1.1
Konsep Tamadun Islam
PERISTILAHAN
Ada empat
istilah yang pernah digunakan oleh sejarahwan-sejarahwan Islam untuk
menghuraikan makna Tamadun yang telah digunakan dalam penulisan tentang tamadun
setakat ini.
Pertama :
Perkataan
“Umran”. Perkataan ini telah digunakan oleh Ibn Khaldun, seorang pengkaji
tamadun yang pertama di dunia dalam bukunya yang terkenal al-Muqaddimah
lil-Kitab al-Ibar dalam kurun yang ke-14. Pada masa ini, ia lebih dikenali
dengan panggilan Muqaddimah Ibn Khaldun sahaja.
Perkataan
‘Umran berdasarkan kepada Firman Allah s.w.t.
Terjemahan:
Dia lah Yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu
memakmurkannya. (Surah Hud:61).
Perkataan
ini telah diterjemahkan oleh sarjana Barat, Prof. Franz Rosenthal sebagai
Urbanization yang bererti perbandaran dan tamadun dinyatakan sebagai
civilization yang bererti tamadun itu belum wujud di dalam perkamusan orang
Barat. Oleh kerana itu, pengarang kamus Dictionary of the English Language, Dr.
Samuel Johnson (1709-1784) telah enggan memasukkan perkataan ini ke dalam
kamusnya.
Beliau suka
menggunakan perkataan civility bagi makna tersebut. Perkataan civilization ini
hanya lahir di kalangan penulis-penulis Barat pada kurun yang ke-19. Ini
membawa kita kepada pengertian bahawa Barat mengenali tamadun dengan konsepnya
hanya pada kurun yang ke-19.
Kedua :
Perkataan
“Hadarah” juga digunakan oleh Ibn Khaldun sebagai seerti dengan perkataan
Umran. Ini diakui oleh Prof. G.T. Vorn Grunebum dengan makna civilization.
Hadarah dalam bahasa Arab bererti tinggal menetap dalam sesebuah wilayah,
daerah atau bahagian ibu kota dan bandar. Daripada erti perkataan Hadarah ini
dapat difahamkan bahawa apa yang kita namakan tamadun itu adalah berasal dari
bandar. Kerana bandar merupakan tempat yang sesuai untuk melahirkan ketamadunan
disebabkan di situ terdapat segala perkara dan kemudahan yang boleh menjadi
asas kepada kelahiran dan peningkatan tamadun.
Ketiga :
Dalam kurun
yang ke-20 timbul pula perkataan “Madaniyyah” sebagai perkataan yang ketiga
yang telah digunakan oleh dua orang penulis Islam dan mereka juga membayangkan
erti tamadun. Muhammad Firid Wajdi telah menggunakan perkataan ini dalam
bukunya al-Madaniyyah Wal-Islam" (Tamadun dan Islam) dalam tahun l899. Manakala
Syekh Muhammad Abduh pula menggunakan perkataan ini dalam bukunya Al-Islam
Wa-an-nasraniyyah Ma'al-'ilm Wa al-Madaniyyah dalam tahun 1901. Yang
menariknya, Muhammad Abduh telah menggunakan perkataan ini dalam buku tafsir
al-Qurannya, Tafsir al-Manar.
Bagaimanapun,
kedua-dua penulis ini telah memberi nafas baru dalam pendekatan terhadap
kefahaman tentang tamadun di kalangan masyarakat, terutamanya di kalangan ahli
bahasa sendiri.
Keempat :
Selepas
beberapa ketika, perkataan Madaniyyah telah mengambil tempat dalam bidang
penulisan dengan memberi erti yang sama dengan Tamadun maka lahirlah pula
kemudiannya perkataan “Tamadun” yang berakarkan perkataan Madaniyyah. Perkataan
Tamadun lebih cepat berkembang dan popular di kalangan masyarakat dengan
pengekalan konsep Madaniyyah yang berakarkan perkataan Madinah yang bererti
bandar dengan pengertian bahawa tamadun itu adalah kebudayaan bandar. Perkataan
ini telah digunakan oleh scorang penults Arab, Jurji Zaidan dalam bukunya yang
berjudul Tarikh at-Tamaddun al-Islam (The History of Islamic Civilization).
Buku ini terkenal sebagai sebuah buku yang lengkap dalam memperkatakan tamadun
Islam dan sejarah perkembangannya, dan telah dialihbahasakan ke dalam
berbagai-bagai bahasa seperti Turki, Parsi dan Urdu selain bahasa Inggeris.
Buku ini juga telah dapat menonjolkan pengertian sebenar yang dibayangkan oleh
perkataan ketamadunan manusia seperti yang dikehendaki.
DEFINISI TAMADUN ISLAM
Sebagaimana
yang telah diterangkan bahawa setiap individu mempunyai pandangan yang berbeza
terhadap tamadun. Adalah nyata tentang perbezaan pendapat tentang tamadun
apabila diikuti definisi yang telah dikemukakan oleh mereka dalam menerangkan
pengertian sebenar tamadun itu.
Di sini
dirangkaikan beberapa definisi yang pernah diberikan oleh beberapa orang
penulis daripada kalangan orang Islam dan juga orang Barat.
1. Penulis
Barat, Clive Bell telah mendefinisikan tamadun seperti berikut: "Tamadun
merupakan suatu ciri masyarakat yang membezakan sebuah masyarakat maju dengan
masvarakat mundur adalah tamadunnva."
2. Robert
Haini mengatakan, "Tamadun adalah suatu cara hidup yang dapat dicirikan.
Tamadun merupakan kemuncak kebudayaan sesebuah masyarakat dan juga merupakan
pencapaian kejayaan manusia yang mengangkat dirinya ke atas seperti sebuah gunung
di pertengahan bukit-bukit dan dataran."
3. Manakala
Riberio, seorang anthropologis menegaskan, "Tamadun sebagai cantuman
susunan dan proses tamadun individu." Riberio menekankan beberapa proses
dalam menuju tamadun. Baginya yang penting sekali ialah revolusi bandar.
Katanya, "Bandar-bandar rnemancarkan kepada manusia peluang-peluang untuk
kernajuan material dan spiritual mereka."
4. Bagi
Arnold J. Toynbee, tamadun dikatakan jenis kebudayaan yang wujud di
bandar-bandar. Ini memberikan kesimpulan bahawa tamadun itu adalah merupakan
tatacara hidup yang dicetuskan oleh orang yang tinggal di bandar-bandar. Ini
sangat menepati dengan perkataan Madinah yang menjadi akar kepada tamadun.
5. Manakala
daripada kalangan sarjana Islam pula, didapati definisi yang dikemukakan oleh
Ibn Khaldun mengatakan, "Kalimah Tamadun memberi erti segala pelbagai
dalam kemewahan hidup dan setiap usaha untuk mempertingkatkan kilang
perindustrian yang sentiasa digunakan dalam berbagaiagai sektor".
6. Dr.
Muhammad Baki pula mendefinisikan, "Tamadun ialah segala usaha dan daya
cipta yang membayangkan secara khusus daripada manusia dengan menggunakan akal,
perasaan dan tingkah laku. Ia dimaksudkan juga dengan falsafah, ilmu
pengetahuan, agama, kesenian, kesusasteraan, akhlak, dan perkara-perkara lain
yang menerima peningkatan dan pembangunan."
7. Seorang
ilmiawan tempatan, Syed Muhammad Naqiub al-Attas pula mengatakan, "Tamadun
bermaksud keadaan kehidupan insan yang bermasyarakat yang telah mencapai taraf
kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi masyarakatnya."
8. Abu Bakar
Hamzah pula mengatakan dalam bukunya Sejarah Kebudayaan Islam. "Tamadun
ialah sesuatu yang lahir dan kembang bersama-sama dengan kehidupan manusia dan
perkembangan- perkembangan yang lahir daripadanya, sama ada sesuatu yang berupa
niskala (abstrak) mahupun yang berupa sekala (material)."
9.
Definisi-defimsi tersebut telah disimpulkan oleh M.AJ. Beg; "Maksud
tamadun sebagai suatu rangkaian terdiri daripada fenomena masyarakat manusia
seperti bandar, huruf, senibina, agama, undang-undang dan rangka dasar
politik."
KONSEP TAMADUN ISLAM
Walaupun
tidak didapati definisi yang khusus tentang Tamadun Islam yang pernah
dikemukakan oleh penulis-penulis, sama ada Ibn Khaldun dan yang lain-lain
tetapi dapat juga difahami apa yang dikatakan Tamadun Islam itu daripada
kandungan dan huraian yang telah diberi oleh ilmuwan dalam penulisan mereka.
Mereka
menyatakan bahawa Tamadun merupakan segala yang dihasilkan oleh fikiran orang
Islam menurut wataknya dan panduan agama Islam sendiri, dan ini termasuklah
juga segala alat, perkakas dan sebagainya, yang pernah mereka hasil dan gunakan
sejak dahulu hingga sekarang.
Selain
daripada bangsa Arab yang telah mengembangkan Tamadun Islam itu, bangsa
Sepanyol, Parsi, Turki, India dan bangsa yang lain yang berada di dalam
pemerintahan Islam turut sama memberi sumbangan penting dalam pembinaan Tamadun
Islam.
Disamping
itu, dapat dibuat kesimpulan bahawa Tamadun Islam itu merupakan suatu tamadun
yang telah diadun dalam bentuk antara bangsa. Sifat ini dapat dibukdkan
daripada hasil-hasil pencapaian Tamadun Islam itu sendiri di dalam
berbagai-bagai bidang kemajuan, terutama sekali dalam bidang kesenian, dan ini
termasuk juga senibina. Berbagai-bagai bentuk hasil kesenian dan senibina adalah
lahir daripada Tamadun Islam. Adunan ini berpandukan kitab perundangan Islam,
iaitu al-Quran dan al-Hadis yang dilahirkan dalam satu bentuk tamadun pemikiran
yang mempunyai sifatnya yang tersendiri. Ini merupakan tamadun yang baru,
melambangkan keperibadian Islam yang terus berkembang untuk memberi sumbangan
terhadap kehidupan manusia keseluruhannva.
