.

Dalam era perindustrian pertama, tamadun Barat menjadikan manusia sebagai operator bagi mesin yang direka dalam berbagai-bagai bentuk. Maka manusia ketika itu telah dapat menjimatkan tenaga fizikal dan tulang empat kerat mereka untuk mendapat hasil kerja yang berlipat ganda. Tetapi di dalam era perindustrian kedua, dengan terciptanya komputer yang belum pernah lahir ciptaanse canggih itu, maka manusia diberikanpeluang dengan sebaik-baiknya untuk menggunakan kapasiti akal dan intelek mereka dengan semaksimum mungkin. Inilah isyarat yang diberikan oleh al-Qur'an bahawa manusia itu diberikan tugas untuk mentadbir dunia ini dengan sebaik-baiknya.

Tamadun Barat menawarkan kebebasan berfikir dan mencipta bagi individu. Ianya menyediakan iklim dan persekitaran yang sesuai untuk meningkatkan potensi intelektual dan pemikiran para sarjananya melalui dasar pemerintahan yang berdisiplin, system pendidikan yang terbuka, peluang menjalankan penyelidikan yang luas, dan asas perundangan yang mantap. Maka dalam situasi ini seorang itu berasa behas dan arnan untuk mencipta. berpuas hati dengan ikiim dan persekitaran. dan tidak terasa merasa bimbang untuk menjadi produktif.

Hal ini perlu kita pelajari bersungguh-sungguh sekiranya kita benar-benar serius dalam usaha membawa kembali warga kita ahli-ahli profesional yang sedang berkerja di luar negara dalam kerangka 'brain gain' sekarang ini. Tamadun Islam juga sebenarnya terbina atas sains dan teknologi berdasarkan kerangka moral dan kerohanian yang tinggi. Tamadun Islam terbina atas ilmu sains dan teknologi, matematik, algebra, astronomi, perubatan dan sebagainya. Tetapi tradisi ketamadunan ini tidak diteruskan oleh umat Islam terkemudian kerana beberapa sebab yang seharusnya dipelajari dari sejarah dunia umumnya. iaitu dari segi dasar penjajahan dan penindasan, membawa kepada pembentukan mentaliti umat Islam sendiri yang tehakis jati diri dan hala tujunya.

Orang Barat mengambil asas perkembangan dan pembangunan Islam, dan seterusnya memperkembangkannya lagi, mereka cipta yang lebih tinggi atas formula asalnya. dan seterusnya memperkayakan bahan-bahan tamadun Islam itu, sehingga akhirnya mereka menjadi perintis kepada ilmu pengetahuan dan teknologi yang berasal dari Islam sendiri. Telah kita lihat umpamanya dalam pembangunan industri, bagaimana Barat mempertingkatkan ciptaan peralatan dan mesin yang sederhana sesuai dengan zamannya, kemudian terus berkembang kepada alat ciptaan akal yang lebih canggih, iaitu seperti komputer, yang merupakan satu alat yang sesuai dengan perkembangan intelektual dan kersarjanaan manusia zaman global dan teknologi maklumat ini.

Hal inilah agaknya yang menjadi formula peningkatan intelek manusia yang amat sesuai dengna perkembangan multimedia sekarang ini, yang ditegaskan oleh Allah s.w.t. dalam al-Qur'an. bahawa manusia yang dilahirkan dari kandungan ibunya tanpa mengetahui sesuatu, maka proses pembelajarannya berkembang secara bertahap-tahap, iaitu melalui pendengarannya, kemudian dengan penglihatannya, dan akhirnya dengan pemikirannya.

Urutan ini banyak dijelaskan oleh Allah s.w.t. dalam al-Qur'an. iailu bagaimana proses manusia menuntut ilmu dan memahaini sesuatu yang dimulai dengan pendengaran (audio) kemudian penglihatan (visual) dan akhirnya dengan pemikirannya (analisis). Proses penciptaan dan perkembangan teknologi maklumat dan multimedia sekarang ini pun bermula dengan audio, kemudian audio visual, selelah itu meningkat kepada bentuk analisis dan kajian. Asas yang diterangkan oleh al-Qur'an ini menjadi kenyataan dalam pembangunan dunia siberdan multimedia.

