3.1 Perkembangan Tamadun
Islam
Arab Jahiliah
Penduduk
Arab sebelum Islam menganut pelbagai kepercayaan dan agama. Agama yang dianut
terdiri daripada agama samawi, iaitu Kristian dan Yahudi, ajaran Nabi Isa dan
Musa (a.s.) serta agama hanif (ajaran Nabi Ibrahim (a.s.), manakala
kepercayaan-kepercayaan yang diamalkan adalah seperti menyembah berhala, api,
matahari dan sebagainya yang dipanggil sebagai amalan Jahiliah.
Perkataan
"Jahiliah" dari segi etimologinya berasal daripada kata kerja bahasa
Arab "jahila" yang bermaksud jahil, bodoh dan tidak berilmu
pengetahuan. Dari segi terminologinya, jahiliah merujuk kepada kejahilan
masyarakat Arab sebelum Islam dalam bidang akhlak dan keagamaan kerana dalam
bidang-bidang lain mereka telah pun maju seperti pemiagaan, binaan,
kesusasteraan pertanian dan sastera.
Tamadun
manusia yang tertua di dunia dapat dikesan dan ia lahir di lembah Tigris-
Euphrates, Iraq kira-kira 5000 tahun yang silam. Selain tamadun Islam, tidak
dapat dipastikan titik permulaan dan peralihan sesuatu tamadun secara tepat
malah tidak jelas asal-usulnya. Tamadun Islam, bermula apabila berlaku
peristiwa penerimaan wahyu yang pertama oleh Nabi Muhammad s.a.w daripada Allah
s.w.t. melalui malaikat Jibrail (a.s.) pada bulan Ramadan tahun 610 Masehi,
ketika baginda berusia 40 tahun.
Ketika
baginda dilahirkan, Semenanjung Arab berjiran dengan tamadun-tamadun terkemuka
dalam sejarah, iaitu tamadun Greek dan Byzantin di sebelah utara, tamadun Iran
(Parsi) di sebelah timur, tamadun India di sebelah tenggara, dan tamadun
Aramaik-Hebrew dan Aryan di sebelah barat laut.
Perkembangan
tamadun Islam di dunia Arab boleh dibahagikan kepada empat peringkat, iaitu
zaman Rasulullah dan al-Khulafa al-Rashidin (610 M - 660 M), zaman Bani Umaiyah
(660 M - 750 M), zaman Bani Abbasiyah (750 M - 1261 M), zaman Bani Mughuliyah
(Monggols) dan zaman Bani Uthmaniah (1261 M - 1924 M). Kekuatan pengaruh
tamadun Islam turut menyumbang ke arah tercetusnya pembaharuan di Eropah dan
seterusnya perluasannya hingga ke Kepulauan Melayu.
Zaman Rasulullah S.A.W dan sahabat
Zaman
Rasulullah S.A.W. dan al-Khulafa' al-Rashidin (r.a.) merupakan zaman model
tamadun Islam. Pada prinsipnya tamadun Islam selepas zaman awal Islam
dicorakkan berdasarkan zaman model ini.
Nabi
Muhammad S.A.W. lahir pada 12 Rabi' al-Awwal tahun Gajah, bersamaan 20 April
tahun 571 Masehi dari kalangan bangsa Arab Quraisy. Sifatnya yangjujur dan
amanah menyebabkan baginda dikenali sebagai al-Amin (yang jujur) di kalangan
masyarakat pada ketika itu. Pada 17 Ramadan bersamaan 6 Ogos tahun 610 Masehi
baginda mendapat wahyu yang pertama daripada Allah s.w.t., sekali gus rasmilah
pelantikan Baginda sebagai Rasul Allah.
Selama 13
tahun berikutnya Baginda menjalankan dakwah di Makkah yang ber- temakan tauhid,
iaitu mengesakan Allah s.w.t. dan menentang segala bentuk syirik, khurafat dan
tahyul. Pada tahun 622 Masehi baginda diperintahkan supaya berhijrah ke Yathrib
kerana menghadapi tentangan yang hebat dari segi fizikal dan kejiwaan daripada
orang kafir Quraisy. Mulai dari penghijrahan ini Yathrib dikenali sebagai
Madinah al-Nabi (bandar nabi).
Di Madinah,
usaha-usaha dakwah Rasulullah secara kasarnya tertumpu kepada:-
1. Membina
dan menyusun masyarakat serta negara Islam.
2.
Memelihara dan mempertahankan masyarakat dan negara Islam.
Bagi
melaksanakan usaha-usaha ini:
a - Beberapa
perjanjian telah diadakan
1.
Perjanjian Aqabah I (antara isinya orang Madinah berikrar tidak akan
mensyirikkan Allah s.w.t, mencuri, berzina, membunuh anak dan menolak perbuatan
baik).
2.
Perjanjian Aqabah II (mempersaudarakan orang Muhajirin dan Ansar)
b -
Meletakkan prinsip dan dasar pemerintahan Islam iaitu pembentukan Piagam
Madinah (Sahifat al-Madinah) yang mengandungi 47 fasal yang menekankan konsep
taqwa dan kesatuan
Setelah
Rasulullah S.A.W. wafat pada tahun 632 Masehi bermulalah kerajaan yang dipimpin
oleh Sahabat-sahabat Nabi yang dikenali sebagai al-Khulafa' al-Rashidin. Zaman
ini diwakili oleh empat orang Khalifah, iaitu:
1. Khalifah
Abu Bakr al-Siddiq - 632 Masehi (r.a)
2. Khalifah
'Umar ibn al-Khattab - 634 Masehi (r.a)
3. Khalifah
'Uthman ibn al-'Affan - 444 Masehi (r.a)
4. Khalifah
'Ali ibn Abi Talib - 655 Masehi (k.w)
Zaman ini
menyaksikan keempat-empat Khalifah (r.a.) meneruskan usaha-usaha dakwah yang
dilakukan oleh Rasulullah dan meletakkan al-Qur'an dan al-Sunnah sebagai
rujukan dan asas dalam menjalankan pemerintahan.
Pada masa
pemerintahan Abu Bakr al-Siddiq, beliau telah berjaya mewujudkan keamanan
dengan menumpaskan golongan yang enggan membayar zakat dan mereka yang mendakwa
diri mereka sebagai nabi selepas kewafatan Rasulullah.
Pada masa
pemerintahan 'Umar ibn al-Khattab (r.a.) dengan kekuatan tentera yang dimiliki,
wilayah Islam mula berkembang ke Syria dan Mesir dan berjaya menundukkan
pemerintahan Romawi di timur dan menghancurkan pemerintahan Farsi di Iraq. Pada
masa pemerintah 'Uthman ibn 'Allan (r.a.) pula kerajaan Islam terus berkembang
luas sehingga ke Afrika di bahagian barat dan Turkistan di Timur. Antara usaha
penting 'Uthman ibn 'Affan ialah pembukuan al-Qur'an menjadi sebuah mashaf yang
lengkap. Pada masa pemerintahan 'Ali ibn Abi Talib (k.w.), ilmu sains dan
matematik mula diperkenalkan.