HUBUNGAN TAMADUN DENGAN KEBUDAYAAN
Apabila
membincangkan tentang tamadun bererti tidak dapat dipisahkan daripada
membicarakan tentang kebudayaan, kerana kebudayaan dan tamadun merupakan dua
konsep yang mempunyai perkaitan yang rapat di antara satu dengan yang lain.
Perkaitan di antara kedua-duanya pula merupakan bahawa kebudayaan merupakan
keseluruhan tamadun hidup manusia, sementara tamadun adalah merupakan pecahan
daripada kebudayaan itu.
Kebudayaan
dalam pengertiannya boleh diertikan sebagai cara hidup. Oleh itu, Kebudayaan
Islam, bererti cara hidup Islam manakala Kebudayaan Barat adalah cara hidup
orang Barat. Kebudayaan Islam adalah berlainan daripada Kebudayaan Baral.
Kebudayaan Islam adalah cara hidup Islam yang dilaksanakan dalam masyarakat
Islam yang digariskan mengikut apa yang terdapat di dalam al-Quran dan al-Hadis
Nabi s.a.w. Dari itu, kebudayaan Islam tunduk kepada peraturan-peraturan yang ditentukan
oleh kedua-duanva yang berpokok kepada al-Quran sendiri, sebagai kitab
perundangan yang telah diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui
malaikat Jibrail, dan ini merupakan wahyu Allah kepada pesuruhNya Muhammad
s.a.w. Yang demikian, kebudayaan Islam wujud dengan kedatangan agama sebagai
agama tanzil atau agama langit yang tunduk kepada peraturan Yang Maha Kuasa.
Dalam
menerangkan bidang kemajuan dan percapaian hidup manusia, Abdul Rahman Hasan
Habannakah, pengarang buku al-Hadarah al-Islamiyyah telah membahagikan
kedua-duanya itu kepada tiga bahagian:
1. Kemajuan
dan pencapaian hidup manusia mempunyai perkaitan dengan jasmani dan
kemudahan-kemudahan hidup, termasuk faktor-faktor kemewahan dan keselesaan.
Semua itu merangkumi jenis kemajuan seperti pertanian, perkilangan,
perlombongan, perindustrian, dan lain-lain lagi.
2. Sistem
yang dapat mengatur aktiviti masyarakat ke arah mewujudkan keamanan, keadilan,
serta kebenaran yang dapat menegakkan disiplin dalam masyarakat seperti peraturan-peraturan
pentadbiran, perundangan, harta benda, dan hal-hal keluarga. Seterusnya, ia
meliputi akhlak, adat resam, amalan hidup yang baik dan seluruh tatacara
pergaulan manusia di antara satu dengan yang lain.
3.
Pencapaian dan kemajuan hidup juga merupakan kebahagiaan yang berkekalan dengan
mengetahui hakikat diri dan alam sekitar, perpindahan ke alam barzakh. Kemudian
manusia berpindah ke alam baqa, iaitu alam akhirat dengan mendapat balasan yang
sempurna. Ini meliputi pemikiran yang mendalam yang dapat membawa manusia
mengenal Penciptanya. Manusia dapat mengetahui di sebalik kewujudannya,
matlamat hidup dan tempat kembali setelah mati, kewajipan yang mesti dilakukan
dalam kehidupan dunia dan akhirat. Ini adalah juga bersangkutan dengan pegangan
dan kepercayaan dalam kewajipan yang telah digariskan oleh Syariat Islam.
Ada tiga
sumber yang dianggap dapat memajukan tamadun dalam proses pembangunannya, iaitu
sumber wahyu atau ilham daripada Allah s.w.t yang disampaikan melalui nabi-nabi
dan rasul-rasul pesuruh Allah. Apa yang dapat dilakukan melalui pemikiran hasil
daripada kajian ilmiah. Apa yang diperolehi oleh manusia melalui pengalaman dan
percubaan-percubaan serta pengkajian semula dengan perhatian yang mendalam
daripada segi kesalahan-kesalahan dan kekurangan, dan seterusnya dengan
menyempurnakan ilmu-ilmu yang telah sedia ada.
Dalam
masalah ini, hanya Tamadun Islam sahaja yang melengkapi ketiga-tiga sumber ini.
Kerana itu, pembangunan Tamadun Atom meliputi pembangunan tamadun rohani dan
jasmani, atau apa yang disebut tamadun spiritual dan tamadun material.
Berbanding dengan Tamadun Barat yang bersumberkan dua perkara sahaja dan mereka
lebih menitikberatkan pembinaan tamadun yang bersifat kebendaan semata-mata.
Tamadun
Islam telah merubah cara hidup dan orang Arab Jahiliah. Tamadun Islam juga
telah wujud berasaskan suasana keadaan tamadun umat Arab, tempat Tamadun Islam
itu lahir.
KELAHIRAN TAMADUN ISLAM
Tamadun
Islam seperti yang ada sekarang ini telah mula lahir apabila lahirnya sebuah
masyarakat Islam yang berkeadaan serba sederhana di Makkah pada tahun 610M,
serentak dengan kelahiran agama Islam dan perlantikan Nabi Muhammad s.a.w
sebagai Rasul Allah. Kemudian Nabi Muhammad s.a.w berpindah ke Madinah pada
tahun 622-623M, di sana tertubuhnya sebuah kerajaan Islam yang dipimpin oleh
baginda. Kerajaan Islam inilah yang telah menjadi pendorong dan sebab
berkembangnya Tamadun Islam itu setapak demi setapak hingga terdirinya suatu
tamadun yang tinggi yang telah menjadi sebab munculnya tamadun dunia moden.
Sebelum lahir Tamadun Islam sudah pun ada tamadun lain seperti Tamadun Parsi,
Tamadun India, Tamadun Yunani, Tamadun Mesir dan Tamadun Romawi. Orang Arab
sendiri pun telah ada satu bentuk tamadun yang tidak kurang majunya.
Tamadun-tamadun ini banyak sekali mempengaruhi Tamadun Islam yang baru lahir.
1.2
Konsep Tamadun Barat
Kebudayaan
Barat adalah cara hidup Baral yang tidak tunduk kepada peraturan-peraturan
tertentu yang berbentuk kitab yang diturunkan daripada langit dalam bentuknya
yang asli dan murni. Walaupun orang Barat menganut agama Kristian tetapi kitab
Injil dalam bentuknya yang asli dan murni sudah tidak kedapatan lagi pada hari
ini. Pada mereka pelaksanaan agama Kristian dalam masyarakat sudah jauh
menyeleweng daripada kchendak-keliendak agama Kristian yang sebenarnya.
Oleh itu,
hingga dalam hal-hal agama yang berbentuk dasar pun terdapat
perubahan-perubahan yang telah disesuaikan dengan apa yang terdapat dalam
kebudayaan mereka seperti yang pernah digariskan oleh Edward Burnett Taylor,
ahli antropologi Inggeris tentang kebudayaan. Menurut beliau, keseluruhan yang
kompleks di dalam terkandung ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral,
undang-undang, dan adat istiadat.
Di sini
ternyata Edward Burnett Taylor telah memasukkan "kepercayaan" sebagai
teras agama adalah sebagai satu daripada ciri-ciri kebudayaan yang menerima
perubahan. Berbeza dengan kebudayaan Islam yang dibentuk oleh kepercayaan, yang
bererti bahawa lahirnya kebudayaan merupakan hasil daripada agama itu sendiri.
Begitu juga
dengan tamadun Barat yang timbul daripada kebudayaan Barat yang telah
memasukkan agama itu sebagai satu ciri tamadun seperti yang didefinisikan oleh
Arnold J. Toynbee menurut beliau bahawa tamadun itu secara langsung memberi
gambaran kepada fikiran kita tentang perkara yang berikut: iaitu Agama,
Senibina, Senilukis, Akhlak dan Adat Istiadat. Manakala Tamadun Islam adalah
satu ciri yang timbul daripada keadaan kehidupan manusia (insan) yang digelar
masyarakat Islam yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan
yang dipandu oleh kepercayaan agama Islam itu sendiri. (Abdul Rahman Nawas,
dll. (1995). Tamadun Islam. Kuala Lumpur : Pustaka haji Abdul Majid)
1.3
Nilai-Nilai Universal Dalam Tamadun
Nilai-nilai
universal ini memperlihatkan wujudnya persamaan antara Tamadun Islam dengan
tamadun dunia yang lain. Ini bermakna, Tamadun Islam itu bukanlah sesuatu yang
terlalu terasing daripada ruang lingkup ketamadunan manusia. Hal ini berlaku
kerana Tamadun Islam turut mengandungi beberapa ciri yang terdapat pada
tamadun-tamadun lain dan menjelaskan betapa Tamadun Islam tetap mementingkan
beberapa ciri yang bersifat material tersebut namun diseimbangkan dengan ciri
khusus yang menekankan aspek ruhaniah. Oleh yang demikian, sebagaimana
kelaziman dalam melihat sesuatu tamadun, beberapa aspek yang disifatkan sebagai
material dengan makna yang luas itu boleh dilihat dalam Tamadun Islam.
Misalnya, dalam aspek urbanisasi, revolusi pertanian, pembentukan sistem
pemerintahan dan pentadbiran, perkembangan perdagangan dan sebagainya. Dalam
sejarah manusia, tamadun sering sahaja dilihat sebagai satu pencapaian tinggi
yang mampu dicapai oleh sesuatu bangsa. Berdasarkan hal ini, maka telah wujud
beberapa tamadun besar seperti Tamadun Lembah Indus, Tamadun Hwang Ho, Tamadun
Mesir, Tamadun Greek, Tamadun Rom dan sebagainya. Kewujudan keseluruhan tamadun
ini sebenarnya sangat bergantung kepada kebolehan bangsa pembentuk tamadun
tersebut untuk memenuhi beberapa kriteria umum yang telah diletakkan oleh
kalangan sarjana yang mendalami aspek ini dan sering kali kriteria ini diguna
pakai dan menjadi garisan dalam melihat pembelajaran tamadun.