Pandangan Ibnu Khaldun

Ibnu Khaldun menjelaskan dalam al-Muqaddimah, adalah menjadi fitrah manusia untuk bertanya dan mengkaji sesuatu berdasarkan rasa ingin tahu yang dijadikan Allah s.w.t. di dalam hati sanubari manusia. Sebab itulah manusia sepanjang sejarah kewujudannya sentiasa bertanya dan mencari sebab bagi segala sesuatu yang berlaku kepadanya dan yang dialaminya di dunia ini, termasuk umpamanya persoalan bilakah dunia ini akan berakhir, berapa lamakah sesebuah kerajaan akan dapat bertahan, dan seribu satu persoalan lain mengenai segala peristiwa yang berlaku di sekelilingnya. Dan kerana sifat ingin tahu inilah juga manusia amat cenderung mencari tukang nujum, tukang tilik dan sebagainya untuk mengetahui segala jawapan bagi persoalan yang bermain di kepalanya.

Hal ini banyak diceritakan oleh al-Qur'an iaitu tentang sifat manusia yang banyak bertanya atau mencari jawapan dari sumber-sumber yang selalunya mempunyai kaitan dengan kepercayaan khurafat, sihirdan lain-lain. Menurut Ibn Khaldun lagi, "Selepas tahun-tahun permulaan Islam, manusia mulai bergntung kepada ilmu pengetahuan dan terminologi yang berbentuk teknikal. Buku-buku yang ditulis oleh ahli falsafah Yunani telah diterjemahkan ke dalam bahasa Arab". (Bab Tiga Muqaddimah edisi terjemahan Dewan Bahasa dan Pustaka).

Penjelasan Ibn Khaldun ini memberi isyarat yang amat terang tentang perkembangan intelek manusia yang sentiasa berkembang mengikut fitrahnya, iaitu dari tahap kuno, meningkat ke tahap maju dan cemerlang, terutamanya dalam perkembangan pemikiran dan minda mereka.

Perkembangan inilah yang dapat kita tafsirkan terhadap perubahan dunia dari abad klasik kepada abad baru, alafbaru, zaman global ini.

Oleh itu struktur dan kerangka pendidikan yang dilaksanakan juga, termasuk pendidikan Islam, haruslah mengikut tahap perkembangan ini ketika dunia sedang menghadapi zaman globalisasi dan teknologi maklumat yang canggih pada hari ini.

Perkembangan minda dan intelek umat Islam juga seharusnya meningkat dan main sejajar dengan perkembangan ilmu pengetahuan moden dan perubahan yang berlaku di sekeliling umat itu sendiri.

Cara berfikir dan ijtihad umat Islam pada hari ini mestilah mengambil kira perubahan yang berlaku asalkan tidak terkeluar dari lunas dan dasar ajaran dan nilai agama itu sendiri. Maka dalam konteks inilah, pendidikan Islam di negara kita, malah di seluruh dunia. seharusnya telah mcngalami revolusi yang besar dan perubahan yang agak radikal sekarang ini.

Kita seharusnya telah mengambil iktibar dan pelajaran yang baik dari revolusi pemikiran Barat yang sering melakukan tindakan yang mendahului zamannya. Mereka mencipta sesuatu untuk masa depan, iaitu untuk abad yang akan datang, bukannya melakukan sesuatu mengikut acuan abad yang lalu yang telah ketinggal zaman.

Cuma dalam hal ini, Barat ketandusan nilai ketuhanan dan moral dalam pembangunan tamadun mereka, maka akhirnya tamadun itu telah berdiri sebagai satu tamadun permusuhan, pembunuhan, peperangan, konflik, krisis dan kekosongan jiwa dan hati nurani. Barat dengan itu tanpa disedari telah menegakkan kemajuan pengetahuan dan tamadun mereka sebagai alat untuk nafsu mereka sendiri dalam menguasai bangsa lain dan merealisasikan sifat tamak haloba kebendaan yang menjadi darah daging mereka akibat dari sifat individualistik, materialistik, pragmatik dan sekularistik mereka.