Zaman Bani Umaiyyah
Khalifah-khalifah
kerajaan Bani Umayyah meletakkan al-Qur'an, al-Sunnah dan al- Ijma' sebagai
sumber perundangan negara, dan bentuk organisasai negara seperti politik,
pentadbiran dan kewangan dikekalkan seperti pada zaman Nabi dan Sahabat, tetapi
ia diperluas dan diubah suai sesuai dengan pertambahan penduduk dan keluasan
daerah Islam pada ketika itu. Pusat pemerintahan kerajaan Bani Umayyah adalah
di Damsyik (Syam) atau dikenali sebagai Syria sekarang. Di Syam kegiatan ilmu
pengetahuan sangat digalakkan. Pada masa itulah ilmu-ilmu al-Qur'an dan
al-Hadis seperti 'ulum al-Qur'an dan mustalah Hadith mula dikembangkan, begitu
juga ilmu-ilmu sains seperti perubatan dan sebagainya. Kerajaan Bani Umayyah di
Sepanyol yang dipimpin oleh 'Abdul al-Rahman al- Dakhil memisahkan diri dari
pusat pemerintahan Islam di timur, dengan mendirikan kerajaan Islam di
Andalusia, iaitu di Benua Eropah. Pusat pemerintahannya adalah di Cordova.
Zaman Bani Abbasiyah
Pada zaman
ini perkembangan kebudayaan, keilmuan, kegiatan ekonomi dan politik begitu
meluas dan gemilang. Kerajaan Bani Abbassiyah pada waktu itu berpusat di
Baghdad.
Dalam bidang
kebudayaan, kegiatan seni seperti puisi, binaan dan ukiran berkembang pesat.
Perkahwinan campur telah melahirkan cantuman kebudayaan Farsi, Hindu, Arab, dan
Greek. Dari sudut keilmuan, pada zaman pemerintahan Kerajaan Bani Abbassiyah
berlaku penubuhan Bayt al-Hikmah dan gerakan terjemahan yang diberi perhatian
serins yang telah membantu perkembangan dunia keilmuan. Masjid dijadikan
sebagai pusat segala kegiatan ilmu.
Perkembangan
dalam bidang ekonomi juga dapat dilihat dengan peranan yang dimainkan oleh Bayt
al-Mal. Fungsinya menjaga khazanah negara dan mengagihkannya mengikut keperluan
negara. Ini dapat diselenggarakan dengan berkesan. Sumber-sumber ekonomi
seperti pertanian dan perdagangan juga berkembang pesat.
Dari segi
politik, kelahiran fahaman politik mula wujud. Kerajaan juga mampu menyediakan
angkatan perang yang mantap untuk menghadapi sebarang bentuk ancaman musuh sama
ada dari luar atau dalam. Ketika ini juga organisasi kehakiman menjadi satu
organisasi yang kukuh dan mempunyai peranan yang besar.
Zaman Moghul dan Uthmaniah
Perkembangan
dan kemajuan tetap berlaku, tetapi kerancakannya semakin menurun akibat
daripada penjajahan melalui peperangan dan usaha-usaha untuk melumpuhkan Islam.
Pada ketika itu budaya ilmu mula bertukar menjadi budaya politik. Pada abad
ke-13 Masehi kerajaan Islam Moghul telah diserang dan dimusnahkan. Ini
mengakibatkan banyak khazanah Islam musnah dan dipindahkan ke dunia Barat. Pada
masa yang sama juga Eropah mula membina tamadun mereka. Kerajaan Moghul
berpusat di Asia Tengah dan kemudian di India, manakala kerajaan Uthmaniah
mula-mula bertapak di Asia Kecil, kemudian bertapak kuat di Istanbul. Pengaruh
Tamadun Islam yang Membawa kepada Renaissans di Eropah Perkataan renaissans
berasal daripada bahasa Perancis, yang bermaksud kelahiran semula (rebirth).
Istilah ini merujuk kepada zaman perkembangan tama-dun Barat semasa zaman
perubahan (transition) dari zaman kegelapan (medieval) ke zaman modennya. Pengaruh
pemikiran Islam ke atas Barat bermula dari abad ke-11 sehingga abad ke-13 dan
ke-14 Masehi.
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Barat
Perkembangan
intelektual masyarakat Islam di sebelah Timur. Kemuncaknya ialah apabila
Khalifah Bani Abbasiyah, al-Ma'mun, menubuhkan Bayt al-Hikmah (House of Wisdom)
pada tahun 830 Masehi. la berfungsi sebagai perpustakaan dan pusat percetakan
serta aktiviti penerjemahan.
Tahun 600
hingga 1000 Masehi merupakan zaman kegelapan Barat. Era kegelapan ini
disebabkan oleh keadaan masyarakat yang mundur dalam bidang ekonomi, keilmuan
dan kerohanian akibat daripada keadaan politik yang tidak stabil. la juga
disebabkan oleh pemisahan antara ilmu dengan agama yang dilakukan oleh pihak
gereja.
Pendedahan
Islam kepada dunia Barat adalah melalui corak pemerintahan Islam di Sepanyol
terutamanya dari segi layanan pemerintah terhadap rakyat, keadaan masyarakat,
agama dan ilmu yang tidak terpisah. Kewujudan institusi pengajian tinggi di
Sicily yang menjadi tumpuan pelajar-pelajar dari Eropah turut meninggalkan
kesan kepada dunia Eropah. Percanggahan pendekatan keilmuan yang wujud antara
golongan scholastic dengan scientific, seperti dogma-dogma yang dibawa tidak
boleh diterima akal, juga menyumbang ke arah perubahan.
Fasa-fasa Pemindahan Pemikiran Islam ke Eropah
Penghijrahan
sarjana Barat ke negara Islam dan aktiviti terjemahan yang dijalankan merupakan
fasa pertama pemindahan pemikiran Islam ke Barat. Antara teks yang diterjemah
ialah teks Arab yang diterjemah daripada teks Greek dan teks asal karangan
sarjana Muslim. Sarjana Barat yang pertama datang ke negara Islam ialah
Constantine of Africa (1017 M - 1087 M), Abelard of Bath (1079 M - 1142 M),
kemudian diikuti oleh Robert Chester (1110 M - 1160 M), Jew Moses Farache (1285
M), dan Gerald of Cremonar (1114 M - 1187 M).
Penubuhan
universiti-universiti terawal di Barat turut menyumbang ke arah pe- mindahan
pemikiran Islam ke Eropah. Rasa tanggungjawab para sarjana Barat yang menuntut
di negara Islam untuk memindahkan pegetahuan mereka kepada generasi muda di
Barat telah mendorong mereka kembali ke Barat dan menubuhkan institusi
pengajian tinggi. Universiti pertama di Barat didirikan di Salerno dan Naples
oleh King Roger. Melalui institusi pertama di Salerno inilah berlakunya
pemindahan ilmu-ilmu Islam ke Barat dan penubuhan institusi pengajian tinggi
yang seterusnya. Peristiwa Perang Salib yang bermula pada tahun 1097 Masehi
juga member! kesan yang besar kepada pemindahan pemikiran Islam. Perang
tersebut berlangsung selama 130 tahun, dengan melalui tujuh siri peperangan.
Dalam tempoh inilah segala ilmu pengetahuan, corak pentadbiran dan pengendalian
perkhidmatan awam berpindah ke Barat. Akhirnya penaklukan kembali Andalus dan
Sicily oleh kerajaan Kristian turut mempengaruhi faktor pemindahan tersebut.