Antara ciri
terpenting yang mendasari tamadun universal ini ialah amalan beragama,
pembandaran, pengkhususan pekerjaan, inovasi teknologi dan penulisan. Edward L.
Farmer dalam bukunya, 'Comparative History of Civilization in Asia', misalnya
menegaskan bahawa sesuatu tamadun itu dapat ditentukan kewujudannya berdasarkan
beberapa ciri, iaitu revolusi pertanian, penempatan kekal, stratifikasi sosial,
amalan beragama, urbanisasi, pengkhususan pekerjaan, inovasi teknologi dan
pengenalan sistem tulisan. M.A.J. Beg pula melihat aspek sejagat dalam tamadun
ialah 'penyebaran teknologi pertanian dan penternakan yang mengubah tradisi
kehidupan nomad dan membolehkan pembentukan satu sosiobudaya masyarakat yang
baru, pengkhususan dalam masyarakat, revolusi dalam perbandaran yang menekankan
aspek kemunculan bandar dan negeri, stratifikasi sosial, kewujudan sistem
pengairan, teknologi tembaga dan besi serta sistem penulisan'. Sarjana lain
pula menekankan salah satu ciri sebagai lebih penting daripada ciri yang lain.
Misalnya, Edward Taylor menyatakan bahawa tamadun itu sangat mempunyai ikatan
kuat dengan kewujudan sistem tulisan. Kalangan sarjana yang memberi penekanan
besar terhadap aspek penulisan ini selanjutnya menyatakan bahawa, 'civilization
cannot exist without a system of writing and a system of writing can not exist
except in a civilization'.
Terdapat
juga sarjana yang melihat aspek urbanisasi sebagai aspek terpenting dalam
melihat sesebuah tamadun. Secara terperinci ada antara sarjana yang meletakkan
bahawa sesebuah bandar harus mempunyai lebih daripada 5,000 orang penduduk,
mempunyai satu sistem tulisan dan mempunyai monumen-monumen keagamaan yang penting.
Penyokong pandangan ini melihat bahawa kewujudan bandar dan monumen-monumen ini
memperjelas satu pencapaian yang tinggi dalam tamadun tersebut. Meskipun
demikian, istilah yang digunakan bagi merujuk kepada revolusi pembandaran itu
haruslah diberikan penjelasan yang lebih terperinci. Antara sarjana yang
memperincikan konsep urban revolution ini ialah V. Gordon Childe dan telah
menjelaskan bahawa terdapat beberapa aspek penting yang harus dilihat dalam
perkara ini, iaitu perkembangan penduduk yang ekstensif, organisasi masyarakat
yang tersusun termasuklah pembahagian yangjelas kepada kelas buruh, lebihan
dalam pengeluaran, kewujudan monumen-monumen khusus untuk pembesar dan
pemerintah, hierarki sosial yang ketara, penemuan dan pengamalan sistem
penulisan, perkembangan sains dan teknologi, perkembangan aspek kesenian dan
perdagangan. Kesemua kriteria ini diwujudkan sebenarnya untuk memisahkan antara
masyarakat dan pencapaian yang telah berjaya dilakukan oleh sesuatu bangsa
tersebut.
Tamadun
Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad (saw) secarajelas turut menjadikan
ciri-ciri tamadun sejagat ini sebagai satu kriteria yang penting. Malahan dalam
keseluruhan Tamadun Islam sama ada di Tanah Arab mahupun di kawasan lain
termasuklah di Asia Tengah, Asia Selatan, Eropah, Asia Timur mahupun di Asia
Tenggara, ciri-ciri ini dapat dilihat dan dikesan dengan mudah. Malahan
dipandang dari sudut Tamadun Islam, perkataan tamadun yang mempunyai beberapa
terminologi lain seperti madaniyah, hadarah, umran dan tamaddun itu mempunyai
pertalian yang erat dengan aspek perbandaran yang menjadi antara aspek yang
boleh dilihat dalam mana-mana tamadun dunia.
Secara umum
pembandaran merupakan proses kehidupan bandar atau perkara-perkara yang
berkaitan dengan bandar dan kehidupan di bandar. Malah terdapat sarjana yang
menyatakan bahawa kehidupan bandar ini mempunyai ciri-ciri kemakmuran dan
tamadun yang berbeza dengan kehidupan di kawasan luar bandar yang lebih
bersifat sederhana, statik dan primitif.
Ibn Khaldun
dalam karya unggulnya, iaitu Mukadimah, misalnya menggunakan terminologi umran
sebagai kata ganti bagi tamadun dan menyatakan, 'peradaban (‘umran), maksudnya
ialah manusia harus menghuni di suatu tempat yang umum dan sama-sama tinggal di
kota-kota dan di perkampungan untuk keselesaan beramah-tamah serta memenuhi
keperluan kepuasan manusia, sesuai dengan sifat semula jadi manusia yang perlu
bantu-membantu demi mencapai suatu tarafhidup (yang baik)...'. Ibn Khaldun
menggunakan perkataan ini setiap kali merujuk kepada masyarakat bandar atau
negeri yang dibuka dan diduduki oleh pemerintah-pemerintah Islam. Selain itu,
Ibn Khaldun juga menggunakan perkataan hadarah yang dikatakan oleh E.W. Lane
sebagai, 'A region, district or tract of cities or town or villages and of
cultivated land'. Perkataan tamadun atau tamaddun yang berasal daripada kata
Madana pula bermakna membina atau membangunkan bandar. Berdasarkan
terminologi-terminologi ini, adalah jelas bahawa dalam melihat Tamadun Islam,
aspek-aspek yang disenaraikan sebagai aspek sejagat itu juga berdiri sebagai
aspek yang harus diberikan perhatian terutamanya aspek urbanisasi. Ini kerana
adalah menjadi satu realiti sejarah bahawa masyarakat Islam dikenali sebagai
masyarakat bandar dan perkara ini sangat jelas berlaku dalam melihat perkembangan
Islam di benua kecil India.
Penumpuan
masyarakat Islam di kawasan-kawasan bandar dan pelabuhan berkait rapat dengan
peranan kalangan saudagar Islam hingga menyebabkan bandar-bandar pelabuhan
seperti Dibul dan Makran di Sind, Cambay, Lothal dan lain-lain menjadi tumpuan
masyarakat Islam sejak abad ke-9 dan ke-10 Masihi. Berikutan daripada penumpuan
inilah, Islam kemudiannya berkembang dan merebak ke benua kecil India.
Jurzi Zaydan
yang dianggap pelopor kepada penggunaan perkataan tamadun dalam karyanya yang
terkenal, iaitu Tamaddun al-Islami atau Sejarah Tamadun Islam memberikan
perhatian kepada beberapa aspek dalam pembentukan Tamadun Islam, iaitu
pemerintahan Islam termasuklah sistem pentadbirannya, bandar-bandar Islam,
stratifikasi sosial, perkembangan ilmu sains dan pendidikan, bangunan-bangunan
yang mempunyai ciri Islam dan kesenian Islam sama ada muzik (musiqa) serta
nyanyian atau qhina.
Aspek
urbanisasi atau pembangunan bandar dilihat menjadi antara aspek penting yang
diberi penekanan khusus dalam melihat keseluruhan perkembangan Tamadun Islam.
Al-Quran sendiri telah menyebutkan perkataan Madinah yang bermakna bandar
sebanyak beberapa kali sementara kata jamak bagi Madinah, iaitu mada'in turut
disebut sebanyak tiga kali. MenurutAhmad Zaki Hj. Abd. Latiff dalam buku
Perbandaran di Timur Tengah: Kesanya Terhadap masyarakat Islam mengatakan,
sebutan sebanyak 13 kali daripada istilah Madinah di dalam al-Quran
menggambarkan beberapa bandar purba yang telah wujud sejak zaman nabi-nabi
terdahulu sebelum Nabi Muhammad (saw), misalnya bandar Memphis yang menjadi
pusat pemerintahan Firaun, bandar Hijr, bandar Antioch atau Antokiyyah, kota
Aikah dan sebagainya. Disebutkanjuga di dalam al-Quran perihal kota Yathrib,
iaitu nama lama bagi Madinah dan kota Makkah.
Pembangunan
dan pertumbuhan bandar telah diterima oleh kebanyakan sarjana sebagai ramuan
utama dalam melihat kelahiran Tamadun Islam. Ini menjelaskan betapa eratnya
hubungan antara Tamadun Islam dengan aspek pembandaran. Dalam masa yang sama
juga pembandaran telah dilihat sebagai antara penanda mudah dalam melihat
sesuatu masyarakat itu telah mencapai tahap tamadun atau sebaliknya. Ira P.
Lapidus menyatakan 'The study of tradisional Muslim cities touches on all
aspects of Islamic civilization'. Malah kemunculan Islam di kota Makkah sebelum
berkembang dan bertapak kukuh di Madinah membuktikan kenyataan bahawa Islam
lahir dalam persekitaran bandar. Kota Makkah telah dikenali sejak zaman
pra-Islam sebagai pusat perdagangan kabilah yang penting di Timur Tengah. Malah
kepentingan dan kemasyhuran kota Makkah telah sampai hingga ke pengetahuan
pedagang-pedagang Greek. Kota ini pada asalnya merupakan sebuah wadi yang
menjadi kawasan laluan perdagangan antara kawasan Mediterranean dengan Tanah
Arab, Afrika dan Asia Selatan. Ia terletak di antara Ma'rib di selatan dengan
Petra di utara. Ptolemy menamakan kota ini sebagai Macoraba. Selain sebagai
pusat perdagangan, Makkah menjadi pusat keagamaan apabila patung-patung
tertentu diletakkan di sekeliling Kaabah dan sering dikunjungi oleh masyarakat
Arab. Kedua-dua faktor inilah, iaitu pusat perdagangan kabilah dan keagamaan
menjadikan Makkah muncul sebagai kota penting. W.M. Watt misalnya, menyatakan,
'The first
Muslims were not bedouin actually living in the desert, but men from the
commercial centre of Mecca and the agricultural oasis of'Medina...,'.