Kesan tindakan buruk dan tanpa berperadaban oleh pihak Barat inilah yangmembuahkan hasilnya yang buruk pula, seperti Firman Allah s.w.t.: "Dan tanah yang baik, tanamannya tumbuh (subur dengan izin Allah, dan tanah yang tidak baik, tanamannya tidak akan tumbuh kecuali dengan keadaan bantut. Demikianlah Kami menerangkan tanda-tanda (kekuasaan Kami dengan herbagai cara bagi orang-orang yang hersyukur. (Surah Al-A'raf: 58).
Prof. Dr. Yusufal-Qaradawi merumuskan gejala negatif tamadun Barat seperti berikut:

1) Ketandusan nilai moral. Visinya amat samar dan kabur tentang hubungan tamadun dengan ketuhanan.

2) Konsep kebendaan melulu yang meletakkan "benda" sebagai asas untuk memahami alam maya ini, juga menguasai ilmu dan cara bertindak, tanpa sebarang hubungan dengan nilai kerohanian.

3) Dasar sekularisme yang memisahkan agama dari kehidupan social, ekonomi dan segala aspek kehidupan manusia di dunia ini.

4) Tamadun yang berasaskan konflik, terpisah dari keamanan dan perdamaian. Konflik juga berlaku antara manusia dengan dirinya sendiri, dengan manusia lain dan akhirnya antara manusia dengan Tuhan.

5) Barat merasakan dirinya lebih tinggi dari bangsa lain. Dengan itu timbullah rasa sombong dan bongkak mereka, sehingga dapat mendakwa bahawa tamadun mereka adalah sinonim dengan tamadun kemanusiaan dan mereka juga tidak mengiktiraf sebarang tamadun lain di dunia ini.

Akibat dari anutan inilah, al-Qaradawi memberikan kesimpulan bahawa tamadun Barat hanya mengakibatkan keruntuhan akhlak, kemusnahan keluarga, kegelisahan jiwa, kecelaruan akal dan berleluasalnya jenayah serta ketakutan.

Bagaimanapun, kita masih lagi menunggu bilakah lagi akan tiba masanya dunia ini akan ditadbirkan atas kemajuan teknologi dan ilmu pengetahuan berasaskan nilai kemanusiaan dan moral yangtinggi seperti yang diharap-harapkan dari umat manusia, terutamanya umat Islam yang seharusnya menjadi umat yang terbaik, yang rnenjadi ketua dan senliasa menghayati nilai-nilai moral kerohaniannya yangtinggi.

Inilah persoalan yang seharusnya mampu dijawab, bukan hanya oleh pembuat dasar negara, tetapi oleh semua rakyat kita dan umat kita seluruhnyadi mana sahaja mereka berada, kalau kita benar-benar prihatin dengan "survival" bangsa dan umat kita.

Di atas kertas, kita mempunyai falsafah dan dasar pendidikan yang amat unggul. Gabungan ungkapan JRR1 (Jasmani, Rohani, Intelek) yang seharusnya seimbang dan harmoni, mestilah direalisasikan dalam terjemahan dasar kepada pemetaan di peringkat nasional iaitu mengkaji dan mempelajari dengan bersungguh-sungguh bagaimana cara kita mampu merealisasikan hasrat yang besardan cantik ilu.

Penutup
Perjalanan kita yang jauh sehingga kita terpaksa mendarat di atas muka bumi pada zaman globalisasi dan teknologi maklumat pada hari ini, memerlukan daya "pendengaran", "penglihatan" dan "analisis" dalam bentuk dan pentafsiran baru yang seharusnya diterjemahkan ke dalam dasar umum dan dasar pendidikan secara khusus.
Islam Hadhari memerlukan pentafsiran dan perlaksanaan yang dinamik dan berwibawa sejajar dengan era baru dan bumi baru tempat kita herpijak sekarang ini.