Pengaruh Tamadun Islam dalam Alam Melayu
Islam
berkembang di Asia Tenggara melalui pelbagai cara, dan pengembang- pengembang
agama itu pula datang dari berbagai-bagai bangsa seperti Arab, Farsi, India,
Turki, Maghribi dan orang-orang Melayu sendiri. Islam mula bertapak kuat di
daerah Aceh, kemudian di Melaka. Dari Melaka, Islam berkembang ke daerah-daerah
lain di Asia Tenggara seperti Pulau Jawa bahagian Timur, Palembang, Jambi, Riau
dan negeri-negeri Semenanjung). Dari Melaka juga Islam berkembang ke Brunei dan
terus ke Sulu di Filipina Selatan. Dari Jawa Timur pula Islam berkembang ke
Maluku, Kalimantan Selatan, Sulawesi Selatan dan Jawa Barat. Dari Jawa Barat
Islam berkembang ke Lampung. Dari Acheh Islam merebak ke Minangkabau dan terus
ke Tapanuli Selatan. Dari daerah Sulawesi Selatan Islam tersebar ke Nusa
Tenggara.
Tanda yang
jelas membuktikan kedatangan Islam ke Asia Tenggara ialah buku-buku sejarah
yang ditulis pada zaman itu, seperti buku Sejarah Melayu, Hikayat Raja-Raja
Pasai, Hukum Kanun Melaka dan lain-lain. Selain itu batu-batu bersurat seperti
batu bersurat di Terengganu (1303 M), dan di Minye Tujuh, Aceh (1380 M). Yang
ketiga ialah kerajaan-kerajaan Islam yang diasaskan di Asia Tenggara seperti di
Acheh, Melaka, Johor, Demak (Jawa Tengah), Tidore, Banten (Jawa Barat), Goa
(Makasar), Ternate, Brunei, Sulu dan kerajaan-kerajaan yang lain. Kedatangan
Islam member! jiwa yang baru dan besar kepada kebudayaan Melayu khususnya
bahasa Melayu.
Kedatangan
pengaruh Islam menjadikan bahasa Melayu kaya dan mampu digunakan untuk membahas
perkara-perkara yang ilmiah seperti falsafah (yang tidak pernah berlaku pada
masa sebelum kedatangan Islam sekalipun pengaruh Hindu cukup kuat bertapak pada
kebudayaan Melayu sebelum itu), tasawuf, hukum dan undang-undang, penerjemahan
al-Qur'an (misalnya Abdul Rauf Al-Fansuri menerjemahkan al-Qur'an buat kali
pertama dalam bahasa Melayu pada abad ke-17 M), perbahasan ilmu Hadis, ilmu
fikah dan berbagai-bagai ilmu lagi. Pendeknya kedatangan Islam menjadikan
bahasa Melayu mampu untuk digunakan bagi membahas perkara-perkara yang bersifat
intelektual.
Satu lagi
pengaruh Islam yang meresap ke dalam kebudayaan Melayu ialah tulisan
Melayu-Arab atau biasa disebut tulisan Jawi. Dengan tulisan ini bahasa Melayu
dapat ditingkatkan, sementara hasil-hasil kebudayaan Melayu zaman dahulu dapat
dirakamkan sehingga kita dapat menyaksikannya sampai sekarang ini. Bahkan
karya-karya Melayu lama lebih banyak dalam bentuk tulisan Jawi daripada yang
telah dirumikan.
Pengaruh
Islam yang lain di Asia Tenggara adalah dalam bidang politik, perundangan
(perlaksanaan hukum shara') dan pentadbiran. Ini dapat disaksikan pada sistem
pemerintahan Kesultanan Melaka (1403 M - 1511 M), Kesultanan Johor-Riau (1511 M
- 1824 M), Kesultanan Aceh terutama dalam zaman Iskandar Muda Mahkota Alam
(1606 M - 1636 M), Kerajaan Bantan (1527 M - 1640 M), Kerajaan Brunei (sejak
1500 M) dan lain-lain. Dalam perkara ini peranan ulama-ulama Islam sangatlah
penting khasnya dalam membentuk masyarakat Islam di Asia Tenggara, selain
men-jadi para pemimpin untuk menentang pencerobohan kuasa-kuasa asing
terutamanya dari penjajah Barat. Ulama-ulama inilah juga yang telah mengajar
dan mendidik masyarakat dan umat Islam untuk menegakkan maruah bangsa, mem-
pertahankan tanah air, agama dan bangsa, di samping selain daripada menghayati
ajaran-ajaran agama Islam sesuai, dengan sifatnya sebagai agama untuk kehidupan
yang bahagia di dunia dan di akhirat.
Penutup
Sejarah
menyaksikan tamadun Islam melalui beberapa peringkat perkembangan. Ajaran Islam
diturunkan di kota Makkah, tamadunnya diasaskan di kota Madinah, dikembangkan
di kota Syam dan Damsyik, seterusnya digemilangkan di kota Baghdad. Selepas
menguasai dunia kira-kira enam abad, tamadun Islam mengalami satu jangka waktu
kemunduran, tetapi ia tidak musnah malah terus hidup hingga ke hari ini.
Pengaruhnya mula bertapak di semenanjung Arab sehingga berjaya menukar
kehidupan masyarakat Arab Jahiliah pada ketika itu kepada kehidupan bersusila.
Kekuatan pengaruh Islam juga turut menyumbang ke arah kelahiran renaissan di
Eropah dan seterusnya perluasannya ke Nusantara dan ke seluruh pelosok dunia.
(Ahmad Fauzi Hj. Morad ed. (2001). Tamadun Islam. Serdang : Penerbit Universiti
Putra Malaysia.)
3.2 Pengaliran Tamadun
Islam Ke Eropah
Hasil
kemajuan ilmu pengetahuan yang dicapai oleh orang Islam Sepanyol menarik minat
orang Barat untuk mempelajari ilmu pengetahuan bangsa Arab. Hal ini membuatkan
mereka mendirikan sebuah sekolah di Paris bagi mempelajari bahasa-bahasa Timur
pada abad kedua belas Masihi. Mereka meniru cara mempelajari ilmu pengetahuan
seperti yang dibuatkan oleh sarjana-sarjana Islam melalui perbahasan, di
antaranya termasuk Roger Bacon, seorang sarjana Inggeris. Orang Eropah
mengambil ilmu perbuatan daripada Ibn Zuhr dan Ibn Baithar. Dengan cara yang
teristimewa mereka berjaya mengubat penyakit cacar dan sampar. Raja-raja dan
kaum bangsawan Eropah seringkali memanggil doktor-doktor Arab untuk mengubati
mereka. Sekolah perubatan yang didirikan oleh orang Perancis di Kota
Montpellier mempunyai beberapa orang mahaguru daripada bangsa Arab Sepanyol.
Daripada
bangsa Arab juga, orang Eropah mengetahui cara membuat gula, sutera dan cara
membuat serta menggunakan pedoman. Orang Arab amat terkenal tentang kemahiran
mereka dalam ilmu peperangan dan membuat kapal perang. Angkatan laut Islam di
Lautan Mediterranean menjadi contoh kepada angkatan laut negara-negara
Kristian. Keuntungan yang diperolehi oleh orang Eropah daripada bangsa Arab
bukan hanya tentang ilmu pengetahuan dan pertukangan sahaja, bahkan sampai
kepada nyanyian danmuzik. Kedua bidang kesenian ini mempengaruhi
pelajar-pelajar Eropah yang mempelajari kebuda- yaan Arab di Sepanyol sehingga
syair dan nyanyian Arab itu mereka bawa balik ke Eropah. Sampai sekarang dalam
muzik Sepanyol masih ada kesan- kesan pengaruh Arab.