Kewujudan
kota-kota Islam ini mula menjadi penting sepanjang sejarah penyebarannya. Kota
Madinah menjadi kota penting dalam perkembangan Tamadun Islam malah
penghijrahan Nabi Muhammad (saw) pada tahun pertama hijrah (622-23 Masihi)
merupakan turning-point kepada sejarah Islam. Kota Madinah telah dilengkapi
dengan segala keperluan dan kemudahan bagi masyarakat Islam melaksanakan ajaran
agama dan melaksanakan kehidupan harian mereka. Ini termasuklah mendirikan
masjid al-Nabawi dan menyusun petempatan penduduk berasaskan kepada suku-suku
yang ada di kota tersebut. Asas ini kemudiannya diikuti dalam mewujudkan
bandar-bandar baru di Timur Tengah kemudiannya. Misalnya, dalam perancangan
bandar Basrah, Kufah, Wasit, Fustat dan Qayrawan turut mempunyai bentuk yang
sama dengan Madinah di mana masjid menjadi pusat bandar dan dikelilingi oleh
kawasan-kawasan petempatan. Masjid yang terletak di pusat bandar bertindak
sebagai 'pusat spiritual'sementara subjek-subjek di sekelilingnya seperti
bazar, kawasan petempatan dan sebagainya menjadi lambang kehidupan dunia.
Kedudukan yang berdekatan memberi makna bahawa keseimbangan antara kepentingan
dunia dengan akhirat itu menjadi teras dalam kehidupan masyarakat Islam dan
seterusnya teras Tamadun Islam. Pasar atau bazar yang didirikan dipersekitaran
masjid menjadi pusat penting dalam perkembangan ekonomi dan perniagaan dalam
Tamadun Islam. Sewaktu pemerintahan Islam di India, bazar yang mempunyai harga
tetap atau ganjs dan pasar-pasar kecil yang dikenali sebagai qasbah menjadi
'landmarks' yang penting serta ia diwujudkan di seluruh utara India.
Lebih
penting lagi, kemunculan bandar-bandar Islam ini telah berjaya mengembangkan
sinar Islam ke daerah-daerah sekitar termasuklah kawasan- kawasan pedalaman
yang masyarakatnya mempunyai ikatan tertentu sama ada ekonomi dan sebagainya
dengan kawasan bandar. Tanpa kehadiran bandar-bandar seperti ini akan
menyebabkan Tamadun Islam itu berada dalam keadaan jumud dan tidak berkembang.
Ibn Khaldun misalnya, menyatakan bahawa bandar-bandar merupakan kawasan
petempatan dan kawasan perlindungan masyarakat.
Segala
kemudahan di bandar akan membantu masyarakat tersebut mencapai keselesaan dan
membantu kepada pencapaian-pencapaian cemerlang masyarakat. Dilihat dari sudut
ini, kepentingan bandar itu adalah sangat penting bagi masyarakat yang
bertamadun dan segala keperluan dalam kehidupan masyarakat tersebut mampu
disalurkan oleh bandar tersebut. Al-Bustani mengatakan bahawa orang yang
bertamadun ialah orang yang tinggal menetap di bandar yang sudah tentu
kehidupannya berbeza dengan masyarakat yang hidup secara berpindah randah atau
al-Badawah.
Ini bermakna
bahawa banar dalam Tamadun Islam merupakan pusat perubahan yang menjadi
pemangkin kepada pencapaian-pencapaian cemerlang dalam tamadun tersebut. Besim
Salim Hakim menyatakan bahawa bandar-bandar Islam dapat dikenali kerana ia
dilengkapi dengan segala kemudahan termasuklah beberapa elemen asas, iaitu
masjid, kawasan petempatan pemerintah, qasbah atau kota berkubu, rabad atau
pinggir kota, sur atau dinding kota, bab atau pintu kota, burj atau kubu
pertahanan, shari' atau toriq nafiq, iaitu jalan raya, bataha atau tempat awam,
musalla atau tempat solat, maqbarah atau kawasan perkuburan, khazzan atau
tempat menyimpan air, khandaq atau parit yang mengelilingi kota dan muhalla
atau kawasan petempatan penduduk.
Selepas
kewafatan Nabi Muhammad (saw), secara umumnya Islam telah berkembang dengan
pesat ke seluruh jazirah Tanah Arab. Di setiap sudut perkembangan Islam,
bandar-bandar baru telah diwujudkan seperti Baghdad dan Samarra atau
dikembangkan berdasarkan bandar yang telah sedia ada seperti Damascus. Malahan
sepanjang pemerintahan kerajaan Abbasiah dan Umayyah, bandar-bandar ini bukan
sahaja menjadi pusat pentadbiran malah turut berkembang sebagai pusat
perkembangan Tamadun Islam secara keseluruhannya. Bandar Kufah misalnya, bukan
sahaja penting sebagai ibu negara sejak zaman Saidina Ali bin Abi Talib malah
turut bertindak sebagai pusat perkembangan ilmu dan kebudayaan Islam.
Terdapatjuga bandar-bandar yang mempunyai kepentingan strategik dan ketenteraan
seperti bandar Qairawan di Tunisia yang dibina pada tahun 607 Masihi dan bandar
Fustat di Mesir yang dibina pada tahun 642 Masihi oleh Amr ibn al-As. Bandar
ini dikelilingi oleh tembok untuk tujuan pertahanan dan melindungi penghuninya
daripada ancaman ribut pasir.
Berdasarkan
kepada hakikat ini, kewujudan sesebuah bandar dalam Tamadun Islam bukan sekadar
melambangkan sifatnya sebagai masyarakat urban itu dikekalkan malah ia
mempunyai kepentingan dan peranan yang cukup besar. Bandar-bandar ini
bertanggungjawab sebagai pusat pentadbiran, pusat pengembangan ilmu
pengetahuan, pusat perkembangan kebudayaan Islam, pusat ekonomi dan penumpuan
masyarakat. Kota Baghdad mula dibina pada tahun 146 Hijrah atau 763 Masihi dan
siap pada tahun 149 Hijrah atau 766 Masihi dan menjadi ibu kota bagi
pemerintahan Islam Abbasiah yang menggunakan lebih daripada 100,000 orang
tenaga buruh bagi menyiapkannya. Kota ini dibina di kawasan seluas 7,000 hektar
dan dilengkapi dengan tembok-tembok kukuh sebagai pertahanan daripada serangan
musuh. Ia juga mempunyai sistem petempatan penduduk yang teratur dan disusun di
sekitar Masjid al-Jami' yang menjadi pusat bagi kota Baghdad.
Bagi
pemerintahan Islam Umayyah pula, kota Damascus telah dijadikan ibu kota
pemerintahan mereka. Kota ini dilengkapi dengan istana yang dikenali sebagai
Qubbat al-Khandra atau Istana Berkubah Hijau, rumah-rumah pembesar yang
dikenali sebagai dar-al-imarah, masjid besar yang dikenali sebagai Jami''
al-Umawi telah dibina pada zaman pemerintahan al-Walid ibn Malik antara 705-715
Masihi yang menjadi simbol penggabungan kepakaran dan kesenian Arab serta
Byzantine.
Dalam
melihat sejarah perkembangan Islam, salah satu perkara asas yang sering sahaja
diberi perhatian ialah peranan kalangan saudagar dan pedagang. Aktiviti
perdagangan mereka telah membolehkan agama Islam disebarkan hingga menjangkau
kawasan-kawasan di luar jazirah TanahArab. Hubungan perdagangan antara
pedagang-pedagang Islam dengan pelabuhan-pelabuhan di India, Asia Tenggara dan
di Negara China membuktikan hakikat ini. Malah beberapa pelabuhan yang sering
didatangi oleh pedagang-pedagang India kemudiannya menjadi pusat kepada perkembangan
Tamadun Islam di kawasan tersebut, misalnya Canton di Negara China, Melaka dan
pelabuhan Malabar serta Bengal di India.
Secara umum,
pedagang-pedagang Islam memberi tumpuan kepada kota-kota pelabuhan yang telah
sedia wujud. Pengaruh mereka yang semakin mendalam dan usaha penyebaran Islam
menyebabkan Islam kemudiannya mampu menarik perhatian masyarakat tempatan
hingga membolehkan ia muncul sebagai kuasa yang penting. Secara beransur-ansur
mereka diberi kepercayaan untuk terbabit dalam pentadbiran kerajaan. Ini
bermakna sebagai sebuah tamadun yang berkembang dalam persekitaran bandar ia
akan menarik minat masyarakat di kawasan tersebut. Dengan kata lain, Islam
berkembang dari kawasan bandar sebelum tersebar ke kawasan-kawasan luar bandar.
Kepentingan bandar sebagai medium penyebaran Islam yang penting telah
menyebabkan pemerintah-pemerintah Islam di India mendirikan kota-kota tertentu.
Zaman Mughal
merupakan zaman gemilang dalam Tamadun Islam di India malah penumpuan terhadap
penubuhan bandar sangat jelas kelihatan pada masa itu. Pemerintah Mughal
terutamanya Akhbar (1556-1605) dan Shah Jahan (1628-58) merupakan pemimpin yang
mempunyai tanggungjawab besar dalam mengembangkan aspek ini. Perkembangan dan
kewujudan bandar-bandar baru semasa zaman Mughal ini mempunyai perkaitan rapat
dengan beberapa pencapaian tamadun yang lain termasuklah aspek seni bina,
perancangan bandar dan perkembangan ekonomi.