Kelayakan Seseorang Muslim Hadhari

i. Ilmu Sebagai Bekalan Mental
Kelayakan peribadi yang pertama ialah penguasaan ilmu dan kefahaman Islam yang sebenar sebagai bekalan kepada mental. Sesiapa pun yang meletakkan diri mereka sebagai petugas untuk menegakkan peraturan dalam masyarakat Islam Hadhari, patutlah mengetahui peraturan itu sendiri secara menyeluruh, sekurang-kurangnya membolehkan mereka membezakan antara 'aqidah Islamiyah dan ciri-ciri jahiliyah, antara cara hidup Islam dan cara hidup jahiliyah. Dengan memiliki kefahaman demikian barulah seseorang berupaya untuk mengetahui bagaimana Islam mampu membuat perubahan dalam masyarakat secara global.

Bagaimanapun tenaga penggerak yang memiliki kualiti intelektual yang tinggi perlulah dilengkapi dengan ilmu yang lebih mendalam lagi; bukan sahaja ilmu-ilmu yang berkaitan dengan diniah tetapi juga ilmu-ilmu alat yang boleh memajukan masyarakat dalam bidang yang diceburi.

Tenaga penggerak begini perlu berkeupayaan memberi hujah-hujah yang jelas kepada masyarakat yang kebanyakannya masih kabur dengan cara hidup muslim sebenar. Mereka juga mestilah mempu menyesuai dan mengintegrasikan segala ilmu-ilmu yang bersifat duniawi dengan ukhrawi agar selari dengan kehendak Islam. Mereka juga sepatutnya berkemampuan untuk menapis dan menyaring secara kritikal terhadap keburukan yang tersembunyi di sebalik pemikiran dan amalan masyarakat, di samping berkeupayaan mengekal dan mempertahankan segala nilai- nilai mumi yang sepatutnya dihayati oleh masyarakat.

ii. Keimanan Yang Teguh Sebagai Bekalan Spiritual
Selain memiliki ilmu dan kefahaman, tenaga penggerak juga mestilah mempunyai keimanan yang teguh terhadap 'aqidah yang menjadi asas segala kegiatan mereka. Seseorang yang masih ragu-ragu dengan apa yang hendak diperjuangkan sudah tentu tidak akan dapat bertindak dengan sempuma. Sebab tugas besar ini tidak mungkin dapat dilaksanakan dalam keadaan hati berbelah bagi dan fikiran yang tidak tenang dan mudah tertarik dengan pelbagai aliran pemikiran.

Tidak ada jalan lain untuk mengelak daripada gejala ini melainkan dengan iman yang teguh terhadap Allah s.w.t. yang Maha berkuasa atas segala makhluk-Nya. Yakin dengan al-Qur'an sebagai kitab hidayah, yakin dengan petunjuk Rasulullah s.a.w. boleh menuju jalan selamat, yakin dengan adanya hari perhitungan amal manusia di Yawm ul-Hisab dan yakin juga dengan ketentuan buruk dan baik daripada Allah s.w.t.. Keyakinan kepada semua inilah yang boleh menjamin seseorang hilang kekusutan fikiran dan ragu-ragu dalam perjuangan untuk menegak peraturan dalam masyarakat Islam Hadhari ini.

iii. Memiliki Peribadi Salih Sebagai Bekalan Moral
Antara kelayakan yang tidak kurang penting ialah memiliki gambaran peribadi salih sebagai bekalan kepada moraliti seseorang pekerja Islam. Dengan bekalan ilmu dan iman, seseorang akan mudah untuk mendapat kelayakian ketiga ini.

Gambaran peribadi salih akan dapat dicernakan dalam bentuk penghayatan tutur kata dan amal, apabila wujud sifat-sifat mahmudah yang memantapkan hubungannya dengan Allah s.w.t: seperti ikhlas, sabar, syukur, ridha, tawakkal, zuhud dan wara'. Demikian juga yang menghubungkan seseorang dengan sesama manusia; seperti adil, amanah, benar dan bertanggungjawab.

Gambaran peribadi mulia bukan sahaja diperlukan untuk meyakinkan masyarakat kepada seruan dakwahnya, tetapi juga diperlukan untuk menangkis serangan budaya tidak salih yang berlaku dalam masyarakat.