Amat banyak
kitab Arab yang disalin daripada bahasa Greek telah disalin pula oleh
orang-orang Eropah ke dalam bahasa mereka, seperti geografi Butlaimus, Geometri
Iklidius dan Falsafah Aristotle. Dengan itu, berkembanglah semula kebudayaan
Greek di Eropah, dan bangsa Arab di Sepanyol menjadi jambatan penghubung kepada
kebudayaan dan tamadun baru di Benua Eropah. (Dr. Ismail bin Hamid, 1984;120).
3.3 Andalusia Sebagai
Anugerah Tamadun Islam Kepada Kebangkitan Eropah
Penaklukan Negeri Andalus
Negeri
Andalus terbahagi kepada Sepanyol dan Portugal yang terletak di semenanjung
yang dikenali dengan sebutan 'Iberian Peninsular.' Sebelum orang Islam
menguasai negeri itu, Andalus diperintah oleh suku bangsa Visigoth. Pada masa
orang Rom memerintah negeri itu, mereka membawa masuk bangsa Yahudi, akibatnya
sering berlaku perselisihan yang sengit antara orang Yahudi dan Kristian. Di
samping itu, sering pula berlaku rebutan kuasa untuk menduduki takhta Kerajaan
Andalus dari semasa ke semasa. Keadaan yang seumpama itu melemahkan Kerajaan
Andalus dan membuka peluang bagi orang Islam menakluki negeri tersebut.
Antara
faktor yang membawa kepada penaklukan negeri Sepanyol itu ialah kerana seorang
pembesar negeri itu bernama Roderick telah merampas takhta kerajaan, dan beliau
telah menindas putera bekas raja negeri tersebut. Lalu mereka lari ke Afrika
dan menyebelahi orang Islam. Sebab yang langsung berlakunya penaklukan negeri
Sepanyol itu ialah kerana berlaku perselisihan antara Count Julian, Gabenor
Sabtah dengan Roderick yang dikatakan telah menjatuhkan kehormatan Puteri Count
Julian. Oleh itu, beliau ingin membalas dendam, lalu mempelawa orang Islam
menakluki Sepanyol. Beliau telah memberi kerjasama kepada mereka.
Gabenor
Afrika, Musa ibn Nusair memohon kebenaran Khalifah al-Walid ibn Abdul Malik
untuk menakluki Andalus, tetapi pada mulanya Khalifah agak keberatan membenar
tentera Islam menyeberangi lautan demi keselamatan mereka. Tetapi Musa akhirnya
berjaya mendapat kebenaran Khalifah untuk menggerakkan tenteranya ke Sepanyol.
Tariq bin Ziyad seorang panglima yang ditugaskan oleh Musa untuk menawan negeri
itu. Pada tahun 710 Masihi, Tariq telah mengirim satu pasukan tentera Islam
untuk menyiasat dan membuat laporan kepadanya. Pada tahun 711 Masihi, Tariq
bersama dengan pasukan tenteranya sebanyak 7,000 orang telah mendarat di
bahagian selatan semenanjung itu yang kemudiannya disebut 'Jabal Tariq', atau
'Bukit Tariq' yang sekarang terkenal dengan sebutan Gibraltar. Di sini Tariq
mengatur garis kemaraan tenteranya dan dikatakan beliau telah membakar kapal
yang membawa mereka supaya siapa pun tidak dapat melepas diri balik ke Afrika.
Dalam pidatonya yang sangat masyhur Tariq berkata: "Wahai tuan-tuan
sekalian, di manakah jalan untuk tuan-tuan melarikan diri, di belakang
tuan-tuan lautan terbentang luas dan di hadapan tuan-tuan musuh. Tuan-tuan
tidak mempunyai apa-apalagi melainkan dengan nama Allah kebenaran dan
kesabaran".
Apabila
Roderick mendengar berita pelanggaran tentera Islam, beliau mengerahkan
tenteranya hampir sebanyak 100,000 orang. Lalu Tariq meminta bantuan daripada
Musa yang kemudiannya mengirim bantuan sebanyak 5,000 orang lagi, lalu
beriakulah peperangan antara kedua pihak di lembah Lakkah, atau Bakkah.
Walaupun tentera Roderick banyak bilangannya, namun beliau mempunyai banyak
musuh dari dalam; orang Yahudi telah memberi kerjasama kepada tentera Islam.
Tentera yang di bawah perintah saudara bekas Raja Sepanyol telah berundur dari
medan perang. Oleh kerana sikap Roderick yang mewajibkan cukai yang berat
kepada rakyat, maka mereka tidak sepakat di bawah perintahnya. Dalam
pertempuran itu, Roderick telah terbunuh. Tariq sebagai seorang panglima yang
cekap telah berjaya menawan Malaga, Granada, Cord ova dan Toledo.
Pencapaian Kerajaan Islam Di Sepanyol
Apabila
sarjana-sarjana Barat membicarakan tentang tamadun Islam di Sepanyol, mereka
mengakui tentang keindahan bangunan-bangunan yang ditinggalkan oleh orang Islam
di situ. Mereka juga mengenang jasa orang Islam yang telah menyumbangkan tenaga
bagi membawa cahaya ilmu pengetahuan ke Benua Eropah yang diselubungi kegelapan
kejahilan berabad-abad lamanya. Pusat-pusat pengajian tinggi Islam di Sepanyol
telah menaburkan ilmu pengetahuan kepada dunia Kristian Eropah selama dua abad
lamanya. Nama-nama sarjana Islam seperti ibn Rushd yang dipanggil Averroes dan
Abdul Maimun yang dipanggil Maimonides, ibn Jubair dan ibn Battutah, seorang
pengembara Islam sangat terkenal di Benua Eropah hingga ke hari ini.
Sarjana-sarjana Islam itu telah menghasilkan suatu tamadun Islam di Sepanyol.
Kota Seville, Cordova dan Granada merupakan pusat-pusat pengajian dan
kebudayaan Islam pada ketika itu.
Pusat Pengajian
Orang Islam
Sepanyol mempunyai peluang mendapat pelajaran melalui sistem pendidikan rendah
dan tinggi. Peluang itu lebih luas lagi daripada apa yang diperolehi di bawah
Kerajaan Abbasiyah di Baghdad. Ahli-ahli pendidik, atau guru-guru mendapat
kedudukan yang istimewa dalam masyarakat. Malah kaum wanita pun mendapat
peluang yang sama. Al-Maqqari seorang ahli sejarah Islam Sepanyol telah membuat
catatan mengenai peluang mendapat pelajaran bagi kaum wanita.
Universiti-universiti telah didirikan di Cordova, Seville, Malaga dan Granada.