Bandar-bendar
seperti Shahjahanbad atau dikenali juga sebagai Delhi Lama, Agra, Fatehpur
Sikri dan sebagainya melambangkan pencapaian gemilang Tamadun Islam di India.
Bandar Shahjahanbad didirikan di kawasan seluas 5,000 hektar dan semasa zaman
Aurangzeb pada abad ke-17, ia mempunyai 60,000 orang penduduk. Kota ini menjadi
begitu penting malah terdapat pepatah lama yang menyebut, 'He who rules Delhi,
rules India'. Kota ini dibina dengan lengkap sebagai pusat pemerintahan,
ekonomi dan kebudayaan zaman Mughal.
Shah Jahan
telah membina masjid Jamik pada tahun 1644. Ia terletak di tengah-tengah bandar
ini. Bentuk dan reka corak yang menghiasi masjid ini melambangkan kewujudan
sebuah tamadun yang cemeriang. Fatehpur Sikri pula merupakan bandar yang
didirikan oleh Maharaja Akhbar dan dimulakan pembinaannya pada tahun 1569. Ia
hanya siap pada tahun 1574. Sebuah masjid juga didirikan di tengah-tengah
bandar ini. Walau bagaimanapun, bandar ini kemudiannya ditinggalkan oleh Akhbar
pada tahun 1585 kerana berbagai-bagai masalah termasuklah bekalan air dan cuaca
yang dikatakan terlalu panas.
Aspek
perbandaran ini turut menjadi perkara penting dalam melihat kewujudan Tamadun
Islam di Asia Tenggara. Sebenamya sejarah pembangunan bandar di Asia Tenggara
telah pun berlaku sejak zaman pra-Islam lagi. Kehadiran Islam turut mengikuti
corak yang telah sedia ada tersebut, namun dengan semangat yang berbeza, iaitu
lebih kepada roh dan semangat Islam. Ini semua dapat dilihat dalam pembangunan
bandar-bandar seperti Melaka yang dianggap sebagai bandar Melayu pertama
menjadi bandar Islam di Semenanjung Malaysia, Demak, Acheh, Brunei dan sebagainya.
Kebesaran dan kepentingan bandar Melaka dapat dilihat berdasarkan ungkapan Tome
Pires dalam bukunya Suma Oriental yang menyatakan bahawa masyarakat Melaka
menggunakan sebanyak 80 bahasa dan kenyataan ini menggambarkan betapa Melaka
merupakan sebuah bandar yang besar. Malahan Mahayudin Haji Yahaya dalam bukunya
Islam di Alam Melayu tanpa ragu-ragu menegaskan bahawa bandar Melaka pada abad
ke-16 dikategorikan sebagai sebuah bandar metropolitan kerana jumlah
penduduknya yang besar dan dianggarkan jumlah penduduk Melaka mencapai 90,000
orang pada tahun 1511.
Salah satu
ciri universal dalam melihat tamadun ialah perkembangan dalam bidang ekonomi.
Sektor pertanian mengalami revolusi yang tidak pernah berlaku sebelumnya dalam
masyarakat tersebut. Ini diikuti dengan berbagai-bagai sektor perekonomian yang
lain termasuklah perdagangan, penternakan dan sebagainya. Revolusi pertanian
dalam masyarakat yang bertamadun menandakan berakhirnya aktiviti secara nomad
dan kini bertumpu kepada pertanian secara menetap.
Usaha
pertanian secara menetap ini memungkinkan perubahan dan inovasi dapat dilakukan
bagi memajukan bidang pertanian. Keadaan ini sebenarnya tidak jauh berbeza
dengan aspek perbandaran. Ini kerana masyarakat bandar akan mempunyai
kesempatan melakukan berbagai-bagai rupa bentuk inovasi dan perubahan dalam
aktiviti mereka berbanding dengan masyarakat yang hidup secara nomad. Sektor
pertanian dilihat menjadi asas penting dalam kehidupan sesuatu tamadun kerana
ia menjadi sumber asas kepada pembekalan makanan penduduk. Tanpa keperluan asas
ini, adalah amat sukar untuk sesuatu masyarakat mencapai kejayaan-kejayaan lain
dalam kehidupan mereka.
Menyedari
kepentingan inilah, Ibn Khaldun, misalnya mengatakan bahawa sektor ini menjadi
syarat kepada keberlangsungan tamadun. Perkembangan Tamadun Islam yang melewati
rantau jazirah Tanah Arab hingga ke Eropah, Afrika dan Asia secara langsung
turut menyebarkan elemen-elemen dalam Tamadun Islam. Asas Tamadun Islam yang
dibawa dari Timur Tengah itu telah disesuaikan pula dengan beberapa keadaan
tempatan. Ini dapat dilihat dalam aspek perkembangan pertanian sebagaimana yang
berlaku diAndalus (Sepanyol).
Meskipun
sebelum kedatangan Islam ke Andalus, aktiviti pertanian telah berlangsung namun
ia menjadi begitu pesat sewaktu zaman pemerintahan Islam. Antara kawasan
pertanian yang penting ialah Saragossa, Malaga, Lorca dan sebagainya.
Masyarakat keturunan Arab yang datang ke Andalusia sejajar dengan perkembangan
Islam dikatakan sebagai kalangan yang rajin mengerjakan tanah mereka. Malahan
mereka dianggap sebagai pakar dalam bidang pertanian dan menjalankan aktiviti
ini dengan menggunakan teknologi moden dan saintifik. Antaranya termasuklah
menggunakan alatan baru untuk meratakan kawasan tinggi dan menggunakan baja
untuk menambahkan kesuburan tanah.
Salah satu
perkara yang dipentingkan dalam menjalankan aktiviti pertanian ini di Andalus
ialah penggunaan sistem pengairan yang moden dan sistematik. Menyedari hakikat
bahawa Andalus mengalami masalah bekalan air, maka berbagai-bagai teknik untuk
mengairi kawasan pertanian telah dilakukan termasuklah dengan menggunakan
perigi yang digali atau menggunakan air sungai. Sebelum perigi dapat digali,
kajian topografi dalam menentukan kesesuaian kawasan dilakukan. Untuk menimba
air dari perigi, orang-orang Islam menggunakan sebuah roda air yang berasal
dari Parsi dan dikenali sebagai Na'urah. Selain perigi, terusan air juga dibina
dan ia bukan sahaja untuk keperluan pertanian malah turut membekalkan air ke
bandar-bandar di Andalus.
Penekanan
Tamadun Islam dalam aspek pertanian ini turut dicerminkan melalui pengetahuan
masyarakat Islam Andalus mengenai teknik mengawetkan makanan. Buah-buahan
seperti anggur, ceri dan sebagainya boleh disimpan selama beberapa tahun tanpa
kehilangan rasanya malah Ibn al-Awwam, iaitu seorang ahli botani telah menulis
mengenai cara-cara mengawetjagung, buah-buahan dan minyak zaitun. Kehadiran
Islam turut membawa beberapa jenis tanaman yang sebelumnya tidak ditanam oleh
petani-petani di Andalus. Antaranya termasuklah padi atau dalam bahasaArab
dikenali sebagai aruzz yang mula ditanam di Andalus pada abad ke-10, buah
delima atau dalam bahasa Arab dikenali sebagai rumman, limau yang dibawa dari
India, pisang yang dibawa pada abad ke-10 dan kunyit yang disebut sebagai azfran
dalam bahasa Andalus.
Gabungan
antara kekayaan tanah pertanian, perdagangan dan sektor perekonomian yang lain
menjadi asas kepada kekuatan Tamadun Islam. Pemerintahan Abbasiah, misalnya
telah berusaha untuk mewujudkan satu persekitaran yang mantap di daerah-daerah
terpencil agar bidang pertanian menjadi makmur dan secara langsung turut
memakmurkan kerajaan serta Tamadun Islam keseluruhannya. Aspek pertanian sangat
dibantu oleh pembinaan tali air terutama di kawasan-kawasan yang mengalami
masalah kekurangan air. Sistem pemilikan tanah yang berkembang pada akhir abad
ke-10 terdiri daripada empat jenis hartanah, iaitu hartanah yang dimiliki oleh
pemerintah, tanah anugerah yangjuga disebut sebagai iqta dalam bahasaArab,
tanah persendirian dan tanah untuk tujuan keagamaan atau waqf atau habus. Dalam
melihat perkembangan sektor pertanian dan kepenggunaan tanah, maka institusi
waqf harus diberi perhatian yang mendalam. Institusi ini memainkan peranan yang
sangat penting dalam Tamadun Islam. Tanah jenis ini menjadi asas kepada
pembinaan masjid, sekolah, hospital dan sebagainya. Kepentingan tanah wakaf
dalam sistem ekonomi Islam dapat diperjelaskan seperti berikut: Kita (Islam)
sebenamya mempunyai satu sumber harta yang amat berpotensi, dan sekiranya
dirancang dan dibangunkan secara teliti dan ikhlas, mampu menyelesaikan atau
sekurang-kurangnya mengurangkan permasalahan sosioekonomi dan pembangunan
ummah, selaras dengan tuntutan-tuntutan agama Islam yang maha suci.
Selain
sektor pertanian, sesuatu tamadun itu turut ditentukan garisnya berdasarkan
aktiviti komersil terutamanya perdagangan. Pedagang-pedagang Islam menjalankan
aktiviti mereka meliputi kawasanAsia Barat, Eropah dan Asia. Antara barangan
yang diperdagangkan termasuklah kain, barangan besi, tembikar, permaidani,
minyak wangi dan barangan kulit. Pasar atau bazar menjadi pusat penjualan yang
penting di mana bangunan-bangunan kedai atau wikala didirikan untuk memudahkan
urusan tersebut. Satu sistem yang teratur dilakukan agar segala urusan
jual-beli dapat dilakukan dengan lancar. Setiap barangan didaftarkan, disimpan
dan cukai kastam ditaksir. Tempat tinggal pedagang dari luar juga disediakan.