Dalam hal ini al-Qur'an ketika menggariskan langkah-langkah yang perlu dilalui oleh seseorang hamba untuk meningkatkan diri sebagai seorang yang benar-benar beriman menyebut, sebagaimana firman Allah s.w.t: Maksudnya: Al-Tai 'ibun (Menyedari kesalahan dan bertaubat). Al-'Abidun (Memperhamba- kan diri kepada Allah secara total). Al-Hamidun (Memuji dan bersyukur dengan nikmat yang diberikan Allah). Al-Sa'ihun (Melancong dalam rangka beribadah kepada Allah). Al- Raki'un. ul-Sujidun (ruku' dan sujud), Al-Amirun bi al-Ma'ruf (Menyuruh yang makruf). Al-Nahun 'an ul-munkar (mencegah mungkur), Al-Haftzun li hudhdi 'Llah (memelihara balas larangan Allah). (Suruh Al-Taubah:l12)

iv. Menjadikan Islam Sebagai Matlamat hidup
Kelayakan keempat ini diperlukan juga pada sesiapa saja yang terlibat dalam pembaharuan ini. Iaitu mereka hendaklah meletakkan perjuangan menegakkan masyarakat Islam Hadhari sebagai matlamat dan tujuan hidup mereka dan bukannya sebagai satu cita-cita saja.

Terdapat sebahagian umat yang memiliki ilmu dan pengalaman yang luas, tetapi digunakan untuk meraih kepentingan duniawi yang bersifat peribadi. Walaupun peribadi begini tidak mendatangkan sebarang halangan kepada perjuangan, namun untuk dipilih sebagai pekerja dan penegak risalah mereka tidak akan mampu menghadapi dugaan dan tribulasi yang terdapat di perjalanan dakwah ini.

Para penegak risalah ini juga mesti sentiasa bersedia mempergunakan seluruh kemampuan akal fikiran dan tenaga untuk mencapai matlamat.

Perlu juga disebutkan di sini bahawa, bekerja untuk membentuk sebuah masyarakat Islam Hadhari tidak boleh dilakukan dengan cara berseorangan ia mesti bergerak dalam bentuk kolektif. Bergerak secara berseorangan biasanya akan terdorong kepada kesilapan dan niat yang tidak wara'. Lantaran itu tidak akan mampu bertahan lama, lambat laun akan terpelanting menjadi pengganggu di perjalanan dakwah. Kalau boleh diibaratkan adalah seperti beberapa batang lidi yang berada dalam keadaan berasingan, biasanya tidak akan mampu menggerakkan sampah, malah ia boleh dianggap sebagai sampah kiranya berada di tengah sampah sarap. Tetapi kiranya lidi-lidi tadi dikutip dan digabungkan menjadi seberkas lidi, sudah tentu akan bertukar menjadi penyapu dan boleh menggerakkan segala sampah. Begitu juga ketika menghadapi rintangan dan mihnah perjuangan biasanya sebatang lidi mudah untuk dipatah-patahkan tetapi apabila kumpulan lidi hergabung ia tidak mungkin dipatahkan dengan mudah. Demikianlah halnya dengan para penegak pembaharuan untuk melahirkan sebuah masyarakat Islam Hadhari bukanlah kerja mudah, ia perlu disatukan segala tenaga dan kepakaran dalam pelbagai bidang dan masing-masing mempunyai kesatuan matlamat dan cita-cila, kesatuan cara berfikir dan kesatuan dalam bertindak.

Kelayakan Masyarakat Islam Hadhari

i. Ikatan Ukhuwah Islamiyah Dan Sifat Kasih Sayang
Dalam usaha membenluk sescbuah Masyarakat. Islam melelakkan garis panduan yang sangat jelas, agar masyarakal yang bakal dilahirkan adalah cemerlang dan sempurna. Rasulullah s.'a.w. pernah bersabda:

Maksudnya: "Perumpamaan orang-orang, yang beriman dari segi kasih sayang dan hubuangan kemeseraan antara mereka sepertilah satu jasad apabila salah satu anggota mengadu sakit, nescaya saling bersimpatilah antara mereka untuk menjaga malan dan demam (Hadith Riwayat Muslim)

Perumpamaan di atas, adalah sebagai suatu motivasi kepada umat Islam agar menjalinkan hubungan kasih-sayang antara mereka: saling bersimpati sekiranya ada yang terlibat dengan kemalangan dan penderitaan, saling membantu dan berkerjasama dalam menanggung kesusahan dan kepayahan. Sekiranya terdapat pcrselisihan antara mereka, diwajibkan supaya ada yang menjadi orang tengah menyelesaikan perelisihan tersebut secara harmoni. Inilah yang ditegaskan oleh Allah dalam al-Qur'an:

Terjemahan: Dan jika dua puak dari orang-orang Yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap Yang lain, maka lawanlah puak Yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya Dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam Segala perkara); Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berlaku adil. (surah al Hujurat:9).

Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. (al Hujurat:10)

Terjemahan: Sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. (surah al Hujurat:10).

Umat Islam akan menjadi bangsa yang kukuh apabila wujud pertautan hati di kalangan mereka. Elemen yang memainkan peranan utama mempertautkan hati antara anggota ialah sifat kasih sayang dan rasa simpati yang suci murni, sifat baik sangka dan juga semangat ingin berkorban sesama mereka. Hati-hati yang dipenuhi perasaan benci tidak mungkin akan bersatu. Persatuan atau pertubuhan yang dipenuhi kepurapuraan tidak akan mampu menghasilkan perpaduan yang hakiki. Persahabatan yang berasaskan sifat tamak akan mencetuskan pertelingkahan. Sekiranya umat Islam saling memelihara hubungan dengan ikhlas dan mengawasi segala unsur negatif yang membawa permusuhan sudah tentu hasrat murni yang diimpikan akan dapat dicapai.

ii. Hubungan Baik Dengan Anggota Masyarakat Bukan Islam

Dalam sebuah negara yang masyarakatnya terdiri daripada pelbagai bangsa, budaya dan agama seperti Malaysia, perlu sangat dipelihara hubungan dan jalinan mesra antara satu sama lain. Pertelingkahan di kalangan anggota masyarakat yang sebangsa tidak sama dengan berlainan bangsa. Biasanya permusuhan di kalangan bangsa yang berlainan akan membawa padah yang lebih berat dan berlanjutan. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:

Sesiapa yang menyakiti dhimmiku bererti dia menyakitiku dan sesiapa yang mencerobohi hak kepunyaan dhimmi, aku isytiharkan perang terhadapnya.

Demikian sifat keperihatinan baginda s.a.w. kepada golongan dhimmi yang mendiami dalam negara Islam. Sebab itu umat Islam diminta bermuamalah dengan cara harmoni, seperti jual beli, bergotong royong dalam kerja-kerja kebajikan, memberi ketaatan dalam perkara-perkara yang tidak bercanggah semangat perundangan Islam sekiranya menjadi pekerja di bawah mereka.

iii. Bermesyuarat Dalam Mengatur Kerja Dan Tindakan

Bermesyuarat dalam mengatur kerja dan tindakan adalah suatu rukun yang penting dalam usaha melahirkan masyarakat yang maju dan harmoni. Hanya melalui mesyuarat kata sepakat akan dapat dicapai. Dari sinilah akan wujud kesatuan dalam berfikirdan bertindak. Sesebuah organisasi yang terdiri daripada orang-orang degil dan keras kepala, bertindak mengikut pendapat sendiri masing-masing, tidak dinamakan organisasi. Ia tidak lebih sebagai kumpulan gotong royong yang tidak menghasilkan kerja yang benar-benar berkesan. Sebab itu Saidina Umar pernah mengugut untuk memotong kepala mereka yang enggan mematuhi keputusan mesyuarat dalam Ahl al-Hall wa al-'Aqd (Majlis Syura Tertinggi Negara). Sebab itu anggota majlis mesyuarat dikehendaki menjauhi sifat memaksa orang lain menerima pendapatnya, merasakan pandangannya terbaik. Sebaliknya dikehendaki supaya bersyukur apabila pendapat kita tidak dipersetujui kerana kemungkinan di sebalik cadangan diberikan terdapat keburukan dan apabila cadangan kita diterima dikehendaki membanyakkan istighfar kerana mungkin cadangan kita boleh membawa keburukan kepadaorganisasi.

iv. Disiplin Dalam Melaksanakan Kerja

Semangat kerjasama dan bertindak secara kolektif belum tentu kejayaan dapat dicapai sekiranya tidak mempunyai disiplin yang baik. Tekun dan disiplin dalam tindakan bererti seluruh jentera pertubuhan bertindak menurut peraturan yang telah ditetapkan oleh pertubuhan itu sendiri.