Universiti Cordova, misalnya mempunyai jabatan sains di samping jabatan bahasa,
agama dan falsafah. Universiti Granada mempunyai jabatan undang-undang,
perubatan, kimia, falsafah dan astronomi. Malah orang Kristian dari Castile dan
Aragon yang memusuhi orang Islam Sepanyol datang menuntut ilmu di Universiti
Granada. Universiti-universiti tidak dapat mencapai kemajuan tanpa adanya
buku-buku mengenai ilmu pengetahuan. Oleh itu, buku-buku telah dituliskan
dengan banyak dan mendapat pasaran yang luas sekali di Eropah. Tanpa ada
kertas, maka buku pengetahuan tidak dapat diterbitkan. Dengan itu, perusahaan
membuat kertas juga mencapai kemajuan. Dari Sepanyol cara membuat kertas telah
dibawa ke Itali, Perancis dan seterusnya ke seluruh Benua Eropah. Oleh itu,
kertas merupakan satu peninggalan orang Islam yang diwarisi oleh Benua Eropah.
Sains
Dalam bidang
botani, orang Islam di Sepanyol telah memulakan kajian yang bercorak saintifik
yang dimulakan oleh al-Ghafi dari Cordova dan Ibn al-Awwam dari Seville. Ibn
al-Awwam menghasilkan sebuah buku yang penting dalam ilmu pertanian pada zaman
pertengahan bernama al-Filahah. Dalam bidang perubatan, para ahli perubatan
Sepanyol telah banyak membuat kajian dan penulisan. Abu Marwan seorang tokoh
perubatan di Sepanyol yang menulis buku al-Teisir yang membicarakan sejarah
penyakit. Ibn Abbas al-Zahrawi seorang doktor istana Hakam telah menulis buku
yang berjudul al-Tasrif yang membicarakan asas pembedahan. Ibn Rusyd seorang
ahli falsafah dan perubatan menghasilkan bukunya yang terkenal, iaitu
al-Kulliyat (Prinsip-prinsip Perubatan). Dalam bidang astronomi orang Islam
telah membuat kejayaan yang tinggi. Al-Majriti telah membuat pembetulan
terhadap jadual astronomi ciptaan al-Khawarizmi. Al-Bitruji tokoh astronomi
Sepanyol yang mengarang buku al-Hayah yang membicara tentang bintang-bintang.
Kesenian
Khalifah-khalifah
Islam di Sepanyol sangat berminat kepada kesenian dan seni binaan. Sementara
seni muzik telah diperkenalkan oleh Ziryab yang menjadi tokoh muzik di istana
Khalifah Abdul Rahman II. Abu Qasim Abbas terkenal sebagai seorang tokoh muzik
yang memperkenal seni muzik timur di Sepanyol. Dalam bidang seni bina,
pemerintah Sepanyol telah membina berbagai-bagai bangunan dengan menyertai seni
ukir Islam. Kesan sejarah yang berbentuk rumah ibadat telah dimusnahkan di
Sepanyol selepas orang Islam tewas, kecuali masjid Cordova. Orang Islam telah
berjaya melahirkan suatu tamadun yang amat tinggi di Sepanyol, dan memberi
sumbangan yang tidak sedikit kepada perkembangan peradaban dunia.
Industri
Dalam bidang
perusahaan, orang Islam Sepanyol terkenal di kalangan negara perusahaan dewasa
itu. Mereka menjalankan perusahaan membuat pinggan mangkuk, tembikar, kemudian
dieksport ke luar negeri. Orang Islam Sepanyol juga maju dengan perusahaan
membuat kain dan mendapat pasaran yang luas di Eropah Barat. Mereka juga menjalankan
perusahaan membuat kain daripada bulu kambing, Cordova merupakan pusat
pengeluarannya yang terpenting. Almeria sahaja ada mempunyai empat ribu lapan
ratus mesin tenun kain. Pengeluaran kain-kain sutera yang bermutu juga
diusahakan bagi pakaian di-raja, atau untuk hiasan perayaan dan gereja. Rekaan
bentuk bunga adalah hasil ciptaan orang Islam Sepanyol yang kekal dipakai di
Eropah hingga abad keenam belas. Mereka juga menjalankan perusahaan logam.
Pengaruh Islam dalam bidang perusahaan itu masih kekal sampai hari ini sehingga
istilah-istilah barang perusahaan-perusahaan itu masih menggunakan bahasa Arab.
Gading gajah diimport dari Afrika, dan barang ukiran yang diperbuat dari-
padanya dieksport ke luar negeri. (Dr. Ismail Hamid, 1984:119).
3.4 Pengaruh Tamadun Islam
Dalam Pelbagai Bidang Ilmu Pengetahuan
Berikut akan
dibicarakan beberapa bidang ilmu yang telah dibawa ke Eropah yang kemudiannya
bertanggung jawab dalam melahirkan zaman renaissance di sana.
Ilmu Falsafah.
Berbanding
dengan tokoh-tokoh lain, Ibnu Rusyd-lah yang nampaknya telah memberi saham yang
amat besar terhadap alam fikiran Barat, sehingga mereka amat terhutang budi
kepadanya. Sesungguhnya Ibnu Rusyd (Averroes) telah menguasai alam pemikiran
sejak akhir abad ke-12 hingga akhir abad ke-16 meskipun menghadapi
berbagai-bagai gugatan, baik dari golongan Ahli Sunnah di Sepanyol mahupun dari
ahli-ahli Talmud dan pemuka-pemuka Gereja. Misalnya beliau pernah disingkir
dari istana oleh pemerintah Muwahidin, Abu Yusuf Yaqub Al-Mansur. Dan bagi
kepala-kepala Gereja, Ibnu Rusyd merupakan sumber yang memancarkan mata air
ilmu pengetahuan dan kebebasan. Maka tertumpahlah segenap kemarahan mereka
terhadapnya, termasuk pengikut-pengikutnya dari golongan Muslim dan Yahudi juga
(muridnya yang terbesar dan paling setia, Musa bin Maimon, adalah seorang
Yahudi).
Lihat sahaja
ketika Christopher Columbus bermaksud untuk mengembara di Lautan Atlantik,
beliau telah dihalang oleh pihak Gereja. Tetapi dengan dibantu oleh beberapa
orang raja Eropah, beliau tetap dengan pendiriannya. Kata Columbus: "Yang
memberiilham kepadaku untuk melakukan tujuan yang mulia ini, adalah buku-buku
dari Ibnu Rusyd!"
Ketika
Frederick II menjadi Maharaja Rom, beliau telah mendirikan Universiti Naples
yang bertujuan untuk menyiarkan ilmu falsafah dan pengetahuan Islam di Eropah.
Sebagai seorang yang pernah belajar di Universiti Palermo dan sangat berminat
pada pemikiran-pemikiran Ibnu Rusyd, pengajian-pengajian utama di universiti
itu ialah menterjemahkan karya-karya Aristotle yang berisi komentar-komentar
Ibnu Rusyd, dan kemudiannya berusaha mengirimkannya ke universiti-universiti
Paris dan Bologne. Salinan karya-karya Ibnu Rusyd ini banyak diusahakan oleh
Michael Scott, kesayangan Raja Frederick II. Kebanyakan salinan Michael Scott
adalah mengenai zoologiy sebab Raja Frederick sangat gemar pada haiwan-haiwan.