Lebih penting lagi, sektor perdagangan ini dapat berkembang pesat kerana
kemampuan kerajaan-kerajaan Islam mengawal dan mendominasi perdagangan lautan
dan daratan. Kerajaan Abbasiah, misalnya dilihat bersifat kedaratan sementara
kerajaan Fatimiah dan Mamluk membina angkatan laut untuk mengawal perdagangan
di lautan.
Dalam masa
yang sama, struktur ekonomi yang wujud dalam Tamadun Islam mi "sebenamya
membawa keuntungan bukan sekadar dari sudut perolehan pendapatan yang
dibayangkan melalui wang ringgit, perdagangan dan sebagainya, malah ia turut
memberi keuntungan dari sudut yang lain. Misalnya, dalam aspek membiayai segala
bentuk kemudahan yang ada dalam kerajaan tersebut. Berlandaskan kepada konsep
kebajikan masyarakat menyebabkan orang perseorangan yang telah mencapai
kejayaan cemerlang dalam bidang ekonomi akan memberikan bantuan untuk pembinaan
sekolah, hospital, tempat penginapan pedagang, aktiviti pengembangan agama dan
menyokong kegiatan intelektual Islam.
Di tinjau
dari sudut yang lain, terlihat satu perkaitan yang erat antara perkembangan
ekonomi dengan kepesatan perkembangan bandar. Ini kerana di kawasan bandar
berbagai-bagai aktiviti ekonomi dapat dilaksanakan dengan berkesan hasil
daripada terdapatnya berbagai bentuk peralatan termasuklah alat-alat pertanian
bagi kaum tani memajukan usaha pertanian mereka. Malahan penduduk luar bandar,
misalnya tidak mempunyai mata wang sendiri bagi keperluan jual beli yang mana
kesemua kemudahan ini hanya diperoleh di kawasan bandar. Walau bagaimanapun,
sewaktu perkembangan ekonomi dilihat begitu menekankan kawasan bandar, kawasan
luar bandar tetap mempunyai peranan yang besar kerana segala kemewahan di
bandar tersebut tidak akan dapat dicapai tanpa adanya daya usaha kaum tani
dalam mewujudkan keperluan asasi kehidupan di bandar.
Perkaitan
antara sektor perdagangan dengan perbandaran ini secara jelas dapat dilihat di
Andalus. Bandar-bandar seperti Seville, Tortosa, Toledo dan sebagainya telah
menjadi pusat perdagangan yang penting. Dalam masa yang sama Andalus menjalin
hubungan dagangan dengan Itali, Morocco, Mesir, Yunani, Syria, Afrika Tengah,
India dan Negara China. Dalam menentukan agar aktiviti perdagangan dapat
berjalan dengan keadaan teratur, maka sebuah kawasan yang di kenali sebagai
al-Qaysariyah telah didirikan yang dilengkapi dengan segala kemudahan
termasuklah dikawal sepanjang masa untuk mengelakkan sebarang masalah. Pasar-pasar
yang menjual barangan pula dikenali dengan berbagai-bagai jenis seperti funduq
yang menjual barang-barang harian, alcaiceria atau pasar awam dan suq atau
pasar-pasar kecil. Bagi mengelakkan sebarang penipuan, pemerintah Islam di
Andalus telah mewujudkan institusi yang dikenali sebagai muhtasib. Ia
bertanggungjawab menentukan harga bagi setiap barangan dan sistem ini
diteruskan setelah zaman kekuasaan Islam berakhir di Andalus.
Penyusunan
sistem ekonomi Islam yang menjadi antara pengisi penting dalam keseluruhan
Tamadun Islam itu turut dipaparkan melalui kewujudan Baitulmal yang bertindak
sebagai pusat pengumpulan dan pengagihan pendapatan negara. Meskipun institusi
ini telah wujud sejak zaman awal kemunculan Islam, namun kerana belanjawan
negara sewaktu itu lebih bersifat sederhana dan tidak rumit pengurusannya, maka
kepentingannya adalah minimum. Kedudukan Baitulmal dalam konteks perkembangan
ekonomi Islam berubah semasa zaman Umar ibnu al-Khattab menjadi khalifah.
Perubahan ini berlaku kerana perkembangan Islam yang pesat hingga
berbagai-bagai masalah pentadbiran mula menjelma dan memerlukan satu sistem
yang lebih tersusun. Maka, sebuah dewan atau jabatan perbendaharaan diputuskan
bagi mengawal urusan pentadbiran ke atas segala harta kerajaan dan secara rasmi
kemudiannya dikenali sebagai Baitulmal. Ini bermakna Umar ibnu al-Khattab telah
bertanggungjawab meletakkan asas penyelarasan pentadbiran dan penggunaan harta
awam.
Perkembangan
Islam kemudiannya membolehkan institusi ini turut berkembang. Institusi ini
diperkukuhkan pada zaman al-Mahdi semasa pemerintahan Abbasiah, sebuah jabatan
baru, iaitu JabatanAkauntan Negara atau al-Zimam ditubuhkan dengan tujuan
mengawal akaun setiap jabatan mengenai basil pendapatan dan perbelanjaan
negara. Struktur yang sebegini diikuti oleh pemerintah-pemerintah Islam
kemudiannya. Berdasarkan perkara ini, Tamadun Islam sangat menitikberatkan soal
ekonomi dan kewangan. Bukan sekadar aktiviti pertanian dan perdagangan
dipentingkan malahan aspek dalaman sesuatu ekonomi itu turut diambil kira
termasuklah soal pembahagian harta, kebajikan rakyat dan sebagainya.
Secarajelas kekayaan yang diperoleh oleh sesuatu pemerintahan dalam keseluruhan
Tamadun Islam itu bukan sekadar diperlihatkan dalam aspek-aspek fizikal seperti
pembinaan tali air, pembinaan kapal-kapal dagang, malah turut membabitkan
soal-soal 'dalaman' seperti kebajikan rakyat dan sebagainya. Hal ini jelas
apabila persoalan zakat dibangkitkan kerana antara lain ia bertujuan untuk
menyucikan din dan membantu saudara seagama yang tidak mampu. Ikatan ukhwah
Islamiah inilah yang menjadikan Tamadun Islam itu cukup unik berbanding
tamadun-tamadun lain.
Satu lagi
aspek universal yang sering sahaja menjadi penanda kepada kewujudan tamadun
adalah kewujudan satu sistem tulisan yang memancarkan erti bagi tamadun
tersebut. Merujuk kepada tamadun-tamadun lain seperti Tamadun China, secara
jelas dikatakan bahawa ia mempunyai satu sistem tulisan yang tersusun dan
keadaan yang sama dilihat pada Tamadun Mesir, Lembah Indus, Greek, Rom dan
sebagainya. Ciri ini sebenarnya tidak terkecuali dalam Tamadun Islam. Agama
Islam yang bermula di Makkah menjadikan bahasa Arab sebagai medium utama dan
sekali gus menjadikan tulisan Arab sebagai tulisan yang penting dalam
perkembangan Tamadun Islam. Bahasa dan tulisan ini dianggap sebagai bahasa dan
tulisan pilihan sebagaimana yang dibuktikan di dalam al-Quran. Sebenarnya
masyarakat Arab pra-Islam yang menduduki kawasan-kawasan bandar telah pun
mempunyai tradisi membaca' dan menulis. Bagaimanapun ia masih bersifat terhad
dan tidak meluas berbanding tradisi lisan. Pengetahuan ini diperoleh daripada
kewujudan satu sistem pendidikan. Kanak-kanak akan diajar membaca dan menulis
di sekolah-sekolah permulaan. Pada tahap ini, bentuk-bentuk penulisan masih lagi
berasaskan kepada gambar yang melambangkan dan mempunyai maksud yang tertentu.
Asas ini kemudiannya berkembang sejajar dengan penguasaan kanak-kanak tersebut.
Akhirnya menjelang usia remaja, kanak-kanak ini telah mampu untuk membaca dan
menulis dengan baik hingga melahirkan penghasilan-penghasilan kesusasteraan
yang bermutu tinggi.
Sebelum
perkembangan agama Islam, tulisan Arab adalah berbentuk persegi atau dikenali
sebagai al-murabba. Kehadiran agama Islam menjadikan bidang penulisan bahasa
Arab berkembang dan tulisan yang dikenali sebagai kufi, mula menjadi penting.
la dimantapkan apabila dijadikan bahasa al-Quran. Malahan secara
keseluruhannya, Tamadun Islam sangat menekankan aspek penulisan dan pembacaan
ini sebagaimana ayat pertama yang diturunkan, iaitu 'iqra' atau 'bacalah'. Oleh
sebab peranannya sebagai bahasa al-Quran, maka satu sistem tulisan yang
sistematik telah disusun terutama untuk memudahkan kalangan bukan Arab
menguasai bahasa tersebut. Bagi mencapai matlamat tersebut, maka diwujudkan
tanda-tanda bacaan/bunyi, iaitu fathah, dommah dan kasrah. Sepanjang Tamadun
Islam, terdapat juga beberapa perubahan dalam tulisan ini. Misalnya, semasa
zaman KhalifahAbdul Malik bin Marwan, setelah mendapati bahawa tanda-tanda
bacaan/bunyi yang asal dalam bentuk titik masih menimbulkan masalah kepada
kalangan bukan Arab, maka ia ditukar dalam bentuk garis dan dilengkapkan dengan
diletakkan tanda shaddah.
Secara
langsung, kedatangan agama Islam telah mengubah tradisi meluas masyarakat Arab
yang sebelumnya begitu menekankan tradisi lisan kepada tradisi tulisan.