Individu yang diberikan amanah hendaklah menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dalam ruanglingkup kuasa yang diberi dan menurut peraturan yang telah ditetapkan. Setiap ahli sepatutnya menyedari tanggungjawab masing-masing dan berusaha semampu mungkin bagi menyempurnakan amanah itu tanpa lengah. Setiap tenaga penggerak mestilah bekerjasama erat antara satu sama lain dalam melaksanakan kerja. Sementara organisasi pertubuhan haruslah disusun dan diatur dengan sempurna, kerana kebenaran yang tidak berorganisasi akan dapat dikalahkan oleh kebatilan yang berorganisasi. Kenyataan ini selaras dengan sabda Rasulullah s.a.w.: "Sesungguhnya Allah sangat suka kepada mereka yang tekun dalam bekerja". Sabdanya lagi:
Terjemahan: ''Allah sangat suka kepada amalan yang dilakukan seseorang secara berkekalan walaupun sedikit".

v. Teguran Dan Nasihat Yang Berguna

Kelayakan yang terakhir untuk mewujudkan masyarakat Islam Hadhari ialah, wujudnya suasana pertubuhan yang mengizinkan untuk bersedia menegur dan ditegur. Ini bermakna sesuatu pertubuhan yang hanya dilingkungi golongan yang dikenali sebagai 'pak turut' tidak berani untuk menegur disebabkan pemimpin yang tidak suka ditegur, menyebabkab organisasi terdedah kepada banyak membuat kesilapan walaupun mereka sedang menjalani jalan yang benar. Dalam hat ini Rasulullah s.a.w.

Maksudnya: Sesungguhnya agama itu adalah nasihat. Para sahabat bertanya: Untuk siapakah wahai Rasulullah nasit itu?. Baginda s.a.w. bersabda: Nasihat itu adalah untuk Allah, RasulNya, kepimpinan umat Islam dan masyarakat umum di kalangan mereka (hadith Riwayat Muslim).

Nasihat untuk Allah dan rasul-Nya membawa maksud nasihat kepada diri sendiri agar menerima nasihat daripada Allah dan Rasul-Nya. Dalam erti kata lain sentiasa bersedia menjadikan al-Qur'an dan sunnah Rasulullah s.a.w. sebagai panduan dan pegangan dalam kehidupan.

Manakala nasihat kepada pemimpin adalah beruasaha menasihati agar mereka sentiasa berada atas landasan yang benar berpandukan wahyu. Teguran membina adalah alat terpenting untuk megesan segala kesilapan dengan cepat. Dengan demikian usaha mengatasinya pun dapat dilakukan dengan cepat. Bagaimanapun harus diingat bahawa teguran yang dilakukan hendaklah dengan ikhlas dan bertujuan membina dan membawa perubahan baik kepada organisasi. Selain itu juga disyaratkan orang yang ingin menegur mestilah sedar akan adab-adab yang sewajarnya ketika menyampaikan sesuatu teguran, bukan dengan nada yang bertujuan jahat alau sengaja ingin membongkar kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh oraanisasi. (Musa Ahmad dll. (2005). Pemgangunan Masyarakat Islam Hadhari, Shah Alam : Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam).

4.4 Cabaran Dalam Perlaksanaan Islam Hadhari
i. Islam dilihat secara terpisah dengan urusan keduniaan
i. Kembali kepada ajaran al-Quran dan al-Hadis
ii. Menterjemahkan Islam secara lengkap
ii. Perpecahan umat Islam
iii. Penyelewengan dalam masyarakat Islam
iii. Proses Islamisasi ilmu
iv. Islam tidak difahami secara syumul
iv. Laksanakan gerakan Tajdid
Penyelesaian Masalah
v. Percampuran pelbagai ideologi, kefahaman, khurafat, bid'ah dalam lain-lain lagi.
v. Gandingan mantap dan sepadu antara ulama', umara' dan cendikiawan.