Atas
perintah General Order of Preaches, iaitu sebuah badan tertinggi Kristian,
diusahakanlah terjemahan kepada karya-karya islam. Antaranya ialah
Tahafutul-Falasifa oleh Al-Ghazali (Algazel) dan juga Tahafutut-Tahafut oleh
Ibnu Rusyd. Buku Raymund Martin Summa contra Gentiles adalah sebenarnya berasal
dari karya Al-Ghazali. Seorang padri yang juga ahli falsafah, St. Thomas
Aquinas telah memerintahkan agar disalin kitab-kitab Abul-Hassan Al-Shaari
untuk digunakan oleh pihak Gereja untuk melawan arus atheisme di Eropah. Buku
tersebut dikenali dengan nama Loquentes (Mutakallimun).
Sejauh
manakah kesan pemikiran Islam terhadap alam fikiran Barat? Untuk mengukur
kesannya, haruslah ditinjau alam fikiran Barat serta dibuat perbandingan dengan
alam fikiran Timur. Melalui perbandingan ini akan terdapatlah beberapa kesamaan
antara keduanya, yang sukar sekali untuk mengatakan yang ianya berlaku secara
kebetulan belaka. Misalnya teori 'Cogito' dari Descartes yang menyamai dalil
'orang terbang' dari Ibnu Sina (Avicenna), apakah tidak mungkin adanya
pengaruh-mempengaruhi di antara mereka? Sebenarnya 50 tahun sebelum lahirnya
Descartes (1597-1650), sudah terdapat terjemahan karya-karya Ibnu Sina dalam
bahasa Latin yang diterbitkan di Venice (antara 1496-1546). Ketika zaman
Descartes persoalan jiwa dan keabadiannya menjadi persoalan hangat. Besar
kemungkinan pembahas-pembahas Barat ketika itu mencari sumber yang ada
memperkatakan tentangnya, dan Ibnu Sinalah orangnya yang paling banyak
membicarakannya. Atau boleh jadi Descartes mengenal Ibnu Sina lewat Roger Bacon
(1214-1291), seorang murid tokoh-tokoh falsafah Islam.
Kebanyakan
buku-buku Ibnu Sina telah diterjemahkan ke bahasa Hebrew dan Latin sebelum abad
ke-12. Dan Roger Bacon sendiri mempelajari buku Falsafah Timur karya Ibnu Sina
tersebut. Ramai sekali murid-murid Ibnu Sina yang terpengaruh kepada cara
pengajiannya. Antaranya ialah Musa bin Maimon (Maimonides), seorang ahli
falsafah Yahudi, Albert the Great yang hidup sezaman dengan Padri Thomas,
Ulrich of Strasburg (murid Albert), Henri of Ghent, pengikut-pengikut
Bonaventure of Bagnoregio termasuk Duns Scotus dan Meister Eckhart.
Jika tadinya
dikatakan yang Descartes dipengaruhi oleh Ibnu Sina, tetapi bagi George Henry
Lewis, Descartes juga dipengaruhi oleh Al-Ghazali. Katanya: "Al-Ghazali
telah mengemukakan pendapat-pendapat ilmiah dan metode pengajian yang
kemudiannya lahir begitu jelas dalam buku Descartes Discourse Sur lu Method
sehingga jika ada naskhah terjemahan kitab Ihya Ulumiddin oleh Al-Ghazali di
waktu itu, sudah tentu tulisan Descartes ini merupakan suatu plagiat yang
nyata." Bukti yang amat jelas ialah mengenai 'teori sangsi' Al-Ghazali
yang menyamai Descartes. Kedua-dua tokoh ini telah dibelenggu oleh kesangsian
sebegitu jauh sehingga ke darjah menyangsikan wujudnya diri sendiri. Dan
sebab-sebab kembalinya mereka kepada keyakinan itu pun hampir-hampir sama. Bagi
Al-Ghazali, "Saya mempunyai kemahuan dan inilah buktinya saya ada."
Sedang bagi Descartes, "Saya berfikir maka inilah bukti saya ada"
(Cogito urgo sum). Bagi mereka kesangsian-kesangsian tersebut bukanlah untuk
meruntuh, melainkan sebagai jalan ke arah memperolehi pengetahuan dan hakikat
yang sebenar. Pengaruh Al-Ghazali juga dapat dikesan pada fikiran-fikiran
ketuhanan Spinoza, murid Descartes.
Jelaslah
bahawa pemikiran-pemikiran Descartes tersebut banyak dipengaruhi oleh
fikiran-fikiran sebelumnya, terutamanya Ibnu Sina dan Al-Ghazali. Di Eropah,
Descartes bukannya sebarang orang. Dialah yang mempelopori falsafah moden.
Menurut Betrand Russel: Moden philosophy begins with Descartes, whose
fundamental certainty is the existence of himself and his thoughts, from which
the external world is to be inferred. This was the first stage in a development,
through Berkeley and Kant, to Fichte, for whom everything is only an emanation
of the ego."
Mengenai
masalah sumber ilmu pengetahuan, pemikiran Al-Ghazali juga sangat mendalam
pengaruhnya. Bagi Al-Ghazali, eksperimen (melalui pancaindera, akal fikiran
atau roh) iaitu sarananya untuk memperolehi pengetahuan. Berasaskan pendapat
inilah ianya mempengaruhi ahli-ahli falsafah Barat menurut kemampuannya
masing-masing. John Locke misalnya memilih aliran pancaindera, sebab katanya:
"Tidak satu pun yang ada dalam akal yang tidak melalui pancaindera
sebelumnya". Sedang Emmanuel Kant pula berpendapat akallah satu-satunya
sarana ilmu pengetahuan, kerana pancaindera juga dipunyai oleh binatang, tetapi
ia tidak membawa binatang-binatang itu kepada ilmu pengetahuan. Cuma aliran roh
yang belum mencapai kematangannya, walaupun Bergso hampir-hampir akan sampai
kepadanya.
ii) Ilmu Sains dan
Perubatan
Seperti
bidang falsafah, orang-orang Eropah juga banyak memanfaatkan kajian-kajian kaum
Muslimin dalam bidang sains dan perubatan. Dalam ilmu fizik, kajian-kajian
Al-Kindi dalam bidang optika yang diselaraskan dengan teori-teori geometri dan
fiziologi telah diterjemahkan ke bahasa Latin dengan judul De Aspectibus, dan
ianya mempunyai kesan yang amat besar dalam pengajian Roger Bacon. Bagaimanapun
dari segi kepintarannya, Ibnul-Haytham (Al-hazen) mengatasi Al-Kindi. Tesisnya
tentang pengajian optika telah disalin ke bahasa Latin pada 1572 dengan judul
'Opticae Thesaurus', dan menjadi sangat berpengaruh dalam mengembangkan pengajian
optika di Barat dan menjadi asas kepada semua pengajian dan penyelidikan di
Eropah, seperti oleh Roger Bacon, Leonardo da Vinci dan Johann Kepler. Kepler
yang kemudiannya menulis sebuah buku Dioptrics (bias sinar) pada tahun 1604 itu
didasarkan seluruhnya kepada karangan Ibnul-Haytham dan diberi nama Ad
Vitellionem Paralipmena. Sebuah buku Ibnul-Haytham yang lain, iaitu Light juga
disalin dari bahasa Yunani.