Perubahan dan perkembangan ini berlaku begitu pantas, sesuai dengan
perkembangan yang berlaku terhadap Islam itu sendiri. Pada tempoh ini, bahasa
dan tulisan Arab memainkan peranan penting dalam perkembangan Tamadun Islam.
Malah keadaan ini begitu nyata sekali sewaktu zaman Umayyah. Hal ini berlaku
kerana perkembangan dan penyebaran agama Islam turut membawa bahasa dan tulisan
ini bersamanya.
Masyarakat
tempatan yang menerima agama Islam akan terdedah kepada aspek ini terutamanya
kerana ia dijadikan bahasa al-Quran. Selain itu, tulisan Arab juga merupakan
sejenis tulisan yang elastik, fleksibel dan berirama sehingga mudah diterima
dan dipelajari oleh masyarakat bukan Arab. Setiap huruf mengandungi nilai keindahan
gaya, estetika yang dapat digubah dengan mudah. Secara langsung masyarakat di
luar Tanah Arab yang baru sahaja memeluk agama Islam akan terdedah kepada
bahasa dan tulisan ini. Masyarakat ini akan mengasimilasikan gaya bahasa Arab
dan mengambil tulisan Arab sebagai tulisan bahasa sendiri.
Penyesuaian
fonetik bahasa dan huruf-hurufArab dilakukan sebagaimana yang berlaku di
kalangan masyarakat Melayu yang menggunakan tulisan jawi, masyarakat Islam di
India yang menggunakan bahasa dan tulisan Urdu dan Turki yang telah menggunakan
daya cipta masing-masing untuk menghasilkan huruf-huruf baru mengikut gaya
bentuk huruf Arab. Bahasa Arab juga mempunyai keluasan bidang terutama dari
segi asal usul perkataan yang merangkumi semua aspek yang terdapat di dalam bahasa-bahasa
Samiyah yang lain seperti bahasa Ibrani dan Siryani. Ia juga mempunyai
berbagai-bagai jenis perkataan, kata nama, kata kerja dan pecahannya serta
kata-kata lain yang jarang terdapat di dalam bahasa-bahasa lain di dunia.
Kedatangan
agama Islam di alam Melayu, misalnya telah menyebabkan berlaku transformasi
dalam masyarakat yang sebelumnya begitu terikat dengan budaya
Hindu-Buddha-Animisme termasuklah dalam soal tulisan. Masyarakat Melayu yang
memeluk agama Islam telah menerima abjad dan tulisan Arab sebagai sebahagian
daripada anutan agama baru tersebut.
Selain
huruf-huruf Arab, ia.itu.jim, 'ayn, fa, kaf dan nun, beberapa huruf baru telah
dicipta bagi menandakan bunyi-bunyi lazim yang ada pada masyarakat Melayu,
iaitu cha, nga, pa, ga dan nya. Berdasarkan kepada hal ini, huruf-huruf jawi
itu boleh mewakili secara total fonem, mofem dan makhraj atau tempat keluar
kalimah- kalimahArab yang sering digunakan dalam bahasa Melayu dan mampu
mengatasi sebarang kesalahan dalam menyebut dan membunyikan kalimah Arab yang
diasimilasikan ke dalam bahasa Melayu tersebut.
Secara
langsung juga perkara ini menjelaskan betapa Tamadun Islam bukan sahaja
menekankan aspek bahasa dan tulisan sebagai medium penyebaran tamadun malah
lebih penting lagi ia menjadi asas kepada penciptaan tulisan dan abjad-abjad
baru yang berasaskan kepada abjad dan tulisan Arab sebagaimana yang berlaku
dalam masyarakat Melayu di Asia Tenggara. (Azhar Hj. Mad Aros, 2003).
1.4
Interaksi Antara Tamadun
1.4.1
Pengenalan
Setiap
tamadun yang muncul mempunyai sifat-sifat, pencapaian-pencapaian dan keunikan
yang tersendiri. Namun demikian, ia tidak bermakna sesebuah tamadun itu
tertutup dan tidak menerima pengaruh luar sebaliknya terdapat interaksi yang
berlaku antara tamadun. Interaksi antara tamadun ini berlaku di peringkat
nilai, idea, institusi dan insan. Ia berlaku sepanjang sejarah. Interaksi ini
melahirkan kesan-kesan positif dan negatif. Interaksi antara tamadun berlaku
melalui proses yang tertentu danjuga dengan pelbagai cara yang berbeza.
Interaksi
antara tamadun ini terjadi kerana wujudnya sifat toleransi yang tinggi dan
sikap saling menghormati antara sesebuah tamadun dengan tamadun yang lain.
Sifat terbuka sesebuah tamadun ini memberi peluang kepada berlakunya
percambahan pemikiran dan budaya serta memperkayakan lagi tamadun tersebut
dalam pelbagai aspek. Hal ini dapat mengelakkan sesebuah tamadun itu daripada
menjadi beku dan jumud yang akhirnya boleh meruntuhkannya. Proses interaksi
antara tamadun berlaku disebabkan pelbagai faktor. Interaksi antara tamadun
memberikan dua kesan yang penting, iaitu kesan positif dan kesan negatif.
1.4.2
Kesan Positif
Interaksi
antara Tamadun Islam, Yahudi dan Kristian semasa zaman kemunculan Islam di
Tanah Arab telah memberi beberapa kesan positif. Dalam Perlembagaan Madinah
(Sahifah Madinah) yang digubal oleh Nabi Muhammad (saw), di Madinah hak-hak
orang Kristian dan Yahudi serta penganut-penganut agama lain telah diberi
perlindungan.
Mereka telah
diberi kebebasan mengamalkan tuntutan agama mereka tanpa sebarang gangguan baik
daripada Nabi Muhammad (saw), ataupun umat Islam yang lain. Hal yang sama telah
diikuti oleh pemerintah-pemerintah Islam zaman Khulafa al-Rasyidin, Bani
Umayyah, Abbasiah, Uthmaniah dan kerajaan-kerajaan Islam di India. Malah dalam
beberapa buah kerajaan Islam, individu-individu Yahudi dan Kristian telah
mendapat kedudukan tinggi dalam pentadbiran, contohnya dalam kerajaan Abbasiah,
tokoh-tokoh intelektual Yahudi dan Kristian telah memberikan sumbangan mereka
dalam penterjemahan buku-buku Greek ke dalam bahasaArab.
Begitu juga
di Andalusia (Sepanyol), muncul ramai penults dan ahli intelektual daripada
kalangan individu-individu Yahudi dan Kristian. Interaksi antara Tamadun India
dengan Tamadun China telah memberi kesan positif kepada kedua-dua tamadun.
Agama Buddha disebarkan ke Negara China melalui interaksi ini. Di samping itu,
terdapat kemahiran-kemahiran lain yang diperkembangkan, contohnya teknologi
membuat gula daripada tebu dari India telah diperkembangkan kepada orang-orang
China. Bidang astronomi India turut diperkembangkan di Negara China oleh
ahli-ahli astronomi India.
Beberapa
perbendaharaan kata bahasa Pali dan Sanskrit turut mempengaruhi kesusasteraan
China. Kesan positif kepada Tamadun India ialah berkembangnya teknologi membuat
kertas, bahan letupan dan penggunaan kompas dari Tamadun China ke dalam Tamadun
India. Interaksi antara Tamadun India dengan China berlaku secara aman melalui
hubungan perdagangan dan keagamaan.
Antara
interaksi Tamadun Islam dengan China yang turut memperlihatkan kesan positif
ialah proses interaksi secara aman, iaitu melalui perdagangan.
Pedagang-pedagang Arab dan Parsi memainkan peranan penting dalam interaksi ini.
Hasil daripada interaksi ini terdapat komuniti Arab-Islam yang menetap di Negara
China.
Berlaku
perkahwinan campur antara pedagang-pedagang ini dengan wanita-wanita tempatan.
Semasa zaman pemerintahan dinasti-dinasti Tang, Sung, Yuan dan Ming, telah
muncul beberapa orang tokoh Islam yang memainkan peranan penting dalam
pentadbiran.
Kesan
penting yang terhasil daripada interaksi ini ialah penyebaran agama Islam di
Negara China yang akhirnya mewujudkan komuniti Islam tempatan Cina.
Perkembangan seterusnya menyebabkan munculnya cendekiawan-cendekiawan Islam
tempatan yang mashyur seperti Liu Zhi dan Mha Zhu. Cendekiawan-cendekiawan
tempatan ini telah mencari keselarian ajaran-ajaran etika dan nilai Islam
dengan Konfusianisme. Konsep-konsep hubungan keluarga, ketaatan kepada kedua
ibu bapa dan raja dan nilai-nilai moral yang terdapat dalam ajaran
Konfusianisme telah dijadikan landasan untuk memperkenalkan agama Islam kepada
masyarakat Cina. Kesejajaran inilah yang menyebabkan ajaran Islam tidak
mendapat tentangan daripada ahli-ahli falsafah Konfusianisme seperti yang
dihadapi oleh ajaran agama Buddha. Di samping itu, interaksi ini turut
menemukan senibina Arab-Islam dengan seni bina China, contohnya dalam bentuk
masjid-masjid di China hari ini.
Hubungan
antara Tamadun Islam dengan Tamadun Melayu telah meninggalkan kesan yang amat
ketara. Interaksi antara kedua-dua tamadun ini berlaku secara aman, iaitu
melalui perdagangan. Namun demikian kedatangan pengaruh Islam di Asia Tenggara
ataupun khususnya ke Kepulauan Melayu dikatakan dari tiga kawasan yang berbeza,
iaitu dariArab dan Parsi, dari India dan Negara China.
Teori-teori
ini telah diperbincangkan dengan hangat dan beberapa bukti yang berkaitan telah
dikemukakan oleh pendokong-pendokongnya bagi menyokong pendapat mereka. Namun
apa yang lebih penting ialah kesan yang didapati daripada hubungan ini.