Tentang
Al-Zarqali (Arzachel), bukunya tentang astronomi telah disalin oleh seorang
dari Montpellier di Perancis ke bahasa Latin. Raja Alfonso di Castille sendiri
menyalin dua buah bukunya. Dan pada abad ke-15, Regiomontanus menerbitkan
kumpulan-kumpulan 'Safiha' dari Al-Zarqali. Adalah satu hal yang nyata bahawa
Copernicus juga terpengaruh pada pendapat-pendapat Al-Zarqali dan Al-Battani
(Albategnius) dalam karyanya De Revolutionibus orbium coelestium. Demikian juga
dengan karangan-karangan Raymond of Marseilles yang pada hakikatnya merupakan
petikan-petikan dari jadual-jadual falam Al-Zarqali. Seorang ahli astronomi
yang lain, Al-Butruji (Alpetragius) telah berjaya menyusun sebuah buku besar
tentang perjalanan bintang- bintang. Kerana sangat penting, ia disalin ke
bahasa Hebrew oleh Musa bin Tibbon pada abad ke-16, dan disalin pula ke bahasa
Latin oleh Kalonymos ben David. Dan ketika Raja Alfonso hendak membuat
'armillary', ia meminta bantuan ahli-ahli astronomi Islam untuk mendirikannya.
Sebenarnya armillary adalah salinan gelang pengukur Nasiruddin Tusi.
Mengenai
Al-Battani tersebut, buku-bukunya telah disalin ke bahasa Latin, dan disusun
kembali dalam bahasa Arab oleh Nallino pada 1903. Mengenai Al-Fazari, pencipta
pertama astrolabe, bukunya telah disalin ke bahasa Latin oleh Johannes de Luna
Hispalensis yang mana dipergunakan oleh universiti Eropah untuk mengajar
astronomi. Dari sinilah orang-orang Barat mengetahui benda-benda di cakrawala,
Buku-buku astronomi Al-Khawarizmi pula telah disalin ke bahasa Latin, dan pada
1914 diedit semula dan diterbitkan oleh H. Suter di Copenhagen. Antara Al-Battani
dan Al-Khawarizmi, sarjana-sarjana Barat lebih memilih pendapat Al-Battani
dalam soal astronomi tersebut. Kajian-kajian Al-Battani jelas membuktikan
betapa originalnya pengajian-pengajian matematik dalam tamadun Islam. Kalau
dulunya orang-orang Greek menggunakan chord (tali), tetapi Al-Battani
menggunakan sine di samping juga cara tangent dan con- tangent.
Sebuah karya
Nasiruddin Tusi tentang ilmu matematik telah disalin ke bahasa France oleh Cara
theodory Pasha di Istanbul. Bagaimanapun dalam bidang matematik ini, nama
Al-Khawarizmi sentiasa berada di puncak. Sebuah bukunya tentang soal hitungan
dan asal-usul angka telah disalin ke bahasa Latin oleh Prince Boncompagni
dengan nama Trattati d' Arithmetica pada 1857 di Rom. Bukunya yang lain tentang
ilmu hisab telah disalin ke bahasa Latin oleh Adelard of Bath dan dua buah yang
tain telah disalin oleh Gerard of Cremona. Mengenai bukunya tentang algebra,
iaitu Hisab Al-Jabr wal-Muqabalah telah disalin oleh F. Rosen di London.
Sebenarnya
tanpa buku-buku Islam, sukar bagi orang-orang Barat untuk memahami
klasik-klasik Greek. Pernah Regiomontanus diperintah agar membuat perkakas
gerhana bulan berasaskan ilmu Ptolemy. Kerana tidak cukup, dia lalu merujuk
kepada buku-buku astronomi Islam. Selesai saja membuat perkakas itu ia diberi
nama 'Alidade', sebagai peringatan atas jasa Alidad yang menciptanya.
Dalam bidang
kimia, karangan Jabir (Geber) telah disalin ke bahasa Inggeris oleh Robert
Chester dalam bahasa La- tin dengan nama Book of Composition of Alchemy pada 1144.
Bukunya yang lain Book of the Seventy disalin oleh Gerard Cremona pada 1187 ke
bahasa Latin, sedang pada 1678 Richard Russell menterjemahkan buku Jabir Sun of
Perfection.
Dalam
pengajian perubatan pula, zaroan gemilangnya. bermula dengan Al-Razi (Rhazes).
Oleh Raja Charles I dari Anjou diperintahkannya agar diterjemahkan kitab
Al-Hawi (120 jilid) ke bahasa Latin, bahasa rasmi ilmu pengetahuan di Eropah.
Pekerjaan ini dilakukan oleh Faraj bin Salim dan Girgenti pada 1279 dengan nama
Liber Continens (Buku yang dapat dipakai untuk seluruh benua).
Terjemahan-terjemahannya terus menerus diterbitkan hingga tahun 1486, dan pada
1542 diterbitkan bahagian-bahagiannya sebanyak 5 jilid. Kitab Al-Razi yang
lain, Al-Kitab Al-Mansuri (10 jilid) diterje- mahkan ke bahasa Latin di Milan
pada akhir abad 15, dan kemudiannya ke bahasa-bahasa Perancis dan Jerman.
Seorang
tokoh perubatan lain, Ali Abbas (Haly Abbas) telah menulis bukunya Al-Kitab
Al-Maliki berupa sebuah ensaiklopedia tentang teori dan praktik perubatan.
Kitab yang diterjemahkan ke bahasa Latin iaitu Liber Regius ini diterbitkan
beberapa kali, dan salinannya dalam bahasa Inggeris berjudul The Whole Medical
Art. Tentang Abul-Qassim Zahrawi (Abulcassis), kitabnya At-Tasrif telah
diterjemahkan ke bahasa Latin dengan judul Medical Vademecum. Buku inilah yang
telah meletakkan asas kedoktoran gigi di Eropah. Demikian juga buku Ibn Zuhr
(Avenzoar) iaitu At-Taisir telah diterjemahkan ke bahasa Latin pada 1280 dengan
judul Theisir oleh Paravicius, dan dalam bahasa Inggerisnya berjudul
Facilitation of Treatment.
Mengenai
penyakit mata (optika), selain dari Ibnu-Haytham (Alhazen) tersebut, Al-Kindi
juga banyak mengkaji tentangnya. Bukunya tentang ilmu optika telah disalin ke
bahasa Latin dengan nama Optics, dan salah seorang pengikutnya ialah Roger
Bacon. Ada pun kitab Ibnu Rusyd Kulliyat fit-Tib, ianya telah diterjemah ke
bahasa Latin oleh Bonacosa pada 1255 dengan judul Colliget, dan salinan dalam
bahasa Inggerisnya berjudul General Rules of Medicine. Kalender Ibnu Jazlah (1100)
tentang penyakit-penyakit dan cara mengubatinya diterjemahkan ke bahasa Latin
pada 1532.
Bagaimanapun,
tokoh perubatan yang telah mencapai kemuncaknya ialah Ibnu Sina (Avicenna).
Kitabnya Al-Qanun fit-Tib (Cannon of Medicine) yang dianggap sebuah ensaiklopedia
lengkap dalam perubatan dan pembedahan dijadikan teks perubatan di Eropah mulai
abad 12 hingga 17. la diterbitkan dalam bahasa Latin sebanyak 15 kali dan dalam
bahasa Hebrew sekali pada abad 15,danpadaabadl6dicetak sebanyak 21 kali.