Interaksi antara Tamadun Islam dengan Tamadun Melayu telah melahirkan beberapa
kesan positif yang penting.
Kesan yang
paling menonjol ialah tersebarnya agama Islam di Kepulauan Melayu serta
munculnya kerajaan-kerajaan Islam tempatan di Pasai, Melaka, Acheh, Johor-Riau,
Brunei, Pattani, Sulu, Banten, Demak, Tuban, Mataram dan lain-lain lagi.
Tamadun Islam telah mengubah pandangan hidup orang-orang Melayu. Ia juga turut
membawa tulisan Jawi yang berperanan penting dalam perkembangan ilmu pengetahuan
di Kepulauan Melayu. Kesan positif boleh juga dilihat pengaruhnya dari segi
perundangan, kesusasteraan, kesenian, kebendaan seperti pakaian, makanan dan
istilah-istilah Arab yang digunakan dalam bahasa Melayu.
Interaksi
antara Tamadun China dengan Tamadun Melayu turut melahirkan kesan positif
tetapi ia tidak melibatkan pemikiran dan falsafah sebaliknya melibatkan
kemahiran dan teknologi serta kebendaan. Tamadun China membawa teknologi
membuat gula daripada tebu ke Kepulauan Melayu, contohnya di Jawa. Begitujuga
kemahiran dalam perusahaan sutera, membuat tembikar serta pertukangan logam. Di
samping itu, terdapat juga beberapa jenis makanan masyarakat Cina yang
diperkenalkan kepada masyarakat Melayu seperti tauhu, kicap, taugeh dan
sebagainya.
Interaksi
antara Tamadun China dengan Tamadun Melayu berlaku melalui dua cara, iaitu
secara aman dan secara konflik peperangan. Interaksi secara aman berlaku
melalui aktiviti perdagangan, emigrasi dan hubungan diplomatik, contohnya
kemuncak hubungan diplomatik Negara China dengan Kepulauan Melayu ialah zaman
Kesultanan Melaka.
Manakala
hubungan yang bercorak konflik peperangan berlaku semasa pemerintahan Dinasti
Yuan/Monggol (1279-1368 Masihi) yang pernah menyerang Myanmar (Kemboja) dan
Jawa pada abad ke-13 Masihi. Kesan positif daripada interaksi antara tamadun
ini juga boleh dilihat pada hubungan antara Tamadun China-Jepun. Jepun telah
mendapat faedah yang banyak hasil daripada hubungan ini. Tamadun China telah
menyumbangkan beberapa perkara penting ke dalam Tamadun Jepun. Sumbangan yang
penting ialah dari segi agama dan tulisan. Agama Buddha dari Negara China telah
dikembangkan dalam Tamadun Jepun. Ajaran-ajaran Buddha ini telah diasimilasikan
dengan agama asal orang Jepun, iaitu agama Shinto. Walaupun asimilasi ini berlaku
tetapi ia tidak mengubah identiti ajaran Buddha. Kuil-kuil Buddha telah
didirikan di Jepun. Agama Buddha telah mencapai zaman kemuncak semasa zaman
Nara dan Heian.
Di samping
agama, tulisan adalah satu lagi kesan penting yang dibawa oleh Tamadun China ke
Jepun. Tulisan Cina telah menjadi asas kepada pembentukan tulisan Jepun, iaitu
Hiragana dan Katakana. Pengaruh tulisan Cina telah memainkan peranan kepada
perkembangan intelektual dan kesusasteraan dalam Tamadun Jepun. Di samping dua
kesan positifyang penting ini, Tamadun China turut meninggalkan pengaruhnya ke
atas upacara-upacara tertentu di Jepun, contohnya upacara minum teh, sent
taman, serta struktur pembinaan bandar. Ajaran falsafah Konfusianisme dari
China turut diasimilasikan dalam Tamadun Jepun. Ajaran Konfusianisme yang
memberi penekanan kepada institusi keluarga telah memantapkan lagi institusi
keluarga Jepun. Manakala, konsep mandat dari syurga telah memperkukuhkan lagi
kedudukan Maharaja Jepun yang dipercayai berasal daripada keturunan Dewi
Amaterasu. Interaksi antara Tamadun China dengan Jepun telah berlaku secara
aman dan asimilasi Tamadun China dalam Tamadun Jepun telah memperkukuhkan
identiti Tamadun Jepun.
1.4.3
Kesan Negatif
Adalah tidak
tepat jika dikatakan bahawa interaksi antara tamadun hanya menghasilkan kesan
positif. Sebaliknya interaksi antara tamadun turut menghasilkan kesan negatif.
Di Eropah, misalnya hubungan antara orang-orang Kristian dengan Yahudi telah
mengalami kemerosotan sejak awal lagi. Kesan daripada hubungan yang tidak baik
ini menyebabkan berlakunya pembunuhan orang Yahudi secara beramai-ramai pada
abad ke-9 dan ke-18 Masihi. Perkara ini berlaku akibat daripada faktor-faktor
perbezaan agama, ketidakseimbangan ekonomi dan sosial. Begitu juga halnya
dengan hubungan orang-orang Islam dengan Kristian dalam Zaman Pertengahan di
Eropah. Pemerintah-pemerintah Kristian di Eropah telah bertindak melancarkan
beberapa siri peperangan ke atas orang-orang Islam yang dikenali sebagai Perang
Salib. Peperangan tersebut telah mengorbankan ramai penganut Islam dan Yahudi.
Peperangan ini turut di-cetuskan oleh faktor-faktor perbezaan agama, ekonomi
dan politik.
Di India
juga, hubungan antara penganut Islam dengan Hindu sentiasa berada dalam keadaan
tegang. Terdapat peristiwa-peristiwa yang mana orang-orang Islam dibunuh dan
masjid-masjid dimusnahkan oleh raja-raja India yang beragama Hindu. Keadaan
yang sama juga berlaku kepada penganut-penganut agama Hindu dan kuil-kuil Hindu
yang dimusnahkan oleh pemerintah-pemerintah Islam. Contohnya, raja-raja Islam
dalam Kesultanan Delhi telah mengharamkan pembinaan kuil-kuil dan mengharamkan
beberapa upacara keagamaan Hindu.
Semasa zaman
pemerintahan Moghul, Aurangzeb merupakan raja Moghul yang bertindak keras
terhadap penganut-penganut Hindu. Baginda telah mengharamkan pembinaan
kuil-kuil yang baru, mengharamkan upacara mandi suci di Sungai Jamuna,
mengharamkan upacara sati dan lain-lain lagi.
Dalam
hubungan antara Tamadun India dengan Tamadun China juga kita dapat melihat
wujudnya konflik terutama semasa agama Buddha mula diperkenalkan ke dalam
masyarakat Cina pada zaman pemerintahan Dinasti Han Timur. Kemasukan agama
tersebut telah mendapat tentangan cendekiawan Konfusianisme yang amat
berpengaruh dalam pentadbiran Dinasti Han. Sami-sami Buddha telah dikurung dan
kuil-kuil Buddha dimusnahkan untuk menghalang perkembangan agama tersebut.
Kesan
negatif turut berlaku dalam hubungan antara Tamadun Islam dengan Tamadun China.
Contohnya pada tahun 751 Masihi, tentera Islam di bawah pimpinan Ziyad bin
Salih telah mengalahkan angkatan perang China yang dipimpin oleh Kao Hsien-chih
sedangkan pada masa tersebut kerajaan Islam Abbasiah mempunyai hubungan
diplomatik dengan kerajaan Tang di Negara China. Permusuhan antara orang Islam
dengan orang Cina juga dicetuskan oleh rasa tidak puas hati terhadap pencapaian
ekonomi pihak yang bertentangan. Contohnya, pada abad ke-8 Masihi penduduk Han
di tenggara Negara China telah mewujudkan permusuhan dengan orang Islam kerana
iri hati terhadap kemewahan yang dinikmati oleh orang Islam yang kebanyakannya
terlibat dalam aktiviti perdagangan. Pada tahun-tahun 758 Masihi dan 876 Masihi
telah berlaku pemberontakan-pemberontakan yang menyebabkan ramai orang Islam
dibunuh dan melarikan diri dari Canton. Pemberontakan pada tahun 876 Masihi
bukan sahaja bersifat anti-Islam tetapi juga anti orang asing. Pemberontakan
ini menyebabkan lebih kurang 120,000 hingga 200,000 orang asing telah dibunuh
termasuk orang Islam.
Kesan
daripada peristiwa tersebut menyebabkan ramai orang Islam telah melarikan diri
dari Negara China dan berhijrah keAsia Tenggara terutamanya di Palembang dan
Kedah. Hubungan orang Islam dengan penduduk tempatan China turut terjejas
semasa pemerintahan Dinasti Ching yang memberi keutamaan kepada pengukuhan
ajaran Konfusianisme. Orang Islam mendapat layanan yang tidak adil daripada
pemerintah Ching. Rasa tidak puas hati penganut-penganut Islam disokong pula
oleh perkembangan pengaruh gerakan Kaum Muda ataupun Wahabi di kalangan orang
Cina Islam. Rasa tidak puas hati orang Islam telah menyebabkan berlakunya
beberapa siri pemberontakan semasa pemerintahan Dinasti Ching, iaitu
Pemberontakan Sinkiang I (1756 Masihi), Pemberontakan Kansu (1781 Masihi),
Pemberontakan Jehangir (1820-27 Masihi), Kebangkitan Yussof Syamsuddin (1828-31
Masihi), pemberontakan Yunan (1850-68 Masihi), Pemberontakan Shensi dan Kansu
(1862 Masihi) dan Kebangkitan Sinkiang (1864-77 Masihi). (Azhar Hj. Mad Aros :
2003).
Abd Aziz bin Harjin