Tidak hairanlah
dengan kemajuan yang sebegitu tinggi itu ilmu perubatan Islam mulai
mempengaruhi Eropah sejak pertengahan abad II dan lebih-lebih lagi abad 13. Di
Italy mucullah Sekolah Perubatan yang didirikan oleh Constantine African, bekas
siswa di negeri-negeri Islam. Kemudiannya terdiri pula universiti-universiti di
Rom, Paris dan Jerman yang kurikulum perubatannya berasaskan perubatan Islam
sedang teks pengajiannya ialah karya-karya Ibnu Sina dan Ibnu Rusyd. Dan
sesiapa yang mengunjungi Fakuiti Perubatan di Universiti Paris akan dapat
melihat gambar-gambar Ibnu Sina dan Al-Razi menghiasi dewan besarnya.
iii) Kesusasteraan
As Europe
owes its religion to Judaea, so he owes its romance to Arabia (Prof. Mackail).
Pendapat ini sejajar dengan pandangan M. Haureau, bahawa jikalau Islam tidak
datang, di Eropah orang tidak akan mengenal apa ertinya kesusasteraan dan ilmu.
Mungkin pandangan-pandangan seperti ini dikira keterlaluan, apa lagi bagi
pemuja-pemuja sastera Barat. Benar tidaknya anggapan tersebut haruslah dikaji secara
objektif.
Seperti
dijelaskan sebelumnya, terdapat dua saluran utama yang menghantarkan tamadun
Islam ke Eropah. Pertama orang-orang Sepanyol sendiri, baik dari golongan Moors
mahupun Mozarabes. Dan keduanya melalui Sicily atau Italy Selatan terutama di
bawah pemerintahan Raja Frederick II. Melalui perantaraan-perantaraan inilah
orang-orang Eropah mengenal sastera Islam. Di antara karya-karya sastera Islam
yang sangat terkenal di Barat ialah seperti Hikayat 1001 Malam, Rubaiyat Umar
Khayyam, Shah Nameh oleh Firdausi, Mantiqut- Tair oleh Fariruddin Attar,
Al-Masnawio\ehSa\a\uddin Al-Rumi, Gulistan dan Bustan oleh Al-Saadi dan Tuti
Nameh oleh Al-Shirazi. Mengenai Hikayat 1001 Malam itu, ianya telah
mempengaruhi Geofrey Chaucer untuk menulis bukunya Squires Tales. Dan
berdasarkan hikayat ini juga Christopher Sly menyusun bukunya The Taming of the
Shrew dan The Sleeper Wakened. Sebenarnya penyalin pertama Hikayat 1001 Malam
ini ialah seorang Perancis, Antione Galland pada tahun 1704. Dan dari
salinannya itulah Voltaire menulis bukunya Zaiiq. Hikayat ini kemudiannya
diedit semula ke bahasa Inggeris oleh Dr. A.W. Lane dan Henry Torrens. Tetapi
salinan yang terbaik dan lengkap dikerjakan oleh Sir Richard Burton dengan
judul barunya Arabian Nights. Dan judul inilah yang dikenali di Eropah, tidak
lagi 1001 Malam seperti judul asalnya.
Mengenai
Rubaiyat Umar Khayyam pula, ia menjadi begitu popular sejak Edward Fitzgerald
menyalinnya ke bahasa Inggeris. Dan dari salinan ini A.W. Hamilton
menterjemahkannya ke bahasa Melayu. Seperti Hikayat 1001 Malam juga, buku Shah
Nameh oleh Firdausi bertukar judulnya menjadi Epic Kings setelah disalin oleh
Helene Zimmern pada 1883. Dan pada 1923 George Warner dan Edmund Warner sekali
lagi menyalinnya ke bahasa Inggeris yang mengandungi 8 jilid besar. Salinan ke
bahasa Jerman dilakukan oleh von Schach. Sebagai seorang sastera Muslim,
Muslehuddin Al-Saadi dengan karya-karyanya Gulistan dan Bustan sungguh-sungguh
dapat dibanggakan. Pujangga Jerman, iaitu Goethe dikatakan sangat tertarik pada
kedua-dua hasil ini. Penyalinan Gulistan ke bahasa Jerman oleh Goethe sendiri
dipandang oleh orang-orang Eropah sebagai sekuntum bunga yang paling wangi
daripada segala bunga yang pernah tumbuh di Eropah. Goethe sendiri sanggup
mendakwa bahawa dia adalah orang Timur yang dilahirkan kembali di Eropah.
Seperti
disebutkan tadi, Jalaluddin Al-Rumi telah menulis Al-Masnawi. Bagaimanapun ini
bukanlah karya satu-satunya. Oleh Prof. Nisholson dan Prof A. J. Arberry
diusahakannya untuk menerbitkan karya-karya Al-Rumi ke dalam bahasa Inggeris.
Sebenarnya hasil-hasil karya Al-Rumi dapat diikuti dalam hampir-hampir semua
bahasa Eropah. Seiiring dengan kelahiran Al-Rumi, terdapat juga Fariruddin
Attar dengan karya agungnya Mantiqut-Tair, serta seorang tokoh mistik Islam,
Ibnul-Arabi. Menurut Prof. Miguel Asin, buku Divine Comedy oleh Dante Aligieri
dipengaruhi oleh kitab Al-Isra' dan Futuhatul-Makkiya oleh Ibnu-Arabi.
Sebelumnya
kita telahpun menyatakan betapa besarnya pengaruh roman falsafah Hayy bin
Yaqzhan ciptaan Ibnu Tufail. Begitu besar pengaruhnya terhadap kelahiran
Robinson Crusoe oleh Daniel Defoe, hingga Prof. A.R. Pastor mengatakan dalam
bukunya The Life and Strange Surprising of Robinson Crusoe bahawa Defoe telah
melakukan plagiat dari sastera Islam. Demikian juga ia mempengaruhi Jonathan
Swift ketika menulis Gullivers Travel. Swift juga menulis Battle of the Books
yang didasarkan daripada karya Al-Ghazali Tahafutul-Falasifa. Selain dari itu,
buku Don Quixote karya Miguel de Cervates juga telah diragui keasliannya.
Menurut William H. Prescott, Don Quixote bukanlah karya original Cervantes,
melainkan disalin dari sebuah buku karya Said Hamid bin Anjali. Demikian juga
buku Decamarone oleh Giovanni Boccacio, adalah juga berdasarkan sastera Islam.
Sebenarnya
Boccaciolah orang Italy pertan-ia yang menyam- paikan pula bahan-bahan itu
kepada novelis-novelis Italy yang lain. Hasil dari semuanya ini, sastera Eropah
mendapat cahaya baru. Seperti pengakuan Prof. H.A.R. Gibb, sastera Eropah lalu
bangun dengan bentuk dan jiwa baru. Baginya, besar tidaknya pengaruh sastera
Islam dapat diukur betapa sampai kini orang-orang Barat masih tidak jemu-jemu
membaca The Arabian Nights, Ali Baba and the 40 Thieves, Aladdin and the Magic
Lamp, Sindbad the Sailor yang mana semuanya itu hasil kreativiti
penulis-penulis Islam belaka. Dan sampai sekarang, kata Prof. Bedier,
sebahagian terbesar sastera popular di Eropah sekurang-kurangnya mesti berisi
episod-episod dari sastera Islam. (Abdul Rahman Hj. Abdullah, 1